Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.le.tin] | بولتين

Definisi : 1. laporan berita di radio atau televisyen; 2. pengumuman rasmi tentang sesuatu perkara yg (dianggap) penting kpd orang ramai; 3. surat khabar atau risalah (yg dikeluarkan dr semasa ke semasa) oleh sesuatu pertubuhan dsb: kumpulan ini terdiri drpd buku-buku dan ~-~ berkenaan konsep dan prinsip koperasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.le.tin] | بولتين

Definisi : 1 bahan bercetak yg berisi berita atau pernyataan rasmi. 2 majalah yg diterbitkan oleh sesuatu pertubuhan utk anggotanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buletin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Persatuan saya ingin menerbitkan buletin. Perkataan 'buletin' terlalu kerap dan banyak pihak menggunakan. Apakan perkataan lain saya lebih sesuai, sangat menarik dan jarang digunakan. Mohon 2-3 cadangan. Terima kasih.

Perkataan sinonim dengan buletin ialah warta, risalah. Untuk menamakan sesuatu terbitan, tuan/puan boleh menamakannya mengikut konsep atau apa yang hendak disampaikan. Contohnya 'Sesama Kita' bagi buletin Dewan Bahasa dan Pustaka.

Makna10.09.2008
saya Sarina dari Kraftangan Malaysia.. saya sedang menyiapkan cadangan untuk melantik sidang editorial buletin. bolehkah saya mendapatkan bantuan dari DBP untuk mendapatkan penjelasan tentang fungsi dan peranan setiap anggota sidang redaksi (cth:ketua editor, editor grafik, editor teks dll). terima kasih atas segala maklumbalas.. sekian.

Dalam penerbitan buletin, struktur editorialnya merangkumi Ketua Editor, Editor, Pembantu Editor, dan  Editor Pengeluaran. Fungsi umum sidang editor ini adalah seperti yang berikut:

1. Ketua Editor- Menjalankan tugas pengurusan penerbitan buletin secara keseluruhannya, seperti perancangan, pengorganisasian kerja, pengarahan, dan pengawalan. Perancangan penerbitan buletin  merangkumi tugas seperti merancang strategi penerbitan buletin  mengikut kehendak atau spesifikasi penerbit, dalam hal ini mengikut dasar penerbitan Kraftangan Malaysia.

2. Editor- Mengetuai  operasi penerbitan  buletin , seperti memastikan makalah  siap mengikut tarikh yang dikehendaki; ertinya memastikan pengakuran kepada jadual penerbitan. Editor juga membantu Ketua Editor dalam hal pengurusan penerbitan buletin , seperti merancang strategi penerbitan, melantik penulis yang sesuai dan  membuat penilaian makalah dan penyuntingan substantif   pada makalah tersebut.

3. Pembantu Editor- Membuat kerja penyuntingan dari segi  tatabahasa dan sebagainya termasuk menyemak pruf sebelum disahkan oleh Ketua Editor.

4. Editor Pengeluaran - Membuat  kerja rekabentuk buletin  seperti halaman pertama, , teks, dan sebagainya dan juga menguruskan atur huruf .

 

 

 

 

 

Lain-lain27.09.2010
Saya ingin mendapatkan pengesahan samada nama buletin jabatan yang hendak digunakan adalah betul dari segi bahasanya iaitu `INFORMASI KESELAMATAN UBAT ' (INKUB ) Nama buletin ini dalam bahasa Inggeris ialah `DRUG SAFETY UPDATES). Jika nama di atas tidak betul mohon dicadangkan nama yang paling sesuai.

Nama yang dicadangkan betul dari segi bahasa dan boleh digunakan.

