Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.ku] | بوکو

Definisi : 1 bahagian yg keras pd tempat pertemuan dua ruas buluh, tebu dsb; bahagian hujung dan pangkal ruas tulang yg berbonggol. 2 ketul atau butir yg kecil-kecil, spt garam: Ahmad menghancurkan ~-~ tanah itu dgn cangkul. 3 penjodoh bilangan utk benda yg berbutir atau berketul: se~ garam; se~ tanah. ~ bahu sendi antara bahu dgn lengan. ~ benang kayu dll tempat benang dililitkan; gelendong. ~ jari tulang sendi pd jari. ~ kaki (lali) tulang yg berbonggol pd pergelangan kaki. ~ lima a. genggaman tangan. b. sj senjata drpd besi yg digenggam apabila menggunakannya. berbuku 1 ada bukunya: Buluh mana yg tidak ~? 2 berbongkah-bongkah kecil: Tepung ini sudah ~ kerana terlalu lama. membuku menjadi bongkah-bongkah kecil; menjadi berbuku. terbuku ki mengganggu perasaan dlm hati: Segala yg ~ dlm hatinya diceritakannya kpd kakaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[bu.ku] | بوکو

Definisi : berhelai-helai kertas berjilid yg berisi tulisan utk dibaca atau berisi ruangan-ruangan kosong utk ditulisi; kitab: Di atas mejanya, tersusun ~ rujukan yg tebal-tebal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buku

Puisi
 

Jika adinda makan gelagah,
     Beri kami buku-bukunya;
Jika adinda beranak tengah,
     Bagi kami buku bongsunya.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Kenal dadanya,
     tak kenal mukanya (= rupanya).

Bermaksud :

Orang alim atau orang pandai dikenal orang hanya dengan membaca buku-buku karangannya saja.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bibliopolebibliopolPerpustakaanTiadaSeseorang yang berurusan dengan buku terutamanya buku-buku nadir atau buku-buku yang aneh, ganjil tetapi menarik.
book auction salelelong bukuPerpustakaanTiadaKaedah menjual buku-buku terpakai, biasanya merupakan salinan buku nadir dan buku-buku berharga milik individu atau perpustakaan besar.
allocate (to)menguntukkanPerpustakaanTiadaMenempatkan buku-buku sistem perpustakaan dan buku-buku lain di perpustakaan.
chained bookbuku dirantaiPerpustakaanTiadaBuku-buku yang dirantai pada rak atau meja bacaan di perpustakaan pada abad ke-15 hingga awal abad ke-18 untuk mengelakkan kecurian tetapi amalan ini mula pupus menjelang pertengahan abad ke-17 apabila buku-buku mula disusun menegak di rak.
curriculum material centerpusat bahan kurikulumPerpustakaanTiadaPusat tempat menyimpan buku-buku profesional, bahan-bahan retrospektif dan semasa dan bahan-bahan pengajaran profesional yang lain dalam bentuk buku-buku teks tambahan, mikrofilem, terbitan bersiri, risalah, model dan lain-lain yang dipinjamkan terutama kepada guru-guru.
antiquarian booksellerpenjual buku antikPerpustakaanTiadaOrang yang menjual buku-buku nadir atau buku lama yang biasanya mempunyai nilai dan harga yang lebih tinggi daripada buku terpakai biasa.
books for the blindbuku tunanetraPerpustakaanTiadaBuku-buku yang disediakan untuk bacaan golongan cacat penglihatan, sama ada dalam bentuk cetak atau direkodkan seperti buku Braille dan buku ceramah.
antiquarian bookshopkedai buku antikPerpustakaanTiadaKedai yang menjual buku-buku nadir atau buku lama yang biasanya berharga tinggi.
book fair cataloguekatalog pesta bukuPerpustakaanTiadaKatalog buku-buku yang dipamerkan dan pembuatan buku, termasuk ceramah oleh pengarang, pelukis ilustrasi, penjual buku dan penerbit.
book carrierpengangkat bukuPerpustakaanTiadaSatu sistem terdiri daripada bekas logam yang dihubungkan pada satu lingkaran rantai yang mampu mengangkat buku-buku antara bahagian-bahagian tertentu di perpustakaan. Sinonim: konveyor buku, pengedar buku.
12345678910...

Kembali ke atas