Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kawasan tanah yg tinggi tetapi tidak setinggi gunung; ~ bukau bukit dan lembah; ~ kaki bukit yg rendah di sekitar kaki gunung; ~ pasir timbunan pasir kering yg terbentuk oleh tiupan angin, terutamanya di kawasan gurun; anak ~ bukit kecil; ~ jadi paya, paya jadi ~ prb orang kaya (mulia) jadi miskin (hina) dan sebaliknya (nasib manusia itu tidak tetap); ~lah tinggi, lurahlah dalam prb seseorang yg telah tua dan tidak dapat ke sana sini lagi; berbukit mempunyai bukit; ~ di balik pendakian prb lepas kesusahan mendapat lagi kesukaran; berbukit-bukit mempunyai banyak bukit, banyak bukit dan lembahnya: kawasan itu ~;membukit menyerupai bukit: gelombang yg ~; perbukitan lapisan bumi yg berbukit-bukit, kawasan yg berbukit-bukit: perkebunan teh di ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukit I

Puisi
 

Naik bukit sebalik bukit,
     Buat tetap pagar anak;
Cari tenggek sapu tangan batik,
     Cari janda belum beranak.


Lihat selanjutnya...(163)
Peribahasa

Bukit jadi paya,
     paya jadi bukit.

Bermaksud :

Orang kaya menjadi miskin dan orang miskin menjadi kaya.

 

Lihat selanjutnya...(36)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kerabat[k«.ÒA.bAt]kata kerja1. memanjat atau mendaki sesuatu (seperti pokok, bukit, gunung)Cuti ni kami cadang nak kerabat Bukit Bendera.[tSu.ti ni kA.mi tSA.dAN nA/ k«.ÒA.bAt bu.kit b«n.dE.rA]Cuti ini kami bercadang hendak mendaki Bukit Bendera.
kata adjektif[mAn.dom]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang lembap dan tidak cergasTok sah bawak dia pi ragaih bukit pasai dia mandom.[to/ sAh bA.wA/ di.jA pi ÒA.gAC bu.kit pA.sAj di.jA mAn.dom]Jangan bawa dia pergi panjat bukit sebab dia lembap.

Kembali ke atas