Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.luh.bu.luh] | بولوه٢

Definisi : sesuatu yg menyerupai buluh (panjang bulat dan kosong di dalam), paip, saluran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buluh-buluh

Puisi
 

Apa guna buluh betung,
     Buluh tidak berguna lagi;
Bunyi guruh berdentum-dentum,
     Awan berarak hujan tak jadi.


Lihat selanjutnya...(84)
Peribahasa

Mercun buluh senapang bambu,
     kepada saya jangan dituju.

Bermaksud :

Tiada guna menggertak orang yang berakal dan berilmu dengan sesuatu yang tidak ada ertinya.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
cak plong[tSA ploN] sejenis permainan daripada buluh, pelurunya daripada buah cenerai atau kertas basah; buluh pong.Maen cak plong saket lagi kena peluru buah cenerai dari retaih basah.[mAen tSA ploN sA.ket lA.gi k«.nA p«.lu.Òu bu.wAh tS«.n«.ÒAj dA.Òi Ò«.tAC bA.sAh]Main cak plong sakit lagi kena peluru buah cenerai daripada kertas basah.
buloh pong[bu.loh poN] sejenis permainan daripada buluh, pelurunya daripada buah cenerai atau kertas basah cak plong.Saket bukan maen kalu kena peluru buloh pong.[sA.ket bu.kAn mAen kA.lu k«.nA p«.lu.Òu bu.loh poN]Sakit bukan main kalau kena peluru buluh pong.
bubu tuaq[bu.bu tu.wA)Ö] Bubu daripada buluh, berbentuk bulat dan panjang serta mempunyai dua injap. Bubu ini digunakan di sawah atau parit.Kami pakai bubu tuaq bila tangkap ikan kat bendang.[kA.mi pA.kAi bu.bu tu.wA)Ö bi.lA tAN.kAp i.kAn kAt b«n.dAN]Kami menggunakan bubu tuaq apabila menangkap ikan di sawah.
mengelau[m«.N«.lAw]kata kerjamemancing ikan haruan menggunakan buluh panjang dengan menggunakan umpan katak minyakSemalam ayah pi mengelau, banyak jugak dapat ikan ruan.[s«.mA.lAm A.jAh pi m«.N«.lAw bA.øA/ dZu.gA/ dA.pAt i.kAn Òu.wAn]Semalam ayah pergi memancing, banyak juga dapat ikan haruan.
gerodek[g«.Òo.dE/]kata kerjamenggerak-gerakkan tangan atau menggunakan sesuatu yang lain (seperti kayu, buluh, besi dan lain-lain) secara berulang-ulang; gerodak, rodak, rodekTulong gerodek sat lubang kunci pintu bilek, telekat menatang apa tak tau.[tu.loN g«.Òo.dE/ sAt lu.bAN kun.tSi pin.tu bi.le/ t«.l«.kAt m«.n­A.tAN A.pA tA/ tAw]Tolong gerodek lubang kunci pintu bilik, tidak tahu apa benda yang tersumbat.
gerodak[g«.Òo.dA/]kata kerjamenggerak-gerakkan tangan atau menggunakan sesuatu yang lain (seperti kayu, buluh, besi dan lain-lain) secara berulang-ulang; gerodek, rodak, rodekCo hang gerodok bawah kate dengan penyapu nak bagi kucin tu keluaq.[tS hAN g«.Òo.dA/ bA.wAh kA.te d«.NAn p«.øA.pu nA/ bA.gi ku.tSin tu k«.lu.wA)Ö]Cuba awak gerodok dengan penyapu di bawah katil supaya kucing itu keluar.
puruih[pu.ÒuC]kata namabilah lidi daripada enau, kelapa, rembia nipah dan sebagainyaLa ni depa guna buloh buat puruih sate.[lA ni dE.pA gu.nA bu.loh bu.wAt pu.ÒuC sA.tE]Sekarang mereka guna buluh sebagai bilah sate.
boq[b)Ö]kata namabatang pancing atau joran.La ni boq tak pakai buloh lagi, dah pakai kayu pelastik.[lA ni b)Ö tA pA.kAj bu.loh lA.gi dAh pA.kAj kA.ju p«.lAs.ti]Sekarang batang pancing tidak daripada buluh lagi, sudah menggunakan kayu plastik.
pekop[p«.kop]kata kerja1. melengkungkan tapak tangan di atas sesuatu permukaan yang rataKami semua pakat pekop telinga bila nak cucoh meriam buloh.[kA.mi s«.mu.wA pA.kAt p«.kop t«.li.NA bi.lA nA tSu.tSoh m«.Òi.jAm bu.loh]Kami semua pekop telinga bila hendak menyalakan meriam buluh.

Kembali ke atas