Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.la.tan] | بولتن

Definisi : sesuatu yg bulat, lingkaran: ~ bumi;buatlah satu ~ dlm segi tiga itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.la.tan] | بولتن

Definisi : sesuatu yg bulat atau bundar: Buat tiga ~ yg sama besarnya di dlm petak tiga segi ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulatan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam dan selamat sejahtera, Saya ingin tahu ketepatan penggunaan ialah/adalah dalam ayat yang diberi seperti berikut: Diameter bulatan A adalah/ialah 3 kali diameter bulatan B. Sekian, terima kasih atas kesudian memberikan bantuan.Ayat yang betul ialah "Diameter bulatan ialah 3 kali diameter bulatan B.Tatabahasa04.04.2018
Assalamualaikum. Yang manakah istilah atau perkataan lebih tepat, adakah "bulat" atau "bulatan" ("circle") merujuk kepada bentuk geometri dua dimensi. Jawapan tuan amat dihargai. Terima kasih. Yang benar, Ahmad Nizar Salleh PPDSPadanan circle dalam bahasa Melayu ialah bulatan, manakala bulat ialah round.Istilah17.06.2010
Sila beri penjelasan perkataan Radian Emas & Seri Ayu. Terima kasih.Radian ialah unit ukuran sudut satah pd bulatan. Emas pula ialah sj logam berwarna kuning yg mahal harganya (selalunya dijadikan perhiasan spt cincin, rantai. Seri ialah cahaya semarak. Ayu ialah cantik dan lemah lembut orangnya. Untuk mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna04.09.2009
Assalamualaikum pihak DBP, di sini ingin saya mengajukan soalan berhubung dengan tulisan jawi dan bidang matematik. Bagaimanakah kita ingin menjawikan istilah matematik? Misalnya dalam bab algebra, logaritma, trigonometri, bulatan, pengamiran dan lain-lain. Mohon pihak DBP memberi respons yang memuaskan.Untuk menyemak ejaan Jawi dalam pelbagai bidang termasuklah istilah Matematik, seperti ejaan algebra, logaritma dan trigonometri, tuan boleh merujuk www.prpm.gov.my. Sila tulis dengan huruf kecil dan ejaan Jawi akan terpapar bersama-sama entri berkenaan. Sekiranya istilah tersebut tidak ditemukan dalam PRPM (bermakna tulisan Jawi juga tidak ditemui), tuan boleh menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.Ejaan28.02.2024
Apakah perbezaan antara cekak dan genggam ?Mengikut Kamus Dewan, cekak mempunyai tiga makna, iaitu (1) ukuran yang besarnya ditentukan oleh lingkaran (bulatan) yg dibuat dengan mempertemukan ibu jari dgn jari lain; (2) gamak, harapan; makna (3) gamak, harapan. Manakala genggam pula mempunyai (1) makna, iaitu kepalan tangan, cengkaman tangan untuk memegang.Makna02.09.2014
maksud perkataan menuntun dan gelang(dalam bentuk perbuatan)Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, menuntun ialah 1. menolong orang lain berjalan dgn memegang tangannya, memimpin: dia terus turun ke tanah dan ~ neneknya ke tangga dapur; 2. menghela (basikal, kerbau, dll), mengheret. Gelang pula bermaksud 1. sesuatu yg berupa bulatan (lingkaran), cincin besar; 2. perhiasan berupa bulatan yg dipakai pd tangan atau kaki; ~ bajang gelang sbg tangkal (dibuat drpd benang hitam); ~ benzena (Kim) susunan enam atom karbon dan atom hidrogen yg membentuk gelang heksagon dlm satu satah; ~ dayung gelang nipis yg hujungnya spt sudu; ~ kana gelang sbg perhiasan utk anak-anak atau pengantin; ~ keroncong gelang kaki yg bergemerencing; ~ kunci gelang utk menggantungkan anak kunci; ~ mayang = ~ cerai gelang halus-halus yg dipakai banyak-banyak, gelang berurai; ~ pertumbuhan (Bio) a) lapisan kayu yg tumbuh dlm satu musim pertumbuhan, dan kelihatan spt gelang apabila pokok ditebang; b) lapisan pd cangkerang moluska dan pd sisik ikan yg menandakan pertumbuhan yg sudah berlaku; ~ rantai a) mata rantai; b) gelang yg berupa rantai; ~ tahunan (Bio) a) lapisan pertumbuhan yg terjadi dlm setahun dan digunakan utk mengira umur pokok; b) gelang yg menandakan pertumbuhan pd cangkerang; ~ tidak laga sebentuk, laga keduanya prb suatu kejadian spt perkelahian dll tidak berasal drpd satu pihak saja; bagai menambah ~ bini prb, Mn pemberian kpd orang yg sudah mempunyai benda yg sama.Makna17.02.2010
definisi melukis dan menulisMerujuk Kamus Dewan Edisi Empat, melukis ialah 1. membuat gambar, peta, dsb (dgn menggunakan pensel, pensel warna, cat air, cat minyak, dsb): dia suka ~ pemandangan yg indah-indah; 2. merupakan dgn gambar, menggambarkan: dia ~ sebuah bulatan; manakala menulis ialah 1. mencatat kata-kata dgn huruf dan memakai pena (kalam, kapur, pensel, dll), menyurat: pd masa kanak-kanak berada di dlm darjah satu, mereka mulai belajar ~; 2. melahirkan perasaan (fikiran dll) dgn catatan yg memakai huruf, membuat surat, mengarang: tiada empat orang dlm negeri ini yg tahu ~ spt tuan ini; jika yg ditulis olehnya berlawanan dgn yg sebenarnya sudah tentu ia akan merupakan racun yg amat berbahaya; 3. sl membuat gambar, menggambar, melukis: laksana gambar baru ditulis; 4. membuat kain batik (dgn tangan), membatik;Makna02.08.2010
Perkataan jejari bolehkah digunakan untuk jejari tangan?

Jejari tidak boleh digunakan untuk jejari tangan. Jejari ialah 1. jari-jari kisi-kisi pada pintu atau pada jendela. 2 = jari-jari besi atau kayu



yang dipasang dari pusat roda hingga ke lingkarannya. 3 garis lurus dari pusat bulatan ke lilitannya.




Bagi menggandakan perkataan jari yang menunjukkan banyak jari, jari-jemari boleh digunakan.

Tatabahasa10.05.2013
Salam...saya ingin tahu tentang sejenis permainan yang dalam bahasa Inggerisnya dipanggil "roundabout playground". Jika diterjemah dalam bahasa Melayu, perkataan itu disebut sebagai apa? Harap pihak tuan dapat memberikan jawapan secepat mungkin. Sekian, terima kasih.Belum ada padanan roundabout playground dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu permainan merry-go-round diterjemahkan kepada kuda pusing. Melihat kepada konsep permainan yang hampir sama kami cadangkan roundabout playground diterjemahkan kepada bulatan pusing
Istilah06.06.2012
1. Apakah bezanya perkataan ganggam dan cekak? 2. Apakah makna perkataan 'karih'? 3. Soalan ..Nasi yang telah masak _____ oleh ibu sebelum menghidangkannya. ( Pilihan jawapan: dikarih, dikacau , mana yang lebih tepat) Terima kasih.

1. Tidak wujud istilah ganggam. Mungkin yang saudara maksudkan ialah genggam. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, genggam bermaksud kepalan tangan, cengkaman tangan untuk memegang. Cekak pula bermaksud ukuran yang besarnya ditentukan oleh lingkaran (bulatan) yang dibuat dengan mempertemukan ibu jari dengan ibu jari lain.

2. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, karih bermaksud mengacau, mengarau, mengaduk.

3. Berdasarkan konteks ayat, jawapan yang tepat ialah dikarih.    

Tatabahasa12.04.2010
12

Kembali ke atas