Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ph, Id abang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bung I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah RTM dan KBSR termasuk dalam kumpulan akronim? Jika tidak apakah istilah yang sesuai? Terima kasih.Akronim ialah kependekan yang terbentuk daripada ga­bung­an huruf-huruf pertama dan kedua-dua ccontoh yang diberikan termasuk dalam kumpulan akronim.Tatabahasa11.06.2013
Saya ingin tahu adakah akronim bagi Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak ditulis sebagai IKMAS ataupun Ikmas? Mohon penjelasan dari pihak tuan. Sekian terima kasih.Akronim ialah kependekan yang terbentuk daripada ga­bung­an huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Ada dua cara mengejanya, jika mengambil huruf pertama setiap kata maka dieja dengan huruf besar seperti DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka); dan suku kata bberap perkataan yang boleh dibentuk perkataan seperti Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Dalam hal ini, puan perlu merujuk kepada organisasi berkenaan tentang bentuk akronim yang digunakan.Tatabahasa29.01.2015
Boleh saya tahu kata baru yang menggabungkan bahagian kata (Akronim) selain daripada Selembu (seladang + lembu), apa lagi ya? Terima kasih
Mengikut Kamus Dewan, perkataan "AKRONIM" bermaksud kependekan yang terbentuk daripada ga­bung­an huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Contohnya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara), GAPENA (Gabungan Persatuan Penulis Nasional), cerpen (cerita pendek), purata (pukul rata), pawagam (panggung wayang gambar) dan banyak lagi. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkataan "AKRONIM", puan bolehlah merujuk buku Tatabahasa Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku Tatabahasa Dewan sangat berkesan untuk dijadikan panduan dalam pembelajaran tatabahasa Melayu.
Tatabahasa11.02.2021
1. Apa makna kelumpang? 2. Apa makna selubung?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kelumpang bermaksud 1. sj tumbuhan (pokok), kelum­pung, Sterculia foetida; 2. = ~ burung sj tumbuhan (pokok), perupuk, rongga jantan, unting-unting, Sterculia parviflora; 3. = ~ keras sj tumbuhan (pokok), katak udang, otak udang, Buchanania lucida. Manakala selubung pula bermaksud kain utk menutup kepala atau badan; kelubung. berselubung memakai selubung; berkelubung. me­­nyelubung menutup sesuatu dgn selubung: Dia ~ anaknya dgn kain pe­lekat. menyelubungi 1 menjadi sbg selubung pd: Sehelai kain pelikat ~ kepala anaknya. 2 ki menjadikan sesuatu kejahatan dll tidak diketahui orang: Keramahannya itu hanya utk ~ maksudnya yg buruk. menyelubung­kan menggunakan sesuatu sbg se­lu­bung: Dia ~ kain itu pd kepalanya.Lain-lain15.05.2010

Kembali ke atas