Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.lat.bu.lat] | بولت - بولت

Definisi : 1. berbentuk bulat; 2. = bulat-mulat dgn keseluruhannya (seluruhnya), sepenuh-penuhnya, dgn begitu sahaja: ular itu menelan ~ seekor anak kambing;Menteri itu menolak ~ usul parti pembangkang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.lat.bu.lat] | بولت - بولت

Definisi : 1 sesuatu yg bulat bentuknya: Apa benda ~ yg terapung di permukaan air itu? 2 semuanya sekali; tidak berpisah-pisah; seluruhnya: Kaum petani ~ menentang kenaikan cukai tanah itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulat-bulat

Puisi
 

Kurang bulat sembayan sakar,
     Akan membubur si kacang gadung;
Tanah bersukat jangan diekar,
     Kalau diekar siapa yang tanggung?


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bulat bagai air dalam pembuluh.

Bermaksud :

Persatuan yang kukuh atau keputusan yang dicapai dengan kata muafakat.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bako kuci[bA.ko ku.tSi] sejenis bakul yang dibuat daripada buluh berbentuk bulat atau segi empat untuk membasuh atau tos sesuatu.Bok sini bako kuci tu, nok basoh beraih.[b/ si.ni bA.ko ku.tSi tu n/ bA.s/ b«.ÄAC]Bawak ke sini bakul bulat itu, hendak membasuh beras.
bujang[bu.dZAN] bakul daripada mengkuang berbentuk bulat dan bahagian bawahnya berbucu segi empat yang digunakan untuk menyimpan beras, padi dan lain-lain; buyong.Mok junjong bujang jemo padi.[m/ dZun.dZoN bu.dZAN dZ«.m pA.di]Emak menjunjung bakul mengkuang untuk menjemur padi.
terong belarai[t«.ÄoN b«.lA.ÄAj] terung kecil, bulat, berwarna hijau, terung pipit.   
buyong[bu.joN]kata namabakul daripada mengkuang berbentuk bulat dan bahagian bawahnya berbucu segi empat yang digunakan untuk menyimpan beras, padi dan lain-lain; bujang.Ce ulo buyong, mok nok buboh padi[tS« u.lo bu.joN m/ n/ bu.boh pA.di]Tolong hulurkan bakul mengkuang, emak hendak bubuh padi.
kue telipok[ku.we t«.li.po/] penganan berbentuk bintang dibuat daripada tepung pulut yang dicampur dengan santan, gula dan air daun pandan, dimasak dengan cara di alas dengan daun pisang yang dibentuk bulat dan dikukus.   

Kembali ke atas