Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.lan.bu.lan] | بولن٢

Definisi : sj tumbuhan (pokok), senduk (-senduk), sesenduk, Endospermum malaccense. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.lan.bu.lan] | بولن٢

Definisi : 1. benda (gambar dll) yg spt bulan; 2. sasaran (utk menembak dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.lan.bu.lan] | بولن٢

Definisi : 1 gambar dll yg menyerupai bulan. 2 benda yg dituju ketika menembak dll; mata alamat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulan-bulan

Puisi
 

Anak Arab lalu sekawan,
     Singgah berhenti pohon gaharu;
Jangan harap cahaya bulan,
     Bulan tidak terang selalu.


Lihat selanjutnya...(203)
Peribahasa

Bulan terang dalam rimba.

Bermaksud :

Orang pandai yang memperlihatkan kepandaiannya kepada orang-orang yang tak dapat menghargai kepandaiannya itu.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMalam tadi mimpikan bulan, Bulan kumimpi si bujur telur; Malam tadi mimpikan tuan, Tuan kumimpi dikandung tidur.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Arab lalu sekawan, Singgah berhenti pohon gaharu; Jangan harap cahaya bulan, Bulan tidak terang selalu.
Kurik Kundi Merah SagaAyam terungap beranak lapan, Seekor mati dimakan buaya; Sakit mata memandang bulan, Bulan tidak menimbang rasa.
Kurik Kundi Merah SagaTukul sumbing pecah berjalan, Pecah terantuk tebik terjatuh; Niat di hati menjolok bulan, Bulan dijolok bintang yang jatuh.
Kurik Kundi Merah SagaAnak yu senangin bulan, Bawah bulan pagar jerami; Kalau rindu pandang bulan, Dalam bulan ada kami.
Kurik Kundi Merah SagaAnak endu termami bulan, Bawah bulan pagar jerami; Tuan rindu pandang bulan, Bawah bulan ada kami.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak bulan antara bulan, Tidak sama bulan puasa; Banyak Tuhan antara Tuhan, Tidak sama Tuhan Yang Esa.
Kurik Kundi Merah SagaBulan Safar bulan sebelas, Cahayanya cerah menyapu awan; Bukan mengata bukan membalas, Saya serah melukut secawan.
Kurik Kundi Merah SagaBulan Ramadan bulan puasa, Awal Syawal beraya kita; Kita baru berkenal biasa, Berdondang sayang bermesra kita.
Kurik Kundi Merah SagaBulan Rejab bulan Syaaban, Ular lidi memanjat daun; Hilang sekejap rasa sebulan, Hilang sebulan rasa setahun.
12345678910...

Kembali ke atas