Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.luh.bu.luh] | بولوه٢

Definisi : sesuatu yg menyerupai buluh (panjang bulat dan kosong di dalam), paip, saluran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buluh-buluh

Puisi
 

Apa guna buluh betung,
     Buluh tidak berguna lagi;
Bunyi guruh berdentum-dentum,
     Awan berarak hujan tak jadi.


Lihat selanjutnya...(84)
Peribahasa

Mercun buluh senapang bambu,
     kepada saya jangan dituju.

Bermaksud :

Tiada guna menggertak orang yang berakal dan berilmu dengan sesuatu yang tidak ada ertinya.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pelang III; buluh ~ sj buluh, buluh akar, Gigantochloa wrayi.Kamus Dewan Edisi Keempat
bebuluhbuluh-buluh.Kamus Dewan Edisi Keempat
pipa1. buluh-buluh, pembuluh, paip; 2. a) alat penyambung rokok (drpd tulang dll), paip; b) = ~ tembakau alat drpd kayu dll utk menghisap tembakau, paip; 3. Id = ~ pabrik cerobong asap (kilang); 4. sl bekas yg bulat tempat mengisi sesuatu, tong: tiada terkira-kira tenggiri sampai dibuang ikannya, diambil telurnya sahaja, diisi ke dlm ~ bubuh garam.Kamus Dewan Edisi Keempat
pembuluh1. buluh-buluh; 2. = ~ darah saluran darah; ~ agung saluran besar yg menyalurkan darah dr seluruh badan ke jantung, vena kava; ~ labuhan hati saluran darah dr bahagian usus ke hati, vena labuhan hati; ~ paru-paru saluran darah yg beroksigen dr paru-paru ke jantung, vena pulmonari.Kamus Dewan Edisi Keempat
buluh pelangsj buluh, buluh akar, Gigantochloa wrayi.Kamus Dewan Edisi Keempat
takeyari(takéyari) (Jepun) ark tombak buluh, buluh runcing.Kamus Dewan Edisi Keempat
buluh-buluhsesuatu yg menyerupai buluh (panjang bulat dan kosong di dalam), paip, saluran;Kamus Dewan Edisi Keempat
buluhsj tumbuhan yg batangnya keras (berongga dan beruas), bambu, aur; jenis-jenisnya: ~ akar a) sj buluh, Dendrocalamus pendulus; b) sj buluh, Dinochloa scandens; ~ batu = ~ tumpat sj buluh, Dendrocalamus strictus; ~ betung sj buluh, Dendrocalamus asper; ~ cina sj buluh, Bambusa nana; ~ gading sj buluh, Bambusa vulgaris; ~ kasap sj buluh, Ochlandra ridleyi; ~ peleting buluh tempat pupul benang (pd alat tenun); ~ perindu a) sj buluh, Bambusa magica; b) sj seruling; ~ sembilang (semilang) sj buluh, Dendrocalamus giganteus; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai besar), Thysanolaena maxima;berniaga ~ kasap, hujung hilang pangkal lesap prb mengerjakan sesuatu dgn tidak mengetahui caranya (mendatangkan kerugian sahaja); menebas ~ serumpun prb merosakkan nama seluruh keluarga; spt ~ perindu ditiup angin tatkala dinihari prb bunyi suara yg sangat sedih; spt pohon ~ ditiup angin prb perihal orang yg lemah lembut, tetapi keras kemahuannya;buluh-buluh sesuatu yg menyerupai buluh (panjang bulat dan kosong di dalam), paip, saluran;pembuluh 1. buluh-buluh; 2. = ~ darah saluran darah; ~ agung saluran besar yg menyalurkan darah dr seluruh badan ke jantung, vena kava; ~ labuhan hati saluran darah dr bahagian usus ke hati, vena labuhan hati; ~ paru-paru saluran darah yg beroksigen dr paru-paru ke jantung, vena pulmonari.Kamus Dewan Edisi Keempat
temiang I1. sj buluh kecil yg tipis (biasanya dibuat sumpitan), buluh aur gading, buluh minyak, buluh sumpitan, Bambusa wrayi; 2. sumpitan; berebut ~ hanyut, tangan luka, ~ tak dapat = merebut ~ belah prb perihal dua orang yg berkelahi (sampai luka-luka) mere­but­kan sesuatu tetapi barangnya tidak dapat.Kamus Dewan Edisi Keempat
betung I1. besar: buluh ~; katak ~; 2. = buluh ~ sj buluh yg besar, Dendrocalamus asper; rumput ~ sj tumbuhan (rumput bergetah), rumput getah (jernang, tawar, udang), Daemonorhops didymophyllus; tebu ~ sj tebu besar; ~ ditanam aur tumbuh prb diharapkan yg baik, kiranya dapat yg buruk; ~ bulat tak bersegi, pipit jantan tak bersarang prb orang (anak bujang atau orang dagang) yg bebas dan tidak ada ikatan apa-apa; bagai membelah ~ = memijakkan ~ sebelah prb tidak adil atau berat sebelah (bkn pendirian dll); bereda (berteduh) di bawah ~ prb pertolongan yg tidak memadai;membetung membuat atau membubuh paip utk saluran air (najis dll); pembetungan 1. kerja-kerja membetung; 2. sistem penyaliran najis, air kumbahan dsb ke loji pemprosesannya melalui rangkaian longkang atau saluran bawah tanah: Kerajaan Pusat memutuskan utk menswastakan perkhidmatan sistem ~ di seluruh negara;pembetung 1. sesuatu yg berbentuk panjang, bulat dan berongga di dalamnya spt buluh utk menyalurkan air dsb: bulat air kerana ~, bulat kata kerana muafakat; 2. saluran atau parit drpd konkrit dll bawah tanah yg merentasi jalan raya atau landasan kereta api: masalah kekurangan ~ dikenal pasti sbg punca banjir di landasan kereta api itu setiap kali hujan lebat; 3. saluran paip bawah tanah utk menyalirkan najis, kumbahan dsb ke loji pemprosesan dsb: mereka perlu menanggung kos membaiki ~ najis yg tersumbat itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas