Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bun.ting] | بونتيڠ

Definisi : 1. mengandung (biasanya dipakai utk binatang), hamil: kambing itu sudah ~; 2. batang padi menjadi bengkak kerana buahnya hendak keluar: patah dua tiga batang, pokok padi tengah ~; ~ bantang (besar) bunting yg sudah besar; ~ harimau (orang yg suka) marah-marah semasa bunting; ~ jolong mengandung utk pertama kali; ~ kecil bunting yg masih kecil; ~ kerbau bunting yg lamanya lebih drpd sembilan bulan; ~ padi peri kecantikan betis perempuan; ~ pelamin mengandung pd bulan pertama berkahwin; ~ sarat (tua) bunting sudah genap bulan;membunting menjadi (nampak) bunting: betisnya ~ padi;membuntingi menyebabkan bunting, menghamili, menghamilkan: ia telah ~ gadis itu;membuntingkan 1. sedang mengandung (di dlm perut): pd masa itulah makmu ~ engkau; 2. menyebabkan bunting, membuntingi: siapa yg telah ~ kau?buntingan kandungan; pembuntingan proses (perbuatan) membuntingkan anak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bun.ting] | بونتيڠ

Definisi : 1 dlm keadaan mengandung anak kecil dlm rahim (biasanya digunakan utk binatang); terdapat anak yg masih kecil di dlm rahim: Kambing yg dibeli drpd Pak Ngah Ali dahulu itu sudah ~. 2 sudah berisi bakal buah atau bakal bunga pd tumbuh-tumbuhan: Padinya sudah ~. ~ bantang (besar) bunting yg sudah besar dan hampir akan melahirkan anak. ~ kecil bunting yg masih kecil. ~ kerbau bunting yg lamanya lebih drpd 9 bulan. ~ padi bentuk betis yg cantik sekali. ~ pelamin mengandung dlm bulan pertama perkahwinannya (bkn wanita). ~ sarat (tua) bunting yg sudah genap tempohnya. ~ sulung bunting yg pertama kali. membuntingi menyebabkan jadi bunting; menghamili: Pemuda yg ~ gadis itu telah ditahan oleh pihak yg berkuasa. membuntingkan sedang mengandung (anak); mengandungkan: Sewaktu ~ engkau dulu, emak selalu saja sakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunting

Puisi
 

Turun ke sawah memikul bajak,
     Hendak menyemai bunting padi;
Sudah terpijak bumi Allah,
     Di situ tempat berakhir janji.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai si mandul mendapat anak.

Bermaksud :

Gembira kerana mendapat barang kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai perempuan bunting bertemu idamannya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bunting parangbunting parangKesenianTiadaMotif ukiran berunsur benda berbentuk parang yang bahagian matanya cembung dan lazimnya dipasang pada tepi tebar layar rumah.
pseudopregnancybunting palsuPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan betina yang menunjukkan tanda seakan-akan bunting seperti pembesaran di bahagian abdomen. Bunting palsu berpunca daripada korpus luteum yang tidak rosot dan kekal merembeskan hormon progesteron. Bunting palsu kadang kala berlaku pada kambing, biri-biri dan anjing.
keladi buntingkeladi buntingKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk daun keladi biak.
booting stageperingkat buntingPertanianAgronomi

Peringkat pertumbuhan tanaman bijirin seperti jagung dan padi apabila batangnya mulai memanjang dan tunas bunga terbentuk. Sebelum peringkat bunting, batang tidak kelihatan kerana berada pada pangkal rumpun.  Peringkat bunting disusuli dengan peringkat pembungaan, iaitu apabila jambak bunga telah kelihatan. Peringkat bunting digunakan untuk meramal tempoh menuai.

bunting webgegantung webTeknologi MaklumatTiadaSejenis gegantung yang digunakan pada laman web.
buntingpepanjiKomunikasiKorporatBahan penyebaran maklumat yang dihasilkan secara menegak. Bahan tersebut terdapat dalam pelbagai jenis, seperti kertas, plastik dan kain. Struktur bahan ini boleh direka bentuk secara segi tiga atau segi empat tepat. Bahan ini boleh digantung, dilekat atau diregang di atas pemidang untuk tujuan peragaan. Bahan ini sesuai digunakan di kawasan luar bangunan dan jalanan kerana strukturnya yang kurang menahan laluan angin berbanding bahan publisiti lain seperti sepanduk. Selain itu, pepanji mudah digantung walaupun diruang yang kecil dan boleh dilekatkan pada tiang sekiranya digunakan dalam sesuatu acara.
nonpregnant animalhaiwan tak buntingVeterinarPraklinikalHaiwan betina yang tidak mempunyai fetus atau anak dalam uterusnya. Dalam pembiakan; antara penyebab haiwan tak bunting ialah haiwan belum estrus; sistem pembiakan betina tidak berkembang; berpenyakit; obesiti; pemakanan kurang baik dan teknik permanian beradas yang kurang baik.
placental lactogenlaktogen plasentaVeterinarPraklinikalSejenis hormon yang terdapat hanya pada lembu bunting. Hormon ini dirembeskan oleh plasenta. Kehadirannya mula dikesan dalam edaran darah lembu yang telah bunting selama 160 hari. Kepekatan hormon ini mencapai tahap maksimum (lebih kurang 1000 ng/mL) pada hari ke-200 kebuntingan sehingga anak dilahirkan. Peranan hormon ini tidak jelas tetapi dipercayai mempunyai fungsi seperti hormon prolaktin dan hormon pertumbuhan.
baby buntingbaju pucung bayiKesenianTiadaSelimut yang dijahit berbentuk sampul, berzip bahagian tengah hadapan, berkerudung yang dicantum atau berasingan, diperbuat daripada fabrik selimut dan dilapis dengan satin. Digunakan sebagai pakaian bayi ketika keluar rumah.
pregnantbuntingPenternakanGenetik dan PembiakbakaanLihat kebuntingan
1234

Kembali ke atas