Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.kan] | بوکن

Definisi : 1 berlain drpd yg sebenarnya; tidak benar: Dia ~ saudaraku. Ini singa, ~ harimau. 2 kata yg digunakan pd akhir ayat utk menanyakan benar tidaknya sesuatu: Engkau hendak ke pasar, ~? bukan-bukan 1 tidak masuk akal; tidak munasabah; mustahil: Jangan suka menceritakan yg ~. 2 amat sangat; terlalu sangat: Barang ini ~ mahalnya. membukankan mengatakan bukan; menyangkal: Dia telah ~ semua tuduhan yg dilemparkan kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukan

Puisi
 

Hendak dipais bukan todak,
     Hendak dibemban bukan terung;
Hendak menangis bukan budak,
     Hendak terbang bukan burung.


Lihat selanjutnya...(148)
Peribahasa

Angan-angan mengikat tubuh.

Bermaksud :

Besusah hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nonmetallic mineralmineral bukan logam/galian bukan logamGeologiTiadaTiada
nonfibrous matterjirim bukan gentian/jirim bukan sertaKesenianTiadaTiada
autocovarianceautokovariansMatematikTiadakeadaan yang berlaku apabila butir berturut-turut dalam satu jujukan dikorelasikan supaya kovarians-kovarians adalah bukan sifar bukan merdeka.
obliqueoblik/ serongMatematikTiada5. Bukan mengufuk dan bukan mencancang, iaitu condong.
nonthermal emissionpancaran bukan termaMatematikTiadaSinaran elektromagnet contohnya pancaran sirkrotron, yang dihasilkan sama seperti pancaran terma, iaitu melalui pemancutan elektron atau zarah bercas yang lain tetapi yang pada asalnya bukan terma, yakni spektrumnya bukan daripada jenis pemancar jasad hitam yang sempurna.
organogelorganogelFarmasiFarmaseutikBahan yang terdiri daripada termoplastik bukan hablur dan bukan kaca yang mengandungi cecair organik yang terperangkap dalam jaringan sambungan silang tiga dimensi. Cecair boleh terdiri daripada pelarut organik, minyak mineral dan minyak sayuran.
contrapositivekontrapositifMatematikTiadaSuatu penyataan penafian berimplikasi iaitu "jika bukan B, maka bukan A" ialah kontrapositif kepada "jika A maka B".
interrupted genegen tergangguBiologiGenetikGen eukariot yang terdiri daripada mozaik jujukan pengekodan dan bukan pengekodan; jujukan pengekodan didapati pada RNA matang manakala jujukan bukan pengekodan tidak wujud pada RNA matang; jujukan pengekodan juga dikenali sebagai ekson manakala jujukan bukan pengekodan dikenali sebagai intron.
nonlabour incomependapatan bukan upahEkonomiTiadaPendapatan yang diperoleh bukan daripada usaha kerja, seperti bayaran pindahan.
nonthrombocythopenic purpurapurpura bukan trombositopeniaPerubatanTiadaSekumpulan penyakit yang bercirikan purpura bukan berpunca daripada trombositopenia tetapi akibat perubahan kapilari.
12345678910...

Kembali ke atas