Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.lat.bu.lat] | بولت - بولت

Definisi : 1. berbentuk bulat; 2. = bulat-mulat dgn keseluruhannya (seluruhnya), sepenuh-penuhnya, dgn begitu sahaja: ular itu menelan ~ seekor anak kambing;Menteri itu menolak ~ usul parti pembangkang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.lat.bu.lat] | بولت - بولت

Definisi : 1 sesuatu yg bulat bentuknya: Apa benda ~ yg terapung di permukaan air itu? 2 semuanya sekali; tidak berpisah-pisah; seluruhnya: Kaum petani ~ menentang kenaikan cukai tanah itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulat-bulat

Puisi
 

Kurang bulat sembayan sakar,
     Akan membubur si kacang gadung;
Tanah bersukat jangan diekar,
     Kalau diekar siapa yang tanggung?


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bulat bagai air dalam pembuluh.

Bermaksud :

Persatuan yang kukuh atau keputusan yang dicapai dengan kata muafakat.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
nekbak[nE/.bA/]kata namasejenis kuih berbentuk bulat leper berwarna kuning dibuat daripada tepung gandum dan kuning telur itik. Cara memakannya ialah dengan memasukkan nekbat ke dalam air gula yang mendidih sehingga menjadi kembang.   
gomok[g.m/]kata nama1. sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras dan kelapa serta berbentuk bulat.Woh gomok diyo pecoh lepah keno tepoh lori.[wh g.m/ di.j p«.tSh l«.pAh k«.n t«.poh l.Äi]Tempurung lutut dia pecah selepas dilanggar lori.

Kembali ke atas