Tatabahasa01.07.2011
KKM akan menerbitkan majalah/buletin dimana kandungannya berkaitan aktiviti semasa perkhidmatan-perkhidmatan Sains Kesihatan Bersekutu seperti Penolong Pegawai Perubatan (Pembantu Perubatan), Jururawat, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Juruteknologi Makmal Perubatan, Pembantu Farmasi dll. Mohon pandangan tuan memilih salah atau daripada tajuk-tajuk dibawah atau pihak mengesyorkan satu tajuk yang sesuai. 1) Info SKB (Sains Kesihatan Bersekutu) 2) Rangkaian SKB (Sains Kesihatan Bersekutu) 3) Buletin SKB (Sains Kesihatan Bersekutu) Atas khidmat nasihat pihak tuan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. AMIN ZAFRI BIN ABD RAHMANBerdasarkan latar belakang yang ringkas dan tidak mendalam yang diberikan oleh sdr, saya mencadangkan buletin/mjalah sdr di berikan judul "Buletin SKB".Lain-lain21.04.2008
Mohon pihak DBP membuat semakan tatabahasa terhadap ayat berikut: Penafian: Semua bahan yang diterbitkan dalam Buletin JKT merupakan hak cipta terpelihara. Sebarang bentuk pernerbitan semula sama ada secara keseluruhan atau sebahagian adalah dilarang sama sekali kecuali dengan kebenaran bertulis daripada pihak JKT. Walaupun ketepatan fakta dipatuhi semasa pengumpulan maklumat pihak JKT tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan yang berlaku akibat kesilapan yang tidak dimaksudkan.Ayat yang berikan adalah betul kecuali penggunaan tanda baca yang perlu dibaiki seperti yang berikut:


Semua bahan yang diterbitkan dalam Buletin JKT merupakan hak cipta terpeklihara. Sebarang bentuk penerbitan semula sama ada secara keseluruhan atau sebahagian adalah dilarang sama sekali, kecuali dengan kebenaran bertulis daripada pihak JKT. Walaupun ketepatan fakta dipatuhi semasa pengumpulan maklumat,pihak JKT tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan yang berlaku akibat kesilapan yang tidak dimaksudkan.
 

Tatabahasa19.12.2012
Nama rancangan TV perlu italik atau tidak? Contoh Buletin Utama, Majalah 3 dsb.Tajuk rancangan TV tidak perlu italik.Tatabahasa30.04.2019
Salam, Saya ingin menulis artikel berkaitan MEB/ MBE untuk buletin yang akan diedarkan kepada jabatan-jabatan kerajaan Wilayah Selatan. Memandangkan istilah ini kata nama khas, mohon bantu saya pengesahan dari aspek penggunaan istilah yang betul sama ada: i. Model Ekonomi Baru ATAU Model Baru Ekonomi ii. Model Ekonomi BAHARU/ Model BAHARU Ekonomi ATAU yang betul salah satu para (i) Mohon kepastian segera daripada pihak tuan. Terima kasih.Istilah yang betul Model Ekonomi Baru.Istilah18.04.2011
Adakah DBP boleh menyediakan penceramah untuk kursus penulisan dan penggunaan bahasa bagi team editor Buletin MARDI? Jika ya, bagaimana prosedur untuk memohon dan pegawai yang boleh dihubungi untuk penyelarasan?DBP menganjurkan pelbagai kursus penataran bahasa, sastera, penerbitan dan penulisan. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh berhubung dengan Akademi Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau hubungi pegawai Akademi Bahasa Puan Faridah A. Rahman melalui e-mel  dbp.gov.my">faridah@dbp.gov.my.Pembinaan Bakat18.01.2013
Apa terjemahan dan singakatan untuk "all-points bulletin (APB)"? Terima kasih.Padanan bagi istilah 'all-points bulletin' ialah buletin semua hal. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. Istilah23.07.2022
Hidup Ini Indah Oct 20th, 4:58pm Asalamualaikum DBP. saya memohon DBP buat tindakan kepada media tv agar hanya menyiarkan temubual, ucapan menteri dan sesiapa sahaja dalam Bahasa Melayu sahaja. Berita buletin utama Bahasa Melayu tetapi wawancara menteri berbahasa Inggeris. Kenapa menteri Melayu sendiri tidak mahu berbahasa Melayu???Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan yang diurussetiakan oleh DBP berusaha untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memartabatkan bahasa kebangsaan dalam kalangan pengurusan tertinggi dan atasan sector awam. Perkara ini diambil perhatian oleh Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Sektor Media dan Komunikasi agar diberi perhatian oleh pihak media sendiri, di samping jati diri dan kecintaan kepada bahasa kebangsaan dalam kalangan pemimpin dan pengurusan tertinggi sektor awam amatlah diharapkan dalam menangani isu ini.Lain-lain21.10.2015
12

Kembali ke atas