Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.jang.ga] | بوجڠݢ

Definisi : 1. = bujanggi sl orang yg pandai, cerdik pandai; 2. sl pendeta, pertapa: jogi berhaman ~; 3. sasterawan, pengarang sajak (syair dll): dan dialah yg menjadi kidung bagi segala dalang dan ~; ® pujangga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bujangga


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya apakah maksud perkataan di bawah.. cth: jogi berhaman bujangga apakah maksud haman? cth: Ikhlas akan tumbuh dan meruncup, menghilangkan perasaan ujub. apakah maksud meruncup? cth: Ada di sisi gunung itu kandang baginda, ... diukir pelbagai warna, dan nakas, dan selimpat. apakah maksud nakas? Ketiga-tiga perkataan tidak wujud sama ada dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4 juga kamus-kamus Melayu lain. Oleh itu saya ingin memastikan adakah perkataan ini wujud dan apakah maksudnya. Terima Kasih.Jawapan untuk soalan ini memerlukan penelitian yang lebih mendalam dan pihak DBP memerlukan  sedikit waktu lagi untuk menjawabnya.Istilah25.10.2010
Bagaimanakah nak menjadi pendeta bahsa melayu seperti zaba ada petua bagi didorongnya kalau ada tip, saya akan boleh menjadi seorang munsyi yang membawa kegemilangan kekal bahasa.ada satu soalan yang masih meruncup yakni maksud jogi berhaman bujangga. Dalam soalan apakah maksud haman.tolong menerangkan dengan contoh ayat yang boleh dipakai.dalam contoh ayat saya mahu perkataan mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau bagi memperjelas ayat yang saya diingini.tolong tuan.

Maaf, soalan yang dikemukakan oleh saudara tidak jelas. Sila kemukakan soalan yang lebih jelas dengan menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan boleh difahami. Walau bagaimanapun, untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudara hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba.

Lain-lain31.05.2018

Kembali ke atas