Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.lat.bu.lat] | بولت - بولت

Definisi : 1. berbentuk bulat; 2. = bulat-mulat dgn keseluruhannya (seluruhnya), sepenuh-penuhnya, dgn begitu sahaja: ular itu menelan ~ seekor anak kambing;Menteri itu menolak ~ usul parti pembangkang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.lat.bu.lat] | بولت - بولت

Definisi : 1 sesuatu yg bulat bentuknya: Apa benda ~ yg terapung di permukaan air itu? 2 semuanya sekali; tidak berpisah-pisah; seluruhnya: Kaum petani ~ menentang kenaikan cukai tanah itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulat-bulat

Puisi
 

Kurang bulat sembayan sakar,
     Akan membubur si kacang gadung;
Tanah bersukat jangan diekar,
     Kalau diekar siapa yang tanggung?


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bulat bagai air dalam pembuluh.

Bermaksud :

Persatuan yang kukuh atau keputusan yang dicapai dengan kata muafakat.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pembahagidivisorNombor bulat (atau polinomial) yang boleh membahagi tepat nombor bulat (atau polinomial) yang lain. Contohnya, 27 ÷ 3 = 9. 3 ialah pembahagi.Menengah Atas
nombor bulatwhole numberNombor yang terdiri daripada 0, 1, 2, 3, ... . Pecahan, nombor perpuluhan dan nombor bertanda negatif bukan nombor bulat.Menengah Rendah
nombor bulatwhole numberSifar dan nombor asli. Contohnya, 0, 1, 2, 3, ...Menengah Atas
nombor bulatwhole numberNombor yang bermula dari sifar dan seterusnya, dan tidak mengandungi pecahan atau perpuluhan. Contoh, 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6Sekolah Rendah
integerintegerNombor bulat dan nombor negatifnya. Contoh set integer ialah {. . ..−3, −2, −1, 0, 1, 2, 3 . . . }.Menengah Atas
integerintegerNombor bulat yang bertanda positif (+) dan bertanda negatif (−). Contohnya, −2, −1, 0, 1, 2.Menengah Rendah
faktorfactorNombor bulat yang membahagikan suatu nombor dengan tepat. Contohnya, 12 ÷ 2 = 6, 12 ÷ 6 = 2. 2 dan 6 adalah antara faktor bagi 12.Menengah Rendah
bujurovalBentuk bulat panjang atau lonjong. Lihat ContohMenengah Rendah
integer positifpositive integerNombor bulat yang lebih besar daripada sifar. Contohnya, 1, 2, 3, ... .Menengah Rendah
integer negatifnegative integerNombor bulat yang kurang daripada sifar. Contohnya, ... −3, −2, −1.Menengah Rendah
1234

Kembali ke atas