Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kawasan tanah yg tinggi tetapi tidak setinggi gunung; ~ bukau bukit dan lembah; ~ kaki bukit yg rendah di sekitar kaki gunung; ~ pasir timbunan pasir kering yg terbentuk oleh tiupan angin, terutamanya di kawasan gurun; anak ~ bukit kecil; ~ jadi paya, paya jadi ~ prb orang kaya (mulia) jadi miskin (hina) dan sebaliknya (nasib manusia itu tidak tetap); ~lah tinggi, lurahlah dalam prb seseorang yg telah tua dan tidak dapat ke sana sini lagi; berbukit mempunyai bukit; ~ di balik pendakian prb lepas kesusahan mendapat lagi kesukaran; berbukit-bukit mempunyai banyak bukit, banyak bukit dan lembahnya: kawasan itu ~;membukit menyerupai bukit: gelombang yg ~; perbukitan lapisan bumi yg berbukit-bukit, kawasan yg berbukit-bukit: perkebunan teh di ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukit I

Puisi
 

Naik bukit sebalik bukit,
     Buat tetap pagar anak;
Cari tenggek sapu tangan batik,
     Cari janda belum beranak.


Lihat selanjutnya...(163)
Peribahasa

Bukit jadi paya,
     paya jadi bukit.

Bermaksud :

Orang kaya menjadi miskin dan orang miskin menjadi kaya.

 

Lihat selanjutnya...(36)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pondak[pon.dA/]kata adjektifberkenaan keadaan yang terlalu banyak asap.Pondak asap balek buket sane tu.[pon.dA/ A.sAp bA.le/ bu.ket sA.n« tu]Terlalu banyak asap di sebalik bukit sana.
tanah meros[tA.nAh m«.Äos] tanah jerlus atau tanah yang terbenam luas lazimnya terdapat di kawasan tanah gambut.Selalu bena ade tanah meros di baroh.[s«.lA.lu b«.nA A.d« tA.nAh m«.Äos di bA.Äoh]Selalu benar kelihatan tanah jerlus di kaki bukit.

Kembali ke atas