Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.la.ngan] | بولڠن

Definisi : sj tumbuhan (pokok), Gmelina spp.; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.la.ngan] | بولڠن

Definisi : lilitan (ikatan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulangan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Gmelina ellipticaduri bulangHerbaBotani dan BioteknologiPokok kecil dalam famili Verbenaceae yang dikenali juga sebagai bulangan dan bulang hutan. Duri bulang hidup liar di belukar dan tanah terbiar, terutama berhampiran pantai. Rantingnya berduri tajam. Daunnya ringkas, bersaiz kecil dan berbentuk bujur. Bunganya pada jambak rasem di hujung dahan. Kelopak bunga berbentuk loceng, bercuping empat dan berwarna kuning cerah. Buahnya kecil berbentuk hampir bulat. Daunnya dibuat ubat pupuk untuk merawat sakit kepala dan mengurangkan bengkak. Daunnya juga menjadi ramuan untuk mengubati anemia, melegakan sakit gigi dan mencegah keguguran rambut. Buahnya yang pahit boleh dibuat ubat untuk merawat dropsi. Jus buahnya boleh dibuat ubat titis untuk merawat sakit telinga.

Kembali ke atas