Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[buk.ti] | بوقتي

Definisi : keterangan yg nyata, tanda kebenaran, dalil: dlm perbicaraan, pihak yg menuduh berkewajiban memberi ~ atau dalil yg menunjukkan pihak yg dituduh telah berbuat salah; surat inilah sbg ~ bahawa ia telah meminjam wang drpd saya; ~ diri Id keterangan tentang kenyataan diri; ~ nyata diri Id kad pengenalan; ~ saksi penyaksian, bukti yg dikemukakan oleh saksi; berbukti mempunyai bukti: kesalahan yg telah ~; berbuktikan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg bukti: pertukaran nama itu dibenarkan dgn ~ dokumen-dokumen sokongan yg sah sahaja;membuktikan 1. menyungguhkan (meyakinkan) dgn bukti: persetujuan antara India dan Pakistan itu sekali lagi ~ bahawa masalah-masalah Asia dapat diselesaikan oleh orang Asia sendiri; 2. menyatakan kebenaran sesuatu dgn bukti: guru menyuruh Ali ~ bahawa bumi ini bulat; 3. memperlihatkan: dlm mesyuarat itu, ia telah ~ kecekapannya berdebat;terbukti ternyata dgn bukti: nyatalah dan ~ bahawa keputusan mahkamah rendah itu salah dr segi undang-undang; pembuktian perihal (perbuatan, usaha, dsb) membuktikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[buk.ti] | بوقتي

Definisi : keterangan yg nyata mengenai sesuatu hal; tanda kebenaran: Kalau kamu memang di pihak yg benar, apa ~nya? ~ diri surat keterangan yg mengesahkan bahawa pembawanya itu memang benar. ~ saksi bukti yg dikemukakan oleh saksi. berbukti mempunyai bukti; ada buktinya. membuktikan 1 menyungguhkan kebenaran sesuatu dgn mengeluarkan bukti: Siapakah antara kamu yg dpt ~ bahawa dunia ini bulat? 2 menjadikan sesuatu diketahui orang; memperlihatkan: Dlm pertempuran itu, beliau telah ~ keberanian dan kecekapannya berperang. terbukti telah nyata kerana ada buktinya: Orang itu telah dihukum penjara kerana kesalahannya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukti

Peribahasa

Kalau bertangkai boleh dijinjingkan.

Bermaksud :

Bukti yang dapat dipakai sebagai punca sesuatu penyelidikan.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
mencapai suatu objek seperti data atau sumber lain dalam sistem komputer. Seterusnya, proses boleh menjalankan arahan Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 17 6/6/11 4:01:31 PM 18 bukti konsep Buku Kuning Buku Merah Buku Putih “baca” untuk membaca data dari objek dan menulisnya ke ruang ingatan pengguna, atau arahan “tulis” untuk membaca data dari ruang ingatan pengguna dan menulisnya ke objek. Setelah semua tindakan “baca” dan “tulis” lengkap, proses akan menjalankan arahan “tutup” untuk memaklumkan sistem pengendalian bahawa objek berkenaan kini bebas digunakan oleh proses lain. bukti konsep (Ig. proof of concept; Br. bukti konsep; Id. bukti konsep) Prototaip yang berfungsi untuk membuktikan suatu kaedah atau konsep dengan menggunakan input yang disimulasikan oleh modul pemacu dan stub

Kembali ke atas