Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.kit] | بوکيت

Definisi : kawasan tanah yg tinggi tetapi tidak setinggi gunung; ~ bukau bukit dan lembah; ~ kaki bukit yg rendah di sekitar kaki gunung; ~ pasir timbunan pasir kering yg terbentuk oleh tiupan angin, terutamanya di kawasan gurun; anak ~ bukit kecil; ~ jadi paya, paya jadi ~ prb orang kaya (mulia) jadi miskin (hina) dan sebaliknya (nasib manusia itu tidak tetap); ~lah tinggi, lurahlah dalam prb seseorang yg telah tua dan tidak dapat ke sana sini lagi; berbukit mempunyai bukit; ~ di balik pendakian prb lepas kesusahan mendapat lagi kesukaran; berbukit-bukit mempunyai banyak bukit, banyak bukit dan lembahnya: kawasan itu ~;membukit menyerupai bukit: gelombang yg ~; perbukitan lapisan bumi yg berbukit-bukit, kawasan yg berbukit-bukit: perkebunan teh di ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.kit] | بوکيت

Definisi : ; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), rumput kuran (keladi) Fimbristylis miliacea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.kit] | بوکيت

Definisi : bahagian bumi yg tinggi tetapi tidak mencapai 1,000 kaki tingginya: ~ bukau bukit dan lembah. berbukit ada bukitnya. berbukit-bukit banyak bukitnya; banyak bukit dan lembahnya. membukit menjadi spt bukit. perbukitan kawasan yg berbukit-bukit; kumpulan bukit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukit

Puisi
 

Orang Lengging membuat rakit,
     Rakit dibuat kayu nyatuh;
Biarlah anjing menyalak bukit,
     Bukit tetap tidakkan runtuh.


Lihat selanjutnya...(163)
Peribahasa

Bukit sama didaki,
     lurah sama dituruni.

Bermaksud :

Persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek).

 

Lihat selanjutnya...(36)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Naiki Bukit Atau Naik bukit Ayat yang manakah betul?Frasa 'naiki bukit' dan 'naik bukit' kedua-duanya boleh diguna pakai berdasarkan konteks ayat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 186-189.Tatabahasa03.02.2024
Dasar bukit Kaki bukit Yang mana satu betulMengikut buku Kamus Dewan, perkataan ‘dasar’ ialah bahagian yg di bawah sekali; contohnya dasar laut, dasar sungai, dasar tasik. Frasa ‘kaki bukit’ dalam buku Kamus Pelajar diberikan maksud bahagian bukit yg di sebelah bawah.Istilah21.05.2014
Adakah terjemahan bagi 'hill park' adalah 'taman bukit' atau 'bukit rekreasi'?Terjemahan yang dicadangkan untuk "hill park" ialah taman bukit.Istilah07.09.2016
Di daerah kelahiran saya terdapat banyak __. 'bukit' atau 'bukau' , yg manakah lebih sesuai? Mengapa?Jawapan yang betul ialah bukit. Perkataan bukit sesuai digunakan kerana lazim digunakan oleh masyarakat umum.Tatabahasa29.07.2013
WIRA BUKIT? ADAKAH IANYA NOVEL ATAU TAK? BAGAIMANA PULA DENGAN KARYA ADIK DATANG? SEBENARNYA SAYA DIBERI TUGASAN YANG BERTAJUK RUMUSAN WIRA BUKIT. JADI SAYA INGIN TAHU ADAKAH WIRA BUKIT ITU TAJUK SEBUAH NOVEL?

Selamat pagi. Wira Bukit karya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said ialah judul buku drama yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986. Sedutan drama ini pernah dipentaskan dalam majlis penganugerahan Sasterawan Negara tersebut.

Adik Datang pula merupakan judul novel yang diterbitkan oleh Penerbitan Adabi Sdn. Bhd pada tahun 1980.

Terima kasih.

Lain-lain09.03.2010
Salam Satu Malaysia, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit (soalan, perlu ada koma selepas sedikit? lama-lama jadi/ menjadi bukit atau kedua-dua diterima?) Terima kasihTanda baca yang betul ialah: Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.

Namun, dalam Kamus Istimewa Bahasa Melayu, peribahasa ini disebut sebagai: Berdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit. Ia membawa maksud yang sama dengan peribahasa yang pertama.

Perkataan 'jadi' atau 'menjadi' kedua-duanya boleh diterima.

Terima kasih.
Lain-lain31.10.2017
Manakah oeribahasa yng betul Sedikit-sedikit lama-lama menjdi bukit arau dikit-dikit lama-lama menjadi bukitDalam buku Peribahasa yang terakam ialah "berdikit-dikit lama-lama menjadi bukit".Tatabahasa30.10.2017
Salam sejahtera. Adakah soalan saya berbentuk ini serta jawapan betul? 1. Pelancong dapat sampai ke Bukit Melawati bagaimana? (jawapan) Pelancong dapat sampai ke Bukit Melawati dengan menaiki trem. Terima kasih

Soalan yang betul ialah “Bagaimana pelancong ke Bukit Melawati?”

Jawapan yang betul ialah “Pelancong ke Bukit Melawati dengan menaiki trem.”
Tatabahasa10.02.2022
Salam tuan/puan, Yang manakah adalah betul? 'Melawat Bukit Bendera atau melawat ke Bukit Bendera'? Adakah 'melawat' dikira sebagai kata kerja transitif? Jika begitu, perkataan ini tidak boleh diselitkan dengan penggunaan kata sendi nama atau perkataan lain di antara kata kerja transitif dengan objek selepasnya. Betulkah begitu? Terima kasih.Kata "melawat" ada masanya perlu diikuti dengan kata ke kerana kata nama yang hadir selepas kata sendi nama tersebut, seperti "melawat ke Jepun", dan ada masanya tidak diikuti dengan kata ke, seperti "melawat saudaranya", bergantung pada konteks ayat tersebut. Oleh itu, ayat yang betul ialah "melawat ke Bukit Bendera".Tatabahasa27.10.2014
Saya terlupa untuk keluar di jalan masuk Bukit Merah, jadi saya berpatah di jalan masuk Alor Pongsu untuk datang ke sini. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah Saya terlepas susur keluar Bukit Merah. Jadi, saya keluar di susur keluar Alor Pongsu dan patah balik ke Bukit Merah.Tatabahasa23.09.2022
12345678910...

Kembali ke atas