Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulu;

Puisi
 

Ayam bulu balik,
     Telur atas para;
Abang baru balik,
     Tidak bawa apa.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Bagai menghitung bulu kambing.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Membandarkan air ke bukit).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak ayam tercabut bulu, Tercabut bulu di bawah batang; Kalau dayang jalan dahulu, Tunggu kami kemudian datang.
Kurik Kundi Merah SagaAyam bulu balik, Telur atas para; Abang baru balik, Tidak bawa apa.
Kurik Kundi Merah SagaUlat bulu badan berbulu, Ular lidi melilit batang; Ada angin belayar dulu, Saya ada ikut belakang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ayam bulu balik, Cari makan tepi paya; Minta tumpang berjalan balik, Makan minum saya belanja.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik bulu lentik, Hendak mandi kolam terani; Tengok bunga setangkai cantik, Hendak memetik tidak berani.
Kurik Kundi Merah SagaHijau-hijau si bulu serindit, Makan mari jambu mawar; Berapa tahun hujan di langit, Air di laut tidaklah tawar.
Kurik Kundi Merah SagaItik terbang gugur bulu, Itik terbang dari gua; Jangan adik menanggung rindu, Sampai masa bertemu juga.
Kurik Kundi Merah SagaPun tali pun, Anak ayam bulu balik; Dalam perintah Jepun, Kita makan ubi keledek.
Kurik Kundi Merah SagaBurung gagak baru bertelur, Kirai bulu duduk mengeram; Buah masak tak mahu gugur, Saya menunggu siang malam.
Kurik Kundi Merah SagaItik putih di Padang Basai, Luruh bulu baru bertelur; Adik Putih ini tak ketahuan pasai, Senyum dulu baru tegur.
12

Kembali ke atas