Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.lat] | بولت

Definisi : 1. spt bola bentuknya: matanya yg ~ dan merah menentang mukaku; 2. bundar spt talam atau duit syiling; 3. lengkap seluruhnya (tidak pecah dll), dgn keseluruhannya (tidak berpecah-pecah, tidak berbelah bagi), bersatu, berpadu: seluruh rakyat berdiri ~ di belakangnya; kepercayaan yg ~; ~ bujur = ~ panjang = ~ telur bulat memanjang (lonjong); ~ cekung lekuk yg melengkung; ~ cembung cembung yg melengkung; ~ fikiran tetap (teguh) fikiran; ~ geter Kl bulat benar (sungguh); ~ hati a) lurus hati; b) tegap (teguh) hati, sungguh-sungguh; ~ kata = ~ muafakat semuafakat, seia; ~ leting Kd betul-betul bulat; ~ lurus panjang bulat spt buluh; ~ mata biji mata; ~ pipih bulat dan pipih (spt duit syiling); ~ suara semuafakat; ~ tekad tetap hati; ~ torak bulat lurus; nombor ~ bukan nombor pecahan; telanjang ~ tidak bertutup sesuatu apa pun; ~ air oleh pembuluh, ~ kata oleh muafakat prb, Mn kata sepakat tercapai dgn mesyuarat; ~ boleh digilingkan, pipih boleh dilayangkan prb, Mn sudah semuafakat benar-benar;sebulat dgn sangat bulatnya: keputusan ~ suara; mereka telah ~ pakat akan pindah dr sana;bulat-bulat 1. berbentuk bulat; 2. = bulat-mulat dgn keseluruhannya (seluruhnya), sepenuh-penuhnya, dgn begitu sahaja: ular itu menelan ~ seekor anak kambing; Menteri itu menolak ~ usul parti pembangkang;membulat 1. nampak bulat: segulung rambut pendek ~ spt sanggul; 2. menjadi bulat: perutnya yg ~ semakin jelas kelihatan;membulati mengambil seluruhnya;membulatkan 1. membuat bulat (bundar); ~ tinju mengepalkan tangan; 2. menjadikan padu, memadukan; ~ fikiran (hati, kemahuan, tekad, dll) menetapkan fikiran dll, mengarahkan fikiran dll kpd; ~ muafakat menyesuaikan pendapat, menyelesaikan muafakat dgn pendapat yg bulat; bulatan sesuatu yg bulat, lingkaran: ~ bumi;buatlah satu ~ dlm segi tiga itu;kebulatan perihal bulat, kepaduan: ~ fikiran (muafakat, tekad, dll);berkebulatan mempunyai kebulatan, berpadu, bersatu: hendaknya sekalian ulama ~ memberi pengajaran kpd anak-anak kita;pembulatan proses (cara) membulatkan sesuatu (angka dll): pengiraan yg melibatkan ~ angka akan menghasilkan keputusan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.lat] | بولت

Definisi : 1 berbentuk spt bentuk bola: Apakah bukti-buktinya bahawa dunia ini ~? 2 berbentuk spt bentuk roda; bundar: Bawakan saya talam yg ~ itu ke mari. 3 lengkap seluruhnya; tidak berpecah-pecah: Anggota Dewan Rakyat telah ~ menerima usul yg dikemukakan oleh Perdana Menteri. ~ bujur (panjang, telur) bentuk yg menyerupai bentuk telur; lonjong. ~ hati a. berhati lurus; jujur. b. dgn tetap hati atau dgn sungguh-sungguh. ~ kata sepakat; sehati. ~ torak bentuk yg panjang bulat spt bentuk buluh. bulat-bulat 1 sesuatu yg bulat bentuknya: Apa benda ~ yg terapung di permukaan air itu? 2 semuanya sekali; tidak berpisah-pisah; seluruhnya: Kaum petani ~ menentang kenaikan cukai tanah itu. membulat menjadi bulat: Sejak akhir-akhir ini, tubuhnya kelihatan ~. membulatkan menjadikan bulat (dlm berbagai-bagai erti spt melengkapkan, menyatukan). ~ fikiran (hati, kemahuan, tekad) menetapkan fikiran dsb hendak berbuat sesuatu. ~ ingatan menumpukan atau memusatkan ingatan pd. ~ muafakat memutuskan pendapat supaya sepakat. bulatan sesuatu yg bulat atau bundar: Buat tiga ~ yg sama besarnya di dlm petak tiga segi ini. sebulat dgn tidak ada kecualinya; dgn sepenuhnya: Mereka telah ~ suara bersetuju menubuhkan syarikat tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulat

Puisi
 

Kurang bulat sembayan sakar,
     Akan membubur si kacang gadung;
Tanah bersukat jangan diekar,
     Kalau diekar siapa yang tanggung?


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bulat bagai air dalam pembuluh.

Bermaksud :

Persatuan yang kukuh atau keputusan yang dicapai dengan kata muafakat.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NOMBOR BULAT

Nombor bulat ialah nombor-nombor yang bermula dari 0, 1, 2, 3, 4, 5, ....  Set kepada semua nombor bulat boleh diwakili dengan simbol W = {0, 1, 2, 3, ...}.  Nombor bulat (1, 2, 3...) juga dikenali sebagai nombor pembilang, dan nombor tabii.

MATEMATIKKonsep
MENARA BULAT

Menara bulat merupakan ciri-ciri yang menarik

pemandangan landskap di kebanyakan bahagian

Ireland. Menara-menara ini dibina berdekatan

gereja dan biara antara tahun 900-an M. dan tahun

1200-an. Ia digunakan sebagai menara loceng untuk

membunyikan loceng tangan dan sebagai tempat

persembunyian semasa berlakunya serangan oleh

pihak Viking. Ketinggian menara ini berbeza-beza,

dari 21 meter hingga 38 meter dan berdiameter

dari empat meter hingga 5.5 meter. Menara yang

masih ada dianggarkan berjumlah 100 buah.

UMUM 
ATOL

Atol ialah lingkaran bulat karang di laut lepas yang

terbina di atas tebing yang tenggelam, atau

terbentuk di atas kawah gunung berapi yang telah

tenggelam di bawah permukaan laut. Umumnya

satu lapisan tanah yang nipis terlekat di atas

terumbu karang, dan ditumbuhi tumbuh-tumbuhan.

Tumbuh-tumbuhan tropika hidup subur di atas atol,

dan ia menjadi pulau karang. Atol mengepungi

kolam atau lagun yang cetek. Satu saluran atau lebih

biasanya menghubungkan lagun kebanyakan atol

dengan laut di sekelilingnya, di bahagian hadap

angin. Atol ditemui terutamanya di Lautan Pasifik.

Lihat juga Karang .

UMUM 
TANAH BENAMLekukan / lubang berbentuk bulat di permukaan bumi terbentuk akibat runtuhnya gegua di bawah tanah.GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
MAHKOTA

Mahkota ialah perhiasan bulat yang dipakai di

atas kepala atau di sekeliling kepala sebagai simbol

kuasa, merit, dan kehormatan. Mahkota diraja ialah

simbol kuasa tertinggi raja atau permaisuri, tetapi

biasanya dipakai pada upacara negara sahaja.

Mahkota seperti itu diperbuat daripada emas,

diukir dan dihiasi batu permata yang mahal.

UMUM 
KARAKA

Karaka ialah pokok berbentuk bulat yang berasal

dari New Zealand dan pulau-pulau di luar

pesisirnya

UMUM 
SOTONG KURITA

Sotong kurita ialah haiwan laut berbadan bulat,

bermata besar, dan mempunyai lapan tangan yang

panjang. Terdapat kira-kira 100 spesies sotong

kurita. Spesies yang paling terkenal hidup di dasar

laut yang berbatu, berpasir, atau berlumpur di

bahagian cetek laut di seluruh dunia. Lain-lain

sotong kurita hidup di perairan dalam.

UMUM 
DONUT

Donut ialah sejenis kuih goreng, berbentuk bulat

dan berlubang di tengah-tengahnya. Peneroka

Belanda membawa kuih goreng (olykoeck) ini ke

tanah jajahan Belanda di Amerika.

UMUM 
KACANG MAKADAMIA

Kacang makadamia ialah biji besar dan bulat

yang tumbuh pada pokok makadamia, iaitu pokok

malar hijau di kawasan tropika Australia.

UMUM 
OLGAS

Olgas merupakan sekumpulan singkapan batu

besar dan bulat yang terletak 32 kilometer di barat

Ayers Rock di Wilayah Utara Australia. Ia meliputi

kawasan seluas 25 kilometer persegi, dan

dikelilingi oleh dataran gumuk pasir. Gunung

Olga, puncak yang tertinggi, menjulang setinggi

1025 meter di atas aras laut.

UMUM 
12345678

Kembali ke atas