Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ph, Id abang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bung I


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BUNG TOMO

BUNG TOMO,  (1920-1981), pemimpin di Surabaya, Jawa Timur pada awal Revolusi Indonesia.  Dia lahir pada 3 Oktober 1920 di kota Arek Suroboyo, Jawa Timur, Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Sutomo.  Bung Tomo daripada golongan menengah berketurunan Pangeran Diponegoro (abad ke-19).  Ibunya keturunan Jawa, Sunda dan Madura,dan memiliki semangat kebangsaan yang kuat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TESTAMENT POLITIK API

TESTAMENT POLITIK API, dokumen politik hasil susunan Ahmad Boestamam, Ketua Satu Angkatan Pemuda Insaf (API), yang menggariskan program perjuangan API untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Dokumen ini diterbitkan oleh Lembaga Tertinggi API pada 21 Disember 1946, dan dicetak oleh Malayan Printers, Kuala Lumpur. Dokumen ini setebal 27 halaman termasuk dua halaman petikan kata-kata beberapa orang pemimpin besar seperti Sukarno, Mohammad Hatta dan Bung Tomo. <I style="mso-bidi-font-style: normal">TestamentI> ialah salah satu manifesto politik di Tanah Melayu dan disebarkan kepada peserta Kongres API se-Malaya yang berlangsung di Melaka pada 22, 23 dan 24 Disember 1946.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan

Kembali ke atas