Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bun.tu] | بونتو

Definisi : mati (jalan dll), tertutup (pintu dll), terhalang, tersekat; fikiran ~ tidak berfikir panjang lagi; jalan ~ a) jalan mati; b) tidak tercapai tujuan kerana tidak ada kata sepakat; usus ~ usus yg tersekat hujungnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bun.tu] | بونتو

Definisi : 1 tidak dpt terus (ttg jalan dsb); tersekat atau terhalang alirannya; jalan ~ jalan yg tidak terus. 2 tidak dpt berfikir lagi; suntuk akal: ~ fikiran tidak dpt berfikir lebih lanjut. membuntukan menjadikan buntu; membuat buntu. kebuntuan hal atau keadaan buntu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buntu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan 'hmm' ini boleh digunakan? Misalnya, "Hmm... saya sendiri buntu memikirkan jalan penyelesaian masalah kita ini," beritahu Ahmad kepada rakan-rakannya yang lain.Untuk makluman ayat tersebut tidak ada kesalahan kerana merupakan dialog yang diucapkan dalam karya kreatif. "Hmm ... saya sendiri buntu memikirkan jalan penyelesaian masalah kita ini," beritahu Ahmad kepada rakan-rakannya yang lain.  Sastera31.10.2015
Erti Simpulan Bahasa a) Jalan Buntu b) Jalan Tengah c) Lepas Tangan d) Campur TAngan e) Angkat Tangan f) Bangkai Bernyawa g) Simpul Mati h) Atas Angin i) Jalan Belakang

Makna Simpulan Bahasa: a) Kegagalan mencapai per­setujuan dan sebagainya dalam perundingan dan lain-lain. b) Keputusan (pendapat) yang diambil antara dua (atau beberapa) pendapat yang berbeza. c) Tidak masuk campur dalam sesuatu hal. d) Mengambil bahagian dalam atau memasuki hal orang (kejahatan dan lain-lain). e) Menyerah kalah. f) Orang yang terlibat dalam penagihan dadah yang teruk sehingga kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kepada ke­luarga, masyarakat dan sebagainya. g) Ikatan yang susah diurai. h) Berbuat sesuatu atas perbelanjaan orang lain. i) Cara melakukan sesuatu dengan tidak mengikut peraturan yang telah ditentukan.

Lain-lain10.05.2009
Salam sejahtera. Saya tidak pasti sama ada soalan ini sesuai ditanya di ruangan ini atau tidak. Tetapi saya telah buntu untuk mencari kepastian tentang gaya penulisan yang sumbernya bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Saya telah merujuk hal ini kepada Munsyi tetapi tidak juga menemui jawapan yang memuaskan. Di sini saya sertakan contoh yang