Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.lu] | بولو

Definisi : 1. rambut halus pd tubuh manusia dan binatang: ~ betis; ~ kucing; 2. rambut yg berkarang-karang (melekat-lekat) pd burung dll: ~ burung; 3. miang pd tumbuhan-tumbuhan (daun dll); ~ ayam a) bulu pd tubuh ayam; b) penyapu drpd bulu ayam (utk menyapu habuk); c) sj layar; d) sj jahitan; ~ babi a) bulu pd tubuh babi; b) sj teripang yg kulitnya berduri-duri, Echinus spp.; ~ balik bulu yg terbalik (pd ayam); ~ biri-biri bulu biri-biri utk dibuat kain dll; ~ kapas bulu yg halus-halus; ~ keluli besi yg halus-halus dan panjang; ~ kening alis; ~ keras (kasar) bulu pd binatang lunak yg digunakan utk berjalan; ~ kuduk a) bulu pd tengkuk; b) surai (pd kuda, singa); ~ lai daun bulu pd daun; ~ mata bulu pd tepi mata; ~ pahat bulu yg sangat halus pd burung; ~ peka bulu yg lekas merasai sesuatu (pd tumbuhan); ~ roma bulu yg halus pd tubuh manusia; ~ tangkis bola tangkis, badminton; ~ tengkuk bulu kuduk; berganti (bertukar) ~ ki berganti pendirian (sikap dll); memilih (memandang) ~ ki melihat kedudukan (keturunan) orang; memperlihatkan (menunjukkan) ~ ki memperlihatkan tabiat (maksud dll) yg sebenarnya; berdiri (meremang, tegak) ~ tengkuknya (kuduknya) ki berasa ngeri (seram); carik-carik ~ ayam, lama-lama bercantum pula prb orang yg bersaudara (sekaum) itu tidak akan bercerai kerana perselisihan; isi lemak dapat ke orang, tulang ~ pulang ke kita prb yg baik-baik dapat oleh orang, yg tidak berharga bagi kita; terlayang-layang bagai ~ sehelai prb ringan pd pandangan orang kerana hina (anak yatim atau orang dagang);sebulu 1. mempunyai bulu yg sama (serupa); 2. ki sehaluan, sepakat, setuju: ia tidak ~ dgn abangnya;kesebuluan perihal sebulu (sehaluan, setuju, dll): Sunarto bertanya dgn suaranya menampakkan tidak ~nya terhadap Abd. Fakar;berbulu mempunyai bulu; ~ hati tidak baik hati, dengki; ~ mata melihat benci (tidak suka) melihat; kepala sama ~, pendapat berlain-lain prb lain orang lain fikirannya; tiada ~ lagi prb tiada mempunyai apa-apa lagi (sudah miskin sekali). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.lu] | بولو

Definisi : ; ~ empusi = ~ pusi sj tumbuhan (pakis), penawar jampi, Cibotium barometz; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), Lophatherum miliacea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.lu] | بولو

Definisi : ; ~ ayam a) sj ikan laut (ikan bilis), Coilia spp.; b) sj ikan darat, Oreygaster spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.lu] | بولو

Definisi : 1 benda spt rambut yg tumbuh pd tubuh manusia: ~ dada; ~ betis. 2 benda spt rambut tetapi lebih halus yg tumbuh pd tubuh binatang: ~ kambing; ~ kucing. 3 benda berpelepah yg daunnya terdiri drpd berhelai-helai rambut yg bertaut dan tumbuh pd tubuh burung dsb: ~ itik. 4 benda spt serabut halus yg terdapat pd tumbuh-tumbuhan atau pd bahagian-bahagiannya: ~ daun; ~ padi. ~ ayam a. bulu pd tubuh ayam. b. penyapu yg dibuat drpd bulu ayam. ~ balik bulu pd ayam dsb tetapi terbalik susunannya. ~ biri-biri bulu pd tubuh biri-biri yg dpt dijadikan kain. ~ kaca gumpalan serabut kaca yg digunakan sbg penapis atau sbg bahan dlm penyediaan serabut buatan. ~ keluli serabut keluli yg halus dan panjang yg digunakan utk menggilap sesuatu dsb. ~ kening bulu yg tumbuh di kening; alis. ~ kuduk (tengkuk) a. bulu yg tumbuh di tengkuk. b. rambut yg tumbuh di tengkuk kuda atau singa; surai. ~ mata bulu yg tumbuh pd tepi kelopak mata. ~ pahat bulu yg halus-halus pd burung. ~ roma bulu yg halus pd tubuh manusia. ~ tangkis a. badminton. b. bola yg digunakan dlm permainan badminton. berbulu ada bulunya: Dadanya ~. membului mencabut bulu ayam dsb: Ibu sedang ~ ayam yg telah disembelih oleh ayah pagi tadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulu

Puisi
 

Ayam bulu balik,
     Telur atas para;
Abang baru balik,
     Tidak bawa apa.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Bagai menghitung bulu kambing.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Membandarkan air ke bukit).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bulu Hidung Bulu KetiakMasbenaUtusan Bumiputera08.07.1972
Bulu Hidung Bulu KetiakMasbenaWatan24.07.1977
Naik pangkat ikut buluAbdul Talib HassanMingguan Wanita28.09.1984
PAS jangan pilih buluSubky LatifWatan30.11.1982
Ulat buku, bukan ulat bulu!Nazmi YaakubBerita Harian07.05.2009
Hadiah Sastra: jangan pilih buluAhmad WahiMingguan Timur17.10.1976
Malam puisi Trengganu ketika mencantum carik-carik bulu ayamPyan HabibUtusan Zaman23.09.1984

Kembali ke atas