Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.lat.bu.lat] | بولت - بولت

Definisi : 1. berbentuk bulat; 2. = bulat-mulat dgn keseluruhannya (seluruhnya), sepenuh-penuhnya, dgn begitu sahaja: ular itu menelan ~ seekor anak kambing;Menteri itu menolak ~ usul parti pembangkang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.lat.bu.lat] | بولت - بولت

Definisi : 1 sesuatu yg bulat bentuknya: Apa benda ~ yg terapung di permukaan air itu? 2 semuanya sekali; tidak berpisah-pisah; seluruhnya: Kaum petani ~ menentang kenaikan cukai tanah itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulat-bulat

Puisi
 

Kurang bulat sembayan sakar,
     Akan membubur si kacang gadung;
Tanah bersukat jangan diekar,
     Kalau diekar siapa yang tanggung?


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bulat bagai air dalam pembuluh.

Bermaksud :

Persatuan yang kukuh atau keputusan yang dicapai dengan kata muafakat.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
berikut: (a) Padanan istilah dalam bahasa asing pada entri. (b) Penanda singkatan seperti Ig. bagi bahasa Inggeris. (c) Penanda rujuk silang seperti Sinonim, Lihat dan Lihat juga. 3. Tanda Kurung Bulat Tanda kurung bulat digunakan untuk menandai perkara- perkara yang berikut: (a) Padanan bahasa Inggeris pada entri serta asal usulnya: digit pengawal (Ig. guard digit; Br. digit pengawal; Id. digit kawal) penapisan keluar (Ig

Kembali ke atas