Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.lan] | بولن

Definisi : 1. satelit semula jadi bumi yg bergerak mengelilingi bumi sekali dlm 28 hari, dan bersinar pd waktu malam oleh cahaya yg dibalikkan dr matahari: ~ bercahaya pd malam hari; kapal angkasa Rusia sudah berhasil mendarat di ~; 2. masa antara mula nampak bulan sehingga hilang balik (29 atau 30 hari): ~ Muharam ialah ~ pertama tahun Islam; 3. masa yg lamanya tahun Masihi (pd 12 bulan dlm setahun): saya akan ke Singapura dlm ~ Ogos; ~ adik maulud Rabiulakhir; ~ apit = ~ berapit = ~ terapit Zulkaedah; ~ arwah Syaaban; ~ bahasa bulan (yg tertentu atau yg ditetapkan) yg pd sepanjang tempohnya berbagai-bagai kegiatan kebahasaan dijalankan; ~ bintang gambar bulan dan bintang sbg lambang beberapa negara Islam (biasanya lambang ini terdapat pd bendera); ~ datang = ~ muka bulan selepas bulan ini; ~ gerhana (kapangan, dimakan Rahu) tidak tampak bulan kerana berada dlm bayangan bumi; ~ haji Zulhijah; ~ kenduri apam Rejab; ~ madu masa pengantin baru menikmati perkahwinannya dgn berpergian ke tempat lain; ~ mati bulan gelap; ~ maulud Rabiulawal; ~ muda bulan (yg tampak) antara 1 hingga 10hb; ~ nahas Safar; ~ purnama bulan penuh (14 hingga 15hb); ~ puasa Ramadan; ~ raya Syawal; ~ sabit bulan yg nampak spt sabit; B~ Sabit Merah pertubuhan sukarela antarabangsa di negaranegara Islam (yg berlambangkan bulan sabit berwarna merah) yg sama fungsinya dgn Palang Merah; ~ sura (api, Hasan-Hussain, takut, penceraian tahun) Muharam; ~ susut (tua, surut) bulan yg nampak bertambah kecil (sesudah 20hb); ~ timbul bulan terbit; datang (melihat, membawa, mendapat) ~ mendapat kain kotor, datang kotor, haid; ~ dipagar bintang prb sudah patut benar, sangat cocok; bagai ~ empat belas prb peri keelokan muka perempuan; (bagai) ~ kesiangan prb pucat (tidak jernih, terang); jirus bagai ~ akan habis prb makin lama makin kurang (modal dll); spt ~ dgn matahari prb sudah sepadan (sejodoh dll); spt ~ dimakan Rahu prb menyatakan betapa asyiknya seorang laki-laki memeluk kekasihnya; (spt) kejatuhan ~ prb menyatakan keuntungan yg besar; siang bagai hari, terang bagai ~ prb sudah terang sekali (kesalahan dll); bulan-bulan, bulan-bulanan 1. benda (gambar dll) yg spt bulan; 2. sasaran (utk menembak dll); berbulan 1. mempunyai bulan; 2. hingga sebulan (lamanya): pekerjaan ini dilakukan hingga ~; 3. = bulanan: gaji pekerja dihitung ~, dan bukan berminggu;berbulan-bulan hingga beberapa bulan (lamanya): telah ~ hal itu berlaku;membulan merupakan bulan, tampak spt bulan;bulanan (berlaku atau diadakan) setiap bulan: gaji ~; penyata ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.lan] | بولن

Definisi : sj ikan laut, Megalops cyprinoides. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.lan] | بولن

Definisi : 1 satelit semula jadi bumi (permukaannya gersang lagi tandus serta tidak berudara) yg bergerak mengelilingi bumi dan kelihatan bercahaya pd waktu malam: Tiga orang angkasawan Amerika telah berjaya mendarat di permukaan ~. 2 masa atau tempoh yg lamanya 1 tahun dan setiap tempoh itu ada namanya sendiri: Saya telah dilahirkan dlm ~ Muharam. ~ bintang gambar bulan sabit dan bintang sbg lambang pd bendera dsb. ~ gelap malam hari yg gelap kerana bulan tidak kelihatan di langit. ~ gerhana bulan terlindung sebahagiannya atau seluruhnya oleh bayangan bumi. ~ haji Zulhijah. ~ madu masa pasangan suami isteri yg baru berkahwin pergi bercuti dan bersuka-suka ke tempat lain. ~ Maulud Rabiulawal. ~ muda bahagian bulan dr tanggal 1 hingga tanggal 10. ~ puasa Ramadan. ~ purnama bulan kelihatan penuh pd tanggal 14 atau 15. ~ sabit bulan yg masih berbentuk spt sabit. bulan-bulan 1 gambar dll yg menyerupai bulan. 2 benda yg dituju ketika menembak dll; mata alamat. berbulan 1 ada bulannya; mempunyai bulan: Malam tidak ~. 2 hingga sebulan lamanya. berbulan-bulan beberapa bulan lamanya. bulanan 1 tiap-tiap bulan: Dia menerima gaji ~, bukan mingguan. 2 terbit pd tiap-tiap bulan (ttg majalah dll): Majalah ~ Dewan Masyarakat diterbitkan pd tiap-tiap 15 hari bulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulan

Puisi
 

Anak yu senangin bulan,
     Bawah bulan pagar jerami;
Kalau rindu pandang bulan,
     Dalam bulan ada kami.


Lihat selanjutnya...(203)
Peribahasa

Bulan terang dalam rimba.

