Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. rambut halus pd tubuh manusia dan binatang: ~ betis; ~ kucing; 2. rambut yg berkarang-karang (melekat-lekat) pd burung dll: ~ burung; 3. miang pd tumbuhan-tumbuhan (daun dll); ~ ayam a) bulu pd tubuh ayam; b) penyapu drpd bulu ayam (utk menyapu habuk); c) sj layar; d) sj jahitan; ~ babi a) bulu pd tubuh babi; b) sj teripang yg kulitnya berduri-duri, Echinus spp.; ~ balik bulu yg terbalik (pd ayam); ~ biri-biri bulu biri-biri utk dibuat kain dll; ~ kapas bulu yg halus-halus; ~ keluli besi yg halus-halus dan panjang; ~ kening alis; ~ keras (kasar) bulu pd binatang lunak yg digunakan utk berjalan; ~ kuduk a) bulu pd tengkuk; b) surai (pd kuda, singa); ~ lai daun bulu pd daun; ~ mata bulu pd tepi mata; ~ pahat bulu yg sangat halus pd burung; ~ peka bulu yg lekas merasai sesuatu (pd tumbuhan); ~ roma bulu yg halus pd tubuh manusia; ~ tangkis bola tangkis, badminton; ~ tengkuk bulu kuduk; berganti (bertukar) ~ ki berganti pendirian (sikap dll); memilih (memandang) ~ ki melihat kedudukan (keturunan) orang; memperlihatkan (menunjukkan) ~ ki memperlihatkan tabiat (maksud dll) yg sebenarnya; berdiri (meremang, tegak) ~ tengkuknya (kuduknya) ki berasa ngeri (seram); carik-carik ~ ayam, lama-lama bercantum pula prb orang yg bersaudara (sekaum) itu tidak akan bercerai kerana perselisihan; isi lemak dapat ke orang, tulang ~ pulang ke kita prb yg baik-baik dapat oleh orang, yg tidak berharga bagi kita; terlayang-layang bagai ~ sehelai prb ringan pd pandangan orang kerana hina (anak yatim atau orang dagang);sebulu 1. mempunyai bulu yg sama (serupa); 2. ki sehaluan, sepakat, setuju: ia tidak ~ dgn abangnya;kesebuluan perihal sebulu (sehaluan, setuju, dll): Sunarto bertanya dgn suaranya menampakkan tidak ~nya terhadap Abd. Fakar;berbulu mempunyai bulu; ~ hati tidak baik hati, dengki; ~ mata melihat benci (tidak suka) melihat; kepala sama ~, pendapat berlain-lain prb lain orang lain fikirannya; tiada ~ lagi prb tiada mempunyai apa-apa lagi (sudah miskin sekali). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulu I

Puisi
 

Ayam bulu balik,
     Telur atas para;
Abang baru balik,
     Tidak bawa apa.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Bagai menghitung bulu kambing.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Membandarkan air ke bukit).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
woolwul; bulu biri-biri; benang bulu biri; kain bulu biriKesenianTiada1. Benang bulu biri: Benang atau gentian daripada bulu biri-biri, unta, ilama, anggora dan lain-lain,. 2. Kain bulu biri: Fabrik yang dihasilkan dengan tenun, kait atau felt yang menggunakan benang bulu, digunakan untuk membuat pakaian musim sejuk.
woolwul; bulu biri-biri; benang bulu biri; kain bulu biriPentadbiran PerniagaanTiada1. Benang bulu biri: Benang atau gentian daripada bulu biri-biri, unta, ilama, anggora dan lain-lain,. 2. Kain bulu biri: Fabrik yang dihasilkan dengan tenun, kait atau felt yang menggunakan benang bulu, digunakan untuk membuat pakaian musim sejuk.
cock hacklesbulu tengkuk ayam jantanPerikananTiadaBulu daripada bahagian tengkuk ayam jantan yang digunakan untuk membuat umpan bulu. Bulu tengkuk ayam jantan menjadi bahan utama kerana ciri-cirinya yang lurus dan mudah untuk dipintal. Lihat juga umpan bulu (I).
contour featherbulu pelepah konturBiologiHistologi dan SitologiBulu berbarbul yang merupakan bulu terbang atau bulu ekor unggas dan menjadi kan keseluruhan bulu unggas tersebut tampak licin serta berkontur; pluma.
bulu kumbabulu kumbaKesenianTiadaMotif ukiran berunsur haiwan berbentuk bulu kumba atau bulu pada dahi gajah lazimnya dipasang pada puncak rabung bumbung rumah Bugis. dahi gajah
setasetaGeologiTiada1. Bulu-bulu kejur atau sisik serangga, atau struktur yang menyerupai bulu kejur.,2.Tangkai yang menampung kapsul briofit.,3. Keta pada ketapod.,4. Lunjuran pada kutikel luar yang dihasilkan oleh trikogen.
setasetaBiologiHistologi dan Sitologi1 Bulu-bulu kejur atau sisik serangga, atau struktur yang menyerupai bulu kejur. 2 Tangkai yang menampung kapsul briofit. 3 Keta pada ketapod. 4 Lunjuran pada kutikel luar yang dihasilkan oleh trikogen.
primary featherbulu primerVeterinarPraklinikalBulu yang terletak pada separuh bahagian luar kepak unggas. Bulu primer merupakan bulu penerbangan utama.
covebulu pengimbangPerikananTiadaBulu yang dipasang pada umpan bulu kering, bertujuan untuk mengimbangkan kedudukan umpan apabila dicampak ke dalam air. Lihat juga umpan bulu kering.
setasetaBiologiEntomologiBulu, bulu kejur, atau sisik serangga.
12345678910...

Kembali ke atas