Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kawasan tanah yg tinggi tetapi tidak setinggi gunung; ~ bukau bukit dan lembah; ~ kaki bukit yg rendah di sekitar kaki gunung; ~ pasir timbunan pasir kering yg terbentuk oleh tiupan angin, terutamanya di kawasan gurun; anak ~ bukit kecil; ~ jadi paya, paya jadi ~ prb orang kaya (mulia) jadi miskin (hina) dan sebaliknya (nasib manusia itu tidak tetap); ~lah tinggi, lurahlah dalam prb seseorang yg telah tua dan tidak dapat ke sana sini lagi; berbukit mempunyai bukit; ~ di balik pendakian prb lepas kesusahan mendapat lagi kesukaran; berbukit-bukit mempunyai banyak bukit, banyak bukit dan lembahnya: kawasan itu ~;membukit menyerupai bukit: gelombang yg ~; perbukitan lapisan bumi yg berbukit-bukit, kawasan yg berbukit-bukit: perkebunan teh di ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukit I

Puisi
 

Naik bukit sebalik bukit,
     Buat tetap pagar anak;
Cari tenggek sapu tangan batik,
     Cari janda belum beranak.


Lihat selanjutnya...(163)
Peribahasa

Bukit jadi paya,
     paya jadi bukit.

Bermaksud :

Orang kaya menjadi miskin dan orang miskin menjadi kaya.

 

Lihat selanjutnya...(36)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
dongkok[doN.ko/]kata kerjamendaki tempat tinggi (seperti gunung, bukit).Tokkanlah awok tok daye dongkok bukit tu, bukannya tinggi ngat.[t/.kAn.lAh A.w/ t/ dA.j« doN.ko/ bu.kit tu bu.kAn. ø« tiN.gi NAt]Takkanlah awak tidak berdaya mendaki bukit itu, bukannya tinggi sangat.
   2. berkenaan binaan yang besar tersergam.Poh paleh, tejeregut rumoh toke ataih buket.[ph pA.leh t«.dZ«.Ä«.gut Äu.mh t.kE A.tAC bu.ket]Amboi, besar tersergam rumah tauke di atas bukit.

Kembali ke atas