Bermaksud :

Orang pandai yang memperlihatkan kepandaiannya kepada orang-orang yang tak dapat menghargai kepandaiannya itu.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin menanyakan ejaan yang betul untuk bulan-bulan kalendar islam contohnya bulan safar.adakah ada satu "safar" atau 2 "saffar"?kalau boleh, untuk semua bulan dalam kalendar islam.

Ejaan yang betul ialah Safar. Untuk menyemak ejaan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau layari http://prpm.dbp.gov.my.

Ejaan17.03.2010
Saya merujuk penggunaan perkataan dalam 'RUKUN NEGARA' PELITA BAHASA Mei 2011 m.s.54 (dan dalam keluaran bulan-bulan terdahulu) 1. bolehkah perkataan 'di kalangan' telah diubah menjadi 'dalam kalangan' (dot pertama) 2. 'di mana' (dot kedua) masih dikekalkan? 3. 'bersama' (dot ketiga) kenapa tidak 'bersama-sama' 4. perkataan 'bersama' - tertinggal dalam RUKUN NEGARA tulisan jawi (DOT 3)Untuk makluman saudara, ketiga-tiga perkataan/frasa tersebut disalin dan dikekalkan ejaannya seperti teks asal Perisytiharan Rukun Negara. Walau bagaimanapun tidak semua perkataan/frasa tersebut betul dari aspek tatabahasa. Frasa 'dalam kalangan' adalah lebih penggunaannya daripada 'di kalangan' kerana kata di digunakan di hadapan kata nama yang merujuk tempat dan masa, sedangkan kalangan bermaksud lingkungan atau golongan (tiada kaitan dengan tempat atau masa). Frasa 'di mana' tidak digunakan dalam ayat penyata, sebaliknya digunakan dalam ayat tanya yang merujuk tempat. Perkataan 'bersama' sama maknanya dengan 'bersama-sama'. Terima kasih atas makluman tuan dalam soalan ke-4 dan hal ini akan saya kemukakan kepada pihak yang berkenaan. Tatabahasa16.05.2011
Salam sejahtera, 1.Pameran perabot akan bermula dari bulan Jun hingga bulan Julai.(perlu bubuh bulan di depan Julai lagi?) Terima kasihPameran perabot akan diadakan dari bulan Jun hingga bulan Julai. Ini ayat lengkap untuk penulisan yang gramatis, namun sedikit kelonggaran diberikan untuk penggunaan dalam iklan. Pameran perabot akan diadakan dari Jun hingga Julai 2020. Tatabahasa20.07.2020
Apakah istilah bahasa untuk dua bulan sekali, tiga bulan sekali dan empat bulan sekali; atau dua tahun sekali, tiga tahun sekali dan empat tahun sekali?Frasa yang betul ialah dua bulan sekali atau dwibulanan dan dua tahun sekali atau dwitahunan. Manakala frasa tiga bulan sekali, empat bulan sekali, tiga tahun sekali dan empat tahun sekali dikekalkan frasanya.Lain-lain07.01.2023
Salam tuan, bulan membaca ke bulan bacaan atau bulan baca, sekolah memasak ke sekolah masak atau sekolah masakan?Perkataan yang betul ialah bulan membaca dan sekolah memasak.Tatabahasa10.02.2011
bulan kemerdekaan atau Bulan Kemerdekaan ?Bulan KemerdekaanEjaan05.03.2020
Pada akhir Mac dan awal April" atau "Pada akhir bulan Mac dan awal bulan April".. Yang mana satukah betul dari segi tatabahasa. perlukah perkataan "bulan" di hadapan setiap nama bulan tersebut? Adakah diaplikasikan sama pada tahun dan hari? Seperti "Pada Sabtu lepas..." ditukar kepada "Pada hari Sabtu lepas.." dan "Pada 1978," ditukar kepada "Pada tahun 1978,.."Kedua-dua ayat Pada akhir Mac dan awal April, atau Pada akhir bulan Mac dan awal bulan April boleh digunakan. Begitu juga untuk hari, dan tahun.

Walau bagaimanapun, untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, sebaik-baiknya digunakan perkataan hari, bulan dan tahun dalam penulisan.


Tatabahasa14.10.2020
HARI BULAN 5 SETIAP BULAN atau hari kelima setiap bulanFrasa "Pada setiap 5 hari bulan" sudah memadai untuk maksud yang hendak disampaikan.Tatabahasa18.05.2019
"Pada akhir Mac dan awal April" atau "Pada akhir bulan Mac dan awal bulan April".. Yang mana satukah betul dari segi tatabahasa. perlukah perkataan "bulan" di hadapan setiap nama bulan tersebut? Adakah diaplikasikan sama pada tahun dan hari? Seperti "Pada Sabtu lepas..." ditukar kepada "Pada hari Sabtu lepas.." dan "Pada 1978," ditukar kepada "Pada tahun 1978,..""Pada akhir Mac dan awal April" atau "Pada akhir bulan Mac dan awal bulan April".  Kedua-dua ayat ini boleh digunakan, begitu juga untuk hari dan tahun. Tatabahasa23.09.2020
Ayat yang manakah adalah betul. A. Kirakan penggunaan jumlah kos elektrik untuk bulan Disember (bulan ini mengandungi 31 hari) B. Kirakan penggunaan jumlah kos elektrik untuk bulan Disember (31 hari) dan ada tanda soal ke tak?

Kirakan penggunaan jumlah kos elektrik untuk bulan Disember (31 hari). Ayat ini tidak perlu penggunaan tanda soal.

Tatabahasa27.10.2022
12345678910...

Kembali ke atas