Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pujuk; membujuk memujuk; terbujuk terpengaruh dgn pujuk rayu dan kata-kata manis: semuanya telah dibebaskan sebelum sultan itu cukup ~ utk berangkat pulang;pembujukan pemujukan: teknik-teknik ~ diplomasi;pembujuk orang yg membujuk; ® pujuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = bujukan kata-kata manis utk meyakinkan seseorang (terutama utk memikat hati, menipu dsb); rayu; pujuk. membujuk berusaha meyakinkan seseorang dgn kata-kata manis dsb; memujuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bujuk I

Puisi
 

Hujung sirih berkedut-kedut,
     Susun sampai di kedai Cina;
Kasih tuan membujuk-bujuk,
     Kasih tidak kekal lama.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nazamnazamKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang setiap rangkapnya terdiri daripada dua baris mengikut gaya timbangan syair Arab. Setiap baris itu mempunyai persamaan bunyi di hujungnya. Secara umumnya, puisi ini tidak begitu popular dalam kalangan alim ulama. Mereka mencipta nazam dengan melagukannya sebagai puji-pujian, khususnya terhadap Nabi Muhammad SAW. Contohnya, sebahagian daripada nazam �Pujio� atau Jawahir Sunniah oleh A.H. Edrus (Persuratan Melayu 2, 1960): Muhammad yang dibangkitkan akan dia, Dengan surah tauhid Tuhan yang sedia. Pada masa sangat umum syiriknya, Dengan sebab sangat banyak jahilnya. Maka menunjuklah ia akan kita, Dengan bujuk lagi nasihat yang nyata. Tunjuk pula hingga perang dengan pedang, Maka nyatalah agama putih terang. Mudah-mudahan membalas akan dia, Dengan baik bagi pihak yang mulia. Istilah nazam berasal daripada bahasa Arab nazm yang bermaksud �susunan�.

Kembali ke atas