Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.lat.bu.lat] | بولت - بولت

Definisi : 1. berbentuk bulat; 2. = bulat-mulat dgn keseluruhannya (seluruhnya), sepenuh-penuhnya, dgn begitu sahaja: ular itu menelan ~ seekor anak kambing;Menteri itu menolak ~ usul parti pembangkang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.lat.bu.lat] | بولت - بولت

Definisi : 1 sesuatu yg bulat bentuknya: Apa benda ~ yg terapung di permukaan air itu? 2 semuanya sekali; tidak berpisah-pisah; seluruhnya: Kaum petani ~ menentang kenaikan cukai tanah itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulat-bulat

Puisi
 

Kurang bulat sembayan sakar,
     Akan membubur si kacang gadung;
Tanah bersukat jangan diekar,
     Kalau diekar siapa yang tanggung?


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bulat bagai air dalam pembuluh.

Bermaksud :

Persatuan yang kukuh atau keputusan yang dicapai dengan kata muafakat.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
kue ku[kue ku] sejenis kuih yang berbentuk bulat membujur seperti buah pinang yang luarnya dibuat daripada tepung pulut dan intinya daripada kacang hijau yang dimasak dengan kelapa parut dan gula. Kuih ku dikukus dan diwarnakan; kueh periye.   
kue periye][kue p«.Äi.j«] sejenis kuih yang berbentuk bulat membujur seperti buah pinang yang luarnya dibuat daripada tepung pulut dan intinya daripada kacang hijau yang dimasak dengan kelapa parut dan gula. Kuih ku dikukus dan diwarnakan; kue ku.   
telinge batak[t«.li.N« bA.tA/] sejenis kuih daripada campuran tepung beras, gula Melaka dan santan yang dibentuk bulat leper, dilubangkan seperti cincin dan digoreng; denderam, telinga keling.   
kue kereng[kueh k«.ÄeN] sejenis kuih yang dibuat daripada adunan tepung pulut dan telur putih, berbentuk seperti tali bersimpul atau bulat, digoreng dan disira.   
padi Bugis[pA.di bu.gis] sejenis padi yang boleh tumbuh di tanah yang mempunyai sedikit air atau di tanah yang lembab. Padi ini besar dan bulat berbanding padi lain.   
tajak[tA.dZA/]kata namasejenis alat yang mempunyai batang berbentuk bulat atau segi empat dan mempunyai pisau tajak pada hunjungnya. Digunakan untuk menggali lubang, atau memotong tangkai buah kelapa sawit.Kau nak buat lubang tu, pakai le tajak.[kAw nA/ bu.wAt lu.bAN tu pA.kAj l« tA.dZA/]Engkau hendak buat lubang itu, pakailah tajak.

Kembali ke atas