Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.luh.bu.luh] | بولوه٢

Definisi : sesuatu yg menyerupai buluh (panjang bulat dan kosong di dalam), paip, saluran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buluh-buluh

Puisi
 

Apa guna buluh betung,
     Buluh tidak berguna lagi;
Bunyi guruh berdentum-dentum,
     Awan berarak hujan tak jadi.


Lihat selanjutnya...(84)
Peribahasa

Mercun buluh senapang bambu,
     kepada saya jangan dituju.

Bermaksud :

Tiada guna menggertak orang yang berakal dan berilmu dengan sesuatu yang tidak ada ertinya.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BULUH UMUM 
KISAR

KISAR, alat untuk mengisar padi dan tepung. Kisar atau pengisar padi diperbuat daripada buluh yang dianyam dan di dalamnya diisi dengan tanah liat. Tapaknya diperbuat daripada dua batang kayu berukuran 72 cm x 7.5 cm x 7.5 cm yang disilangkan dengan paku. Buluh belalai atau buluh duri diraut kecil dan dianyam menjadi dua buah raga yang bergaris pusat 465 cm sebagai kulit kisar. Buluh juga digunakan untuk membuat piring melingkari raga di bahagian bawah, bergaris pusat 78 cm dan tingginya 9 cm. Bakul bahagian bawah yang dianyam, setinggi 54.5 cm diisi dengan tanah liat yang dicampurkan garam. Apabila kering, tanah liat itu menjadi keras seperti simen.

BUDAYAAlat/Alatan
ANYAMAN

Hasil daripada satu proses menjalinkan helaian atau jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan lain dengan cara menyusun dan menyusupkannya antara satu sama lain.  Bahan asas ini dikeringkan dan dibentuk (memanjang, halus, nipis) terlebih dahulu sebelum proses anyaman dimulakan.

BUDAYAKraf Tangan
KENDO

Kendo, seni mempertahankan diri Jepun yang menggunakan sejenis pedang yang diperbuat daripada buluh, dikenali sebagai shinai.

SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
SUMPITANKapsyen          :           Sumpitan digunakan sebagai alat memburu bagi suku kaum Penan

 

SUMPITAN, senjata yang diperbuat daripada buluh yang digunakan oleh Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan suku kaum peribumi di Sabah dan Sarawak.  Sumpitan diperbuat daripada buluh yang lurus dan beruas panjang.  Buluh ini diproses dan segala yang menghalang lubangnya dibersihkan.  Untuk mengelakkannya daripada dimakan bubuk atau serangga, buluh ini dilayur di atas bara api dan dipusing-pusingkan dari pangkal hingga ke hujung.  Sekiranya ruas buluh itu pendek, ia akan disambung dan saluran dalamannya hendaklah sama supaya mudah mengenai sasarannya.  Panjang sebatang sumpitan yang baik ialah antara 2 m hingga 3.7 m.

BUDAYAAlat/Alatan
TAKIN

Takin ialah mamalia bertelapuk yang besar yang

berkaitan rapat dengan kambing, biri-biri dan

lembu kesturi. Ia hidup di tengah, barat dan barat

daya China, di Myanmar dan di Himalaya. Ia tinggal

di hutan buluh yang tebal dan di belukar

rodondendron di cerun yang curam,

berceranggah.

UMUM 
MENSIANG

Mensiang ialah nama biasa bagi empat jenis

tumbuhan rumput yang tinggi, halus. Mensiang

juga boleh dirujuk kepada batang tumbuhan ini

yang sering beruas di banyak tempat. Batangnya

mungkin sehalus dan serapuh jerami, atau setebal

dan setegap buluh. Empulur yang memenuhi

bahagian tengah mensiang biasanya boleh

dibuang, meninggalkan tiub berongga yang

bersendi. Batang berongga ini digunakan untuk

membuat alat muzik.

UMUM 
BAKUL

BAKUL, bekas untuk mengisi barang, yang dianyam daripada bahan yang senang dilengkung dan dijalin seperti rotan, buluh, mengkuang, purun, bemban dan lain-lain. Menganyam bakul bermula dari dasar membawa ke atas bagi semua reka bentuk. Apabila selesai ukuran yang dikehendaki, anyaman dikemaskan dan dimatikan dengan jalinan rotan halus atau bemban, ataupun diapit dengan gelang rotan atau buluh di mulut bakul dan kemudian dijalin untuk meneguhkannya.

BUDAYAKraf Tangan
SENI BINA MELAYU

SENI BINA MELAYU, pelbagai jenis binaan Melayu yang dibuat dengan menggunakan bahan tempatan seperti buluh, kayu-kayan, rotan, akar, daun-daun kayu dan batu. Binaan ini sering kali mudah reput dan tidak dapat bertahan lama. Binaan kayu daripada jenis yang paling keras seperti belian, jati atau cengal mampu bertahan antara seratus hingga tiga ratus tahun sahaja.  Ini bermakna seni bina lama daripada bahan-bahan ini hanya dapat diketahui melalui gambaran oleh penulis dalam buku-buku hikayat dan sejarah.

BUDAYADisiplin Ilmu
ANGKLUNG

ANGKLUNG, alat muzik tradisional Indonesia yang diperbuat daripada buluh.  Permainan angklung telah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat Sunda di Jawa Barat untuk memeriahkan upacara seperti menuai,’turun bumi’ dan ‘seren taun’.  Permainan angklung dalam upacara tersebut adalah untuk menyatakan kesyukuran dan kegembiraan sambil menyanyi dan menari.

BUDAYAKonsep
123

Kembali ke atas