Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. rambut halus pd tubuh manusia dan binatang: ~ betis; ~ kucing; 2. rambut yg berkarang-karang (melekat-lekat) pd burung dll: ~ burung; 3. miang pd tumbuhan-tumbuhan (daun dll); ~ ayam a) bulu pd tubuh ayam; b) penyapu drpd bulu ayam (utk menyapu habuk); c) sj layar; d) sj jahitan; ~ babi a) bulu pd tubuh babi; b) sj teripang yg kulitnya berduri-duri, Echinus spp.; ~ balik bulu yg terbalik (pd ayam); ~ biri-biri bulu biri-biri utk dibuat kain dll; ~ kapas bulu yg halus-halus; ~ keluli besi yg halus-halus dan panjang; ~ kening alis; ~ keras (kasar) bulu pd binatang lunak yg digunakan utk berjalan; ~ kuduk a) bulu pd tengkuk; b) surai (pd kuda, singa); ~ lai daun bulu pd daun; ~ mata bulu pd tepi mata; ~ pahat bulu yg sangat halus pd burung; ~ peka bulu yg lekas merasai sesuatu (pd tumbuhan); ~ roma bulu yg halus pd tubuh manusia; ~ tangkis bola tangkis, badminton; ~ tengkuk bulu kuduk; berganti (bertukar) ~ ki berganti pendirian (sikap dll); memilih (memandang) ~ ki melihat kedudukan (keturunan) orang; memperlihatkan (menunjukkan) ~ ki memperlihatkan tabiat (maksud dll) yg sebenarnya; berdiri (meremang, tegak) ~ tengkuknya (kuduknya) ki berasa ngeri (seram); carik-carik ~ ayam, lama-lama bercantum pula prb orang yg bersaudara (sekaum) itu tidak akan bercerai kerana perselisihan; isi lemak dapat ke orang, tulang ~ pulang ke kita prb yg baik-baik dapat oleh orang, yg tidak berharga bagi kita; terlayang-layang bagai ~ sehelai prb ringan pd pandangan orang kerana hina (anak yatim atau orang dagang);sebulu 1. mempunyai bulu yg sama (serupa); 2. ki sehaluan, sepakat, setuju: ia tidak ~ dgn abangnya;kesebuluan perihal sebulu (sehaluan, setuju, dll): Sunarto bertanya dgn suaranya menampakkan tidak ~nya terhadap Abd. Fakar;berbulu mempunyai bulu; ~ hati tidak baik hati, dengki; ~ mata melihat benci (tidak suka) melihat; kepala sama ~, pendapat berlain-lain prb lain orang lain fikirannya; tiada ~ lagi prb tiada mempunyai apa-apa lagi (sudah miskin sekali). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulu I

Puisi
 

Ayam bulu balik,
     Telur atas para;
Abang baru balik,
     Tidak bawa apa.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Bagai menghitung bulu kambing.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Membandarkan air ke bukit).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENCUKUR BULU

Mencukur bulu ialah menanggalkan bulu biri-biri

atau haiwan berbulu sepertinya (lihat Bulu biri-biri).

Di kebanyakan bahagian di dunia, biri-biri

dicukur bulunya sekali setahun. Pencukur bulu cuba

menanggalkan bulu sekeping-sekeping. Kebanyakan

pencukur bulu moden menggunakan pengetam

berkuasa elektrik untuk menanggalkan bulu.

Mereka boleh melakukan kerja dengan pantas.

Seorang pencukur bulu biri-biri yang pakar boleh

mencukur bulu sehingga 200 biri-biri atau lebih

dalam masa sehari.

UMUM 
ANGORA

Angora ialah serat bulu yang dibuat daripada bulu

arnab Angora. Istilah ini kadang-kadang digunakan

bagi serat bulu yang dibuat daripada bulu kambing

Angora, tetapi serat bulu kambing tepat dinamakan

mohair.

UMUM 
KAIN BULU UNTA

Kain bulu unta ialah kain bulu yang lembut,

sederhana berat yang dibuat daripada bulu unta

Bactria.

UMUM 
TUN MAI ULAT BULUTUN MAI ULAT BULU ( ? - ? ), salah satu watak dalam <I style="mso-bidi-font-style: normal">Sejarah MelayuI>.  Nama sebenar Tun Mai Ulat Bulu ialah Tun Mayuddin.  Dia adalah anak Tun Zainal dan cucu kepada Bendahara Paduka Raja Tun Perak.  Tun Mai Ulat Bulu berani berdebat dengan gurunya kerana mempertahankan kewibawaan bahasa Melayu.  Dia telah berusaha memperdalami ilmu agama dan bahasa Arab dengan berguru kepada Makhdum Sadar Jahan, seorang mualim dan pendeta dari Jeddah yang telah datang ke Melaka untuk berdagang sambil berdakwah.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
BURUNG CENDERAWASIH

Burung cenderawasih ialah nama yang diberi

kepada jenis burung tertentu yang mempunyai

bulu banyak warna yang mempesonakan. Bulu

ini tumbuh dalam banyak bentuk yang luar biasa.

UMUM 
KUPU-KUPU RUMPUN

Kupu-kupu rumpun membentuk famili yang

beluncasnya mempunyai jambak bulu di sepanjang

belakangnya. Jambak bulu ini sering berwarna

cerah. Beluncas juga mungkin mempunyai jalur-jalur

yang jelas di belakangnya.

UMUM 
MOHAIR

Mohair ialah nama yang diberi kepada bulu

kambing Angora. Haiwan ini berasal dari Asia Kecil

dan juga diternak di Afrika Selatan dan di

California dan Texas, Amerika Syarikat. Nama

<i> Mohair i> juga digunakan kepada fabrik yang

dihasilkan daripada bulu kambing Angora.

UMUM 
MUKA

Muka ialah bahagian depan kepala seseorang. Ia

terdiri daripada dahi, mata, hidung, mulut, pipi, dan

dagu. Muka dilitupi otot dan kulit. Mata dilindungi

daripada silauan dan habuk oleh kelopak mata, bulu

mata, dan bulu kening. Hujung hidung terdiri

daripada rawan dan kulit, yang bertindak sebagai

kusyen yang anjal. Saluran hidung diliputi bulu

halus yang menyaring habuk dan kotoran dalam

udara daripada masuk ke dalam hidung. Mulut

termasuk bibir, gigi, lidah, dan lelangit, dilapisi

membran mukus. Rahang bawah adalah satu-satunya

bahagian tulang pada muka yang bergerak.

UMUM 
NETEL

Netel ialah nama biasa bagi sekumpulan

tumbuhan yang mempunyai bulu kejur berbisa.

Netel ialah herba kasar yang tumbuh di kawasan

sederhana. Ia mempunyai daun yang tumbuh

bertentangan satu sama lain pada batang,

dan bunga kecil yang bergugus. Bulu kejur netel

mengandungi jus berair yang menyebabkan gatal

keterlaluan jika ia memasuki kulit manusia.

Tetapi gatal ini tidak lama. Pucuk netel boleh dimasak

seperti bayam. Ia adalah sumber vitamin dan protein

yang baik. Netel digunakan untuk tujuan perubatan sejak

zaman dahulu. <i> Netel i>berbisa di Eropah dan

Amerika Syarikat ditanam kerana seratnya, yang

daripadanya boleh dibuat kain kasar yang kuat,

kasar.

Pengelasan saintifik. Netel tergolong dalam famili

netel, Urticaceae. Ia membentuk genus <i> Urtica i> . Netel

berbisa ialah <i> U. i><i> dioica. i>

UMUM 
KUMBANG PERMAIDANI

Kumbang permaidani ialah serangga perosak biasa.

<I>Larvanya I>hidup pada permaidani dan masuk

ke dalam almari untuk memakan pakaian bulu

biri-biri, bulu ayam, dan pakaian bulu yang lain.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas