Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulu;

Puisi
 

Ayam bulu balik,
     Telur atas para;
Abang baru balik,
     Tidak bawa apa.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Bagai menghitung bulu kambing.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Membandarkan air ke bukit).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Anak kuda bulu kasap.Anak muda yang riang gembira. bulu kasap = bulu yang tidak licin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai menghitung bulu kambing.Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Membandarkan air ke bukit).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Retak-retak bulu ayam.Perselisihan yang mudah didapatkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terlayang-layang bagai bulu sehelai.Hidup melarat tanpa tempat perlindungan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak ayam kebasahan bulu.Gelisah resah; menjijikkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Utang (hutang) tiap helai bulu.Sangat banyak hutangnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Utang [hutang] sebelit [selilit] pinggang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Isi lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita.Kita yang berusaha, orang lain yang senang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menaikkan bendar sondai.Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghitung bulu kambing, b. Membandarkan air ke bukit). bendar = serokan, parit (di sawah); sondai = miring, landai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membandarkan air ke bukit.Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghitung bulu kambing, b. Menaikkan bendar sondai). membandarkan = mengalirkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas