Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bung.kau] | بوڠکاو

Definisi : sj alat muzik tradisonal kaum Kadazan yg dibuat drpd buluh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bungkau


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bungkaubungkauMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipetik. Bungkau mempunyai pelidah yang dipasang pada rangka yang dipetik. Alat ini dimainkan dengan meletakkannya pada bibir pemain dan seterusnya rangka dipetik. Pelidahnya akan bergetar dan mulut pemain berfungsi sebagai alat bergaung. Bungkau juga dimainkan sebagai alat soIo oleh beberapa suku kaum asli di Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Alat muzik ini dikenali sebagai bungkau di Sabah, ruding dan junggon di Sarawak serta ranggong di Semenanjung Malaysia.

bungkau (Mal)bungkauKesenianTiadaAlat idiofon tradisional daripada kayu, kaum Kadazan.
khaenkhaenMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis organ mulut. Alat muzik ini terdapat di Thailand dan di Laos. Lihat juga bungkau, engkerurai.

kubingkubingMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipetik. Kubing ialah hap rahang yang dimainkan oleh kaum Iranun di Sabah. Lihat juga bungkau.

kuridingkuridingMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipetik. Kuriding merupakan hap rahang yang dimain­kan oleh suku kaum Bajau di Kota Belud, Sabah. Lihat juga bungkau, hap rahang.

morsingmorsingMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipetik. Morsing ialah hap mulut yang terdapat di kawasan selatan India dan dimainkan dalam muzik klasik Karnatak. Lihat juga bungkau.

ranggongranggongMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipetik, iaitu hap mulut. Ranggong diperbuat daripada daun dan bentuknya serupa dengan hap mulut yang lain. Alat muzik ini dimainkan oleh orang asli suku kaum Temiar di Kelantan. Lihat juga bungkau.

tongtongMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon jenis yang dipetik, iaitu hap mulut. Tong serupa dengan alat muzik ruding dan hap mulut yang lain. Alat muzik ini memainkan motif melodi pendek untuk hiburan. Tong yang terdapat di Sarawak dimainkan oleh kaum Kajang dan Orang Ulu di kawasan pedalaman. Lihat juga bungkau.

rudingrudingMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipetik, iaitu hap mulut. Ruding diperbuat daripada kayu dan dimainkan oleh suku kaum Iban di Malaysia. Alat muzik ini serupa dengan alat hap mulut yang lain seperti ranggong. Lihat juga bungkau.


Kembali ke atas