Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[buk.ti] | بوقتي

Definisi : keterangan yg nyata, tanda kebenaran, dalil: dlm perbicaraan, pihak yg menuduh berkewajiban memberi ~ atau dalil yg menunjukkan pihak yg dituduh telah berbuat salah; surat inilah sbg ~ bahawa ia telah meminjam wang drpd saya; ~ diri Id keterangan tentang kenyataan diri; ~ nyata diri Id kad pengenalan; ~ saksi penyaksian, bukti yg dikemukakan oleh saksi; berbukti mempunyai bukti: kesalahan yg telah ~; berbuktikan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg bukti: pertukaran nama itu dibenarkan dgn ~ dokumen-dokumen sokongan yg sah sahaja;membuktikan 1. menyungguhkan (meyakinkan) dgn bukti: persetujuan antara India dan Pakistan itu sekali lagi ~ bahawa masalah-masalah Asia dapat diselesaikan oleh orang Asia sendiri; 2. menyatakan kebenaran sesuatu dgn bukti: guru menyuruh Ali ~ bahawa bumi ini bulat; 3. memperlihatkan: dlm mesyuarat itu, ia telah ~ kecekapannya berdebat;terbukti ternyata dgn bukti: nyatalah dan ~ bahawa keputusan mahkamah rendah itu salah dr segi undang-undang; pembuktian perihal (perbuatan, usaha, dsb) membuktikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[buk.ti] | بوقتي

Definisi : keterangan yg nyata mengenai sesuatu hal; tanda kebenaran: Kalau kamu memang di pihak yg benar, apa ~nya? ~ diri surat keterangan yg mengesahkan bahawa pembawanya itu memang benar. ~ saksi bukti yg dikemukakan oleh saksi. berbukti mempunyai bukti; ada buktinya. membuktikan 1 menyungguhkan kebenaran sesuatu dgn mengeluarkan bukti: Siapakah antara kamu yg dpt ~ bahawa dunia ini bulat? 2 menjadikan sesuatu diketahui orang; memperlihatkan: Dlm pertempuran itu, beliau telah ~ keberanian dan kecekapannya berperang. terbukti telah nyata kerana ada buktinya: Orang itu telah dihukum penjara kerana kesalahannya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukti

Peribahasa

Kalau bertangkai boleh dijinjingkan.

Bermaksud :

Bukti yang dapat dipakai sebagai punca sesuatu penyelidikan.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
critical thinkingpemikiran kritisPerubatanTiadaPemikiran yang bertujuan membuat pertimbangan berdasarkan imbasan kembali terhadap bukti-bukti bagi memperkukuh rumusan.
protohistoryprotosejarahSejarahTiadaMasa atau tempoh terdapatnya rekod sejarah yang bertulis tetapi masih lagi bergantung kepada bukti-bukti arkeologi untuk menghuraikannya dengan rekod semasa yang dipercayai ditemui di Britain pada 6 SM.
prehistoryprasejarahSejarahTiadaMasa, tempoh atau zaman sebelum sejarah tertulis atau penulisan sejarah dan terpaksa bergantung kepada bukti-bukti arkeologi untuk menghuraikannya dengan rekod semasa.
clinical forensic nursingkejururawatan forensik klinikalSains ForensikTiadaAplikasi amalan kejururawatan klinikal pada mangsa jenayah. Aplikasi ini melibatkan pengenalpastian kecederaan yang tidak dikenali pada mangsa jenayah dan membantu mendapatkan sampel biologi dan bukti-bukti untuk siasatan forensik.
formal proofbukti rasmi/bukti formalFizikTiadaTiada
formal proofbukti rasmi/bukti formalMatematikTiadaTiada
formal proofbukti rasmi/bukti formalKejuruteraanTiadaTiada
formal proofbukti rasmi/bukti formalGeografiTiadaTiada
class characteristicciri kelasSains ForensikTiadaCiri bukti fizikal sesuatu bahan bukti yang meletakkannya dalam satu kelas dengan bahan lain yang sama. Bukti ini tidak merujuk kepada mana-mana individu. Ciri kelas merupakan salah satu daripada dua kumpulan bukti forensik selain daripada ciri individu.
individual characteristicciri individuSains ForensikTiadaCiri bukti fizikal sesuatu bahan bukti yang unik dan tersendiri yang dapat mengaitkan seseorang dengan sesuatu kejadian jenayah.
12345678910...

Kembali ke atas