Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buku besar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NOMBOR PIAWAI BUKU ANTARABANGSA

Nombor piawai buku antarabangsa (ISBNInternational

Standard Book Number) ialah

sekumpulan sepuluh nombor untuk mengenal pasti

buku dan penerbitnya. Nombor piawai buku

antarabangsa, dikenali juga sebagai ISBN,

memudahkan proses memesan buku. Penjual buku,

pustakawan, dan lain-lain yang mengendalikan

jumlah buku yang besar boleh menghantar dan

menerima pesanan lebih cepat menggunakan ISBN.

UMUM 
PENERBIT ABBAS BANDUNG

PENERBIT ABBAS BANDUNG, penerbit buku sastera dan buku-buku lain di Melaka.  Penerbit Abbas Bandung merupakan salah satu institusi penerbit bumiputera yang pertama dan tunggal di Melaka selepas kemerdekaan.  Buku-buku sastera yang diterbitkan oleh Penerbit Abbas Bandung mendapat pasaran yang amat meluas sehingga Sabah, Sarawak dan Brunei.  Penerbit Abbas Bandung telah memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan kesusasteraan dan bahasa Melayu.  Antara pengarang Indonesia yang mendapat tempat di Penerbit Abbas Bandung ialah Hamka, Achdiat K. Mihardja dan Pramoedya Ananta Toer.

SASTERAPenerbitan
MUNCHAUSEN, BARON

Munchausen, Baron ialah nama tukang cerita

dan watak utama dalam buku kecil berjudul Baron

Munchausen’s Narrative of His Marvellous Travels

and Campaigns in Russia . Ia mula diterbitkan di

England pada tahun 1785. Jualannya sangat laris

hingga menyebabkan edisi yang lebih tebal

dihasilkan dengan banyak oleh pencetak. Edisi ini

menggunakan cakap besar dan berdegar-degar

yang berlebih-lebihan. Naskhah dalam bahasa

Jerman terbit pada tahun 1786. Pengarang buku ini

ialah Rudolph Erich Raspe (1737–1794), profesor

Jerman yang dibuang negeri dan tinggal di

London.

UMUM 
STOKER, BRAM

Stoker, Bram (1847–1912), pengarang British,

telah mengarang cerita Dracula (1897), salah satu

cerita seram yang paling terkenal sepanjang zaman.

Count Dracula, watak utama buku ini, ialah seorang

bangsawan. Dia sebenarnya puntianak (pembunuh

yang menghisap darah). Dia tinggal di Transylvania

(kini sebahagian Romania) dan berumur beberapa

ratus tahun. Pada waktu malam, dia bertukar

menjadi kelawar besar dan terbang ke merata desa,

menghisap darah dari leher mangsa-mangsanya

yang sedang tidur. Dracula berpindah ke England

dan menakutkan penduduk di situ pula. Akhirnya

dia ditangkap pada waktu siang dan dibunuh.

“Dracula’s Guest”, sebuah cerita pendek yang

asalnya ialah satu bab daripada buku Dracula, tidak

diterbitkan sehingga tahun 1937. Buku lain yang

ditulis oleh Stoker termasuk The Mystery of the Sea

(1902) dan Famous Imposters (1910).

UMUM 
KESUSASTERAAN UNTUK KANAK-KANAK

Kesusasteraan untuk kanak-kanak

terbahagi kepada dua jenis: kesusasteraan yang

ditulis khas untuk pembaca muda – dari peringkat

prasekolah sehinggalah ke peringkat remaja – dan

kesusasteraan yang pembaca muda telah gunakan

untuk diri mereka sendiri. Lebih daripada 100 000

jenis buku yang berlainan diterbitkan pada

setiap tahun untuk kanak-kanak, iaitu pembaca

berbahasa Inggeris sahaja, dari buku bergambar,

puisi, dan cerita rakyat sehinggalah novel dan

buku pengetahuan. United Kingdom dan Amerika

Syarikat telah mempunyai pengaruh yang besar

terhadap buku kanak-kanak di seluruh dunia, tetapi

hampir kesemua negara mempunyai tradisi mereka

sendiri yang mungkin jadi jauh berbeza tradisinya.

Di India dan Afrika, sebagai contoh, kanak-kanak

berkongsi cerita lisan dengan orang dewasa.

Hanya apabila negara itu telah dijajah oleh orang

Eropah, maka barulah cerita ditulis dan dibahagikan

kepada cerita untuk kanak-kanak dan cerita untuk

orang dewasa.

UMUM 
PERPUSTAKAAN

Perpustakaan . Perpustakaan merupakan suatu

bahagian yang amat penting dalam sistem

pendidikan di dunia dan dalam proses menyimpan

dan mendapat kembali maklumat. Perpustakaan

menyediakan pengetahuan yang telah dikumpulkan

dari zaman ke zaman melalui buku, filem, rakaman,

dan media lain. Manusia dari semua lapisan

masyarakat, termasuk pelajar, guru, eksekutif

perniagaan, pegawai kerajaan, para sarjana, dan ahli

sains, menggunakan sumber yang ada di

perpustakaan untuk kerja mereka. Sebilangan besar

daripada orang awam turut mengunjungi

perpustakaan untuk memenuhi keperluan menimba

ilmu pengetahuan atau untuk mendapatkan bahan

bagi kegiatan masa lapang mereka. Di samping itu,

ramai orang menikmati perbincangan buku,

pertunjukan filem, kuliah, dan kegiatan lain yang

diaturkan oleh perpustakaan tempatan mereka.

UMUM 
SIKHISME

Sikhisme ialah salah satu agama di India.

Penganutnya menggelarkan diri mereka Sikh, yang

bermaksud pengikut. Orang Sikh mengikuti ajaran

10 guru (guru kerohanian). Kitab suci orang Sikh,

Guru Granth Sahib (Kitab Yang Dihormati) atau Adi

Granth (Buku Pertama), mengandungi ajaran

beberapa orang guru Sikh yang lain. Kira-kira 14

juta orang Sikh tinggal di India, iaitu sebahagian

besar daripada mereka tinggal di bahagian utara

Punjab.

UMUM 
DERMACIPTA DEWANDERMACIPTA DEWAN, bantuan kewangan yang diberikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk menggalakkan penciptaan karya asli dalam bahasa Melayu. Dermacipta Dewan ini diwujudkan pada 6 Disember 1980, untuk membolehkan para penulis, ilmuwan, budayawan, sasterawan, dan golongan profesional menghasilkan karya asli dalam bentuk buku, terutamanya karya ilmu pengetahuan yang dapat memberikan sumbangan besar kepada pemikiran masyarakat umum. Karya kreatif yang tinggi mutunya, dan memerlukan bantuan kewangan untuk membuat penyelidikan juga dipertimbangkan.SASTERAAnugerah/Hadiah

Kembali ke atas