Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.lat.bu.lat] | بولت - بولت

Definisi : 1. berbentuk bulat; 2. = bulat-mulat dgn keseluruhannya (seluruhnya), sepenuh-penuhnya, dgn begitu sahaja: ular itu menelan ~ seekor anak kambing;Menteri itu menolak ~ usul parti pembangkang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.lat.bu.lat] | بولت - بولت

Definisi : 1 sesuatu yg bulat bentuknya: Apa benda ~ yg terapung di permukaan air itu? 2 semuanya sekali; tidak berpisah-pisah; seluruhnya: Kaum petani ~ menentang kenaikan cukai tanah itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulat-bulat

Puisi
 

Kurang bulat sembayan sakar,
     Akan membubur si kacang gadung;
Tanah bersukat jangan diekar,
     Kalau diekar siapa yang tanggung?


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bulat bagai air dalam pembuluh.

Bermaksud :

Persatuan yang kukuh atau keputusan yang dicapai dengan kata muafakat.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
gelinte[g«.lin.tE]kata kerja1. membulat-bulat sesuatu dengan menggunakan dua tapak tangan.Biskut arab kena gelinte, tak buleh terap.[bis.kut A.rAb k«.nA g«.lin.tE tA bu.leh t«.ÒAp]Biskut arab kena buat bulat-bulat dengan tangan, tidak boleh terap.
capreh[tSAp.Òeh]kata namalesen yang berbentuk bulat yang digantung pada baju pemandu (seperti pemandu teksi, bas, lori dan sebagainya).Dereba lori tu kena tahan polis pasai tak pakai ceperaih.[d«.ÒE.bA lo.ri tu k«.nA tA.hAn p.lis pA.sAj tA pA.kAj tS«.p«.ÒAC]Drebar lori tu ditahan polis sebab tidak memakai pas.
bubu tuaq[bu.bu tu.wA)Ö] Bubu daripada buluh, berbentuk bulat dan panjang serta mempunyai dua injap. Bubu ini digunakan di sawah atau parit.Kami pakai bubu tuaq bila tangkap ikan kat bendang.[kA.mi pA.kAi bu.bu tu.wA)Ö bi.lA tAN.kAp i.kAn kAt b«n.dAN]Kami menggunakan bubu tuaq apabila menangkap ikan di sawah.
mbat-mbat[m.bAt.m.bAt]kata namabekas air wangi daripada tembaga dan biasanya digunakan untuk merenjis pengantin. Bekas ini berbatang panjang dan mempunyai lubang-lubang halus di bahagian atasnya, manakala di bahagian bawahnya agak bulat untuk mengisi air wangianBesanya mbat-mbat ni orang boh ayaq mawaq.[bE.sA.øA m.bAt.m.bAt ni .ÒAN boh A.jA)Ö mA.wA)Ö]Biasanya bekas air wangi daripada tembaga diisi dengan air mawar.

Kembali ke atas