Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunga-bungaan 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Harap perbetulkan persepsi perbezaan penggunaan meN--i dengan meN--kan. 1. (Orang) menghiaskan (benda) e.g. (Saya) menghiaskan (meja) itu dengan bunga-bungaan. 2. (Orang) menghiasi (benda) e.g. (Saya) menghiasi (meja) itu dengan bunga-bungaan. 3. (Benda) menghiasi (benda) e.g. (Bunga-bungaan) menghiasi (meja) itu. Jika saudara/i ada logik-logik mudah untuk merungkai penggunaan imbuhan ini, harap berkongsi dengan saya.

Untuk membezakan penggunaan apitan meN-...-kan dengan meN-...-i, seperti dalam ayat contoh yang diberi sila lihat fungsi antara kedua-dua apitan tersebut, iaitu:

i.  Fungsi apitan meN-...-kan menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif. Contohnya: Ali menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad dan Ali menghadiahi Ahmad sebuah basikal.

ii. Apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa, manakala apitan meN-...-i menerima objek yang bernyawa. Lihat contoh di atas.

iii. Bagi sebilangan kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: Ali sedang membaiki kereta yang rosak dan Ali sedang membaikkan kereta yang rosak.

Tatabahasa18.09.2011
1.) Murid-murid menghiaskan pentas dengan bunga-bungaan. 2.) Murid-murid menghiaskan bunga-bungaan di atas pentas. Yang manakah penggunaan perkataan "menghiaskan" betul?
Menurut data kami, kedua-dua ayat di atas betul.
Lain-lain09.08.2016
Sila lihat lampiran. Harap tuan/puann boleh memberi jawapan hari ini. Sekian, terima kasih.

1.   Kasut kaca terlucut daripada kakinya.1">

2.   Dia menyamar sebagai penjual pelita.1">

3.   “Tukar pelita lama dengan pelita baru!” jeritnya. 

4.   Dia menyuruh Jin Pelita menghantar ahli sihir itu ke tempat yang jauh dan mengembalikan istananya.1">

5.   Dia tinggal di dalam hutan bersama dengan ibunya. 

6.   Dia berjalan pantas tetapi berhenti bagi memetik bunga-bungaan untuk neneknya.1">

7.   Dia berkahwin dengan Putera Raja dan hidup bahagia selama-lamanya.

Tatabahasa11.01.2012

Kembali ke atas