Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.lan.bu.lan] | بولن٢

Definisi : sj tumbuhan (pokok), senduk (-senduk), sesenduk, Endospermum malaccense. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.lan.bu.lan] | بولن٢

Definisi : 1. benda (gambar dll) yg spt bulan; 2. sasaran (utk menembak dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.lan.bu.lan] | بولن٢

Definisi : 1 gambar dll yg menyerupai bulan. 2 benda yg dituju ketika menembak dll; mata alamat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulan-bulan

Puisi
 

Anak Arab lalu sekawan,
     Singgah berhenti pohon gaharu;
Jangan harap cahaya bulan,
     Bulan tidak terang selalu.


Lihat selanjutnya...(203)
Peribahasa

Bulan terang dalam rimba.

Bermaksud :

Orang pandai yang memperlihatkan kepandaiannya kepada orang-orang yang tak dapat menghargai kepandaiannya itu.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin menanyakan ejaan yang betul untuk bulan-bulan kalendar islam contohnya bulan safar.adakah ada satu "safar" atau 2 "saffar"?kalau boleh, untuk semua bulan dalam kalendar islam.

Ejaan yang betul ialah Safar. Untuk menyemak ejaan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau layari http://prpm.dbp.gov.my.

Ejaan17.03.2010
Saya merujuk penggunaan perkataan dalam 'RUKUN NEGARA' PELITA BAHASA Mei 2011 m.s.54 (dan dalam keluaran bulan-bulan terdahulu) 1. bolehkah perkataan 'di kalangan' telah diubah menjadi 'dalam kalangan' (dot pertama) 2. 'di mana' (dot kedua) masih dikekalkan? 3. 'bersama' (dot ketiga) kenapa tidak 'bersama-sama' 4. perkataan 'bersama' - tertinggal dalam RUKUN NEGARA tulisan jawi (DOT 3)Untuk makluman saudara, ketiga-tiga perkataan/frasa tersebut disalin dan dikekalkan ejaannya seperti teks asal Perisytiharan Rukun Negara. Walau bagaimanapun tidak semua perkataan/frasa tersebut betul dari aspek tatabahasa. Frasa 'dalam kalangan' adalah lebih penggunaannya daripada 'di kalangan' kerana kata di digunakan di hadapan kata nama yang merujuk tempat dan masa, sedangkan kalangan bermaksud lingkungan atau golongan (tiada kaitan dengan tempat atau masa). Frasa 'di mana' tidak digunakan dalam ayat penyata, sebaliknya digunakan dalam ayat tanya yang merujuk tempat. Perkataan 'bersama' sama maknanya dengan 'bersama-sama'. Terima kasih atas makluman tuan dalam soalan ke-4 dan hal ini akan saya kemukakan kepada pihak yang berkenaan. Tatabahasa16.05.2011
Assalamualaikum Dewan Bahasa, saya ingin bertanya bagaimanakah cara untuk menghantar makalah (esei), bercorak kebahasaan dan liinguistik untuk disiarkan ke dalam Dewan Bahasa?Tuan Qhay, kirimkan makalah tersebut melalui e-mel kepada saya, zaidi_i@dbp.gov.my . Sekiranya bersesuaian, akan disiarkan dalam terbitan bulan-bulan berikutnya.Lain-lain11.05.2012
Assalamualaikum. tujuan saya menhantar emel ini ialah untuk bertanya tentang khidmat pekerjaan yang disediakan untuk saya sebagai pelajar yang ingin mencari pekerjaan sambilan semasa cuti semester, apabila saya kembali ke tempat tinggal saya di Kuching Sarawak. cuti semester yang agak panjang, lebih kurang 2 bulan/ bulan. adakah pihak DBP menawarkan sebarang pekerjaan bagi mencari wang untuk kami sebagai pelajar?Untuk makluman puan, DBP tidak menawarkan pekerjaan sambilan untuk pelajar yang sedang bercuti semester.Lain-lain21.12.2014
Salam sejahtera, 1.Pameran perabot akan bermula dari bulan Jun hingga bulan Julai.(perlu bubuh bulan di depan Julai lagi?) Terima kasihPameran perabot akan diadakan dari bulan Jun hingga bulan Julai. Ini ayat lengkap untuk penulisan yang gramatis, namun sedikit kelonggaran diberikan untuk penggunaan dalam iklan. Pameran perabot akan diadakan dari Jun hingga Julai 2020. Tatabahasa20.07.2020
Apakah istilah bahasa untuk dua bulan sekali, tiga bulan sekali dan empat bulan sekali; atau dua tahun sekali, tiga tahun sekali dan empat tahun sekali?Frasa yang betul ialah dua bulan sekali atau dwibulanan dan dua tahun sekali atau dwitahunan. Manakala frasa tiga bulan sekali, empat bulan sekali, tiga tahun sekali dan empat tahun sekali dikekalkan frasanya.Lain-lain07.01.2023
Salam tuan, bulan membaca ke bulan bacaan atau bulan baca, sekolah memasak ke sekolah masak atau sekolah masakan?Perkataan yang betul ialah bulan membaca dan sekolah memasak.Tatabahasa10.02.2011
bulan kemerdekaan atau Bulan Kemerdekaan ?Bulan KemerdekaanEjaan05.03.2020
Pada akhir Mac dan awal April" atau "Pada akhir bulan Mac dan awal bulan April".. Yang mana satukah betul dari segi tatabahasa. perlukah perkataan "bulan" di hadapan setiap nama bulan tersebut? Adakah diaplikasikan sama pada tahun dan hari? Seperti "Pada Sabtu lepas..." ditukar kepada "Pada hari Sabtu lepas.." dan "Pada 1978," ditukar kepada "Pada tahun 1978,.."Kedua-dua ayat Pada akhir Mac dan awal April, atau Pada akhir bulan Mac dan awal bulan April boleh digunakan. Begitu juga untuk hari, dan tahun.

Walau bagaimanapun, untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, sebaik-baiknya digunakan perkataan hari, bulan dan tahun dalam penulisan.


Tatabahasa14.10.2020
HARI BULAN 5 SETIAP BULAN atau hari kelima setiap bulanFrasa "Pada setiap 5 hari bulan" sudah memadai untuk maksud yang hendak disampaikan.Tatabahasa18.05.2019
12345678910...

Kembali ke atas