Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulu;

Puisi
 

Ayam bulu balik,
     Telur atas para;
Abang baru balik,
     Tidak bawa apa.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Bagai menghitung bulu kambing.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Membandarkan air ke bukit).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. perkataan mengemop atau mengelap lantai ? 2. pembersih bulu ayam atau penyapu bulu ayam ? 3. mencangkul tanah untuk dibuat batas atau mencangkul untuk membuat batas ?1. Kedua-dua perkataan, iaitu mengemop dan mengelap adalah betul dan boleh digunakan. Mengemop dan mengelap  adalah perkataan "mop" dan "lap" yang mendapat awalan meN-... .
2. Perkataan yang tepat ialah pembersih bulu ayam kerana alat tersebut berfungsi untuk membersihkan habuk dan tidak berfungsi seperti penyapu.
3. Ayat yang betul ialah mencangkul tanah untuk membuat batas.
Tatabahasa06.02.2014
Etimologi istilah beluncas yang mengganti istilah ulat bulu.Beluncas tidak menggantikan ulat buluBeluncas ialah sejenis ulat bulu yang suka memakan daun-daun kayu; larva serangga. Ulat bulu ialah ulat yang berbulu badannya.Istilah20.10.2018
Slm, Boleh tak puan/tuan check ayat di bawah ini betul ke tak. Thanks. -Burung merak terkenal dengan bulu ekornya yang bermata. -Burung merak akan mengembangkan bulu ekornya untuk menghasilkan bentuk kipas semasa upacara mencari pasangan.Burung merak terkenal dengan bulu ekornya yang bermata. Burung merak akan mengembangkan ekornya untuk menghasilkan bentuk kipas semasa mencari pasangan.Tatabahasa29.08.2016
Boleh saya dapatkan penjodoh bilangan yang paling tepat untuk buli ayam? Pada fahaman saya ialah setangkai bulu ayam tetapi ada juga yang memberi jawapan sebatang bulu ayam.. Mohon bantuan daripada pihak dpb.. Trima kasih..Untuk makluman puan, tidak semua perkataan menerima penjodoh bilangan.  Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Penjodoh bilangan yang hampir bagi bulu ialah sehelai.Tatabahasa26.10.2015
Salam sejahtera, saya ingin mengetahui apakah kata nama yang tepat bagi alat pembersih habuk / bulu ayam yang diperbuat daripada plastik (tapi bukan berbentuk bulu ayam). Saya ingin melabelkan alat tersebut di dalam kelas tapi tidak pasti kata nama yang tepat baginya. cth gambar http://tinyurl.com/dusterhabuk . Sekian, terima kasih.Tidak semua alat diberi nama khusus, ada juga alat yang diberi nama mengikut fungsi seperti penyapu, iaitu alat untuk menyapu. Oleh itu, berdasarkan fungsi alat tersebut digelar pembersih habuk termasuklah yang diperbuat daripada bulu ayam dan sabut.Tatabahasa29.04.2012
Salam Mana satu penggunaan yang betul, bulu tangkis atau bola tangkis? (untuk merujuk bola yang digunakan dalam permainan badminton) Adakah penggunaan bola tangkis boleh digunakan? terima kasih
Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, bulu tangkis didefinisikan sebagai a. badminton. b. bola yang digunakan dalam permainan badminton.  Oleh itu, penggunaan perkataan yang sesuai ialah bulu tangkis
Makna25.02.2019
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan ayat mana yang betul. 1. Badan kucing dilitupi bulu. 2. Badan kucing diliputi bulu. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, maksud liput dan litup adalah seperti yang berikut:

litup bermaksud tertutup (tertudung dan lain-lain) rapat-rapat hingga tidak kelihatan; melitupi - menutupi rapat-rapat, menyelimuti, menyelubungi; terlitup - tertutup (tertudung) rapat-rapat; litupan - (Geo) sesuatu yg melitupi

liput bermaksud  1. berselubung, bertutup, dipenuhi oleh 2. (kiasan) terselindung, tersembunyi; terliput 1. tertutup oleh sesuatu (air dll); 2. termasuk atau terlingkung (dlm sesuatu kawasan dll)

Berdasarkan maksud yang diberikan, kedua-dua perkataan, iaitu dilitupi dan diliputi boleh digunakan.
Makna25.05.2012
Selamat sejahtera, Apakah kata kerja yang betul untuk 'mencukur' bulu kambing?adakah menggunting @ mencabut @ mencukur? Terima kasihKata kerja yang sesuai ialah mencukur, mencukur bulu kambing.Tatabahasa12.03.2013
1)Nenek piah ............. ayam kampung untuk menghilangkan bulu yang halus. jawapan melayur/memasak/membakar/memanggang...jawapan yang manakah sesuai??? 2)keadaan di dalam bilik itu agak kacau kerana perabotnya tunggang langgang...(penggunaan kacau betul atau salah dalam ayat tersebut? 3))Nenek piah ............. ayam kampung untuk menghilangkan bulu yang halus.
melayur-  lebih sesuai

2)keadaan di dalam bilik itu agak kacau kerana perabotnya tunggang langgang.
bersepah/berselerak -lebih sesuai
Tatabahasa03.09.2012
Apakah ayat yang betul untuk pergerakan ulat. Contoh Ulat bergerak seperti jari tangan menjengkal. Adakah ini benar?Jikalau salah, apakah pergerakan ulat bulu yang benar?Kami mencadangkan perkataan yang sesuai untuk pergerakan ulat bulu ialah merayap.Lain-lain27.10.2021
1234

Kembali ke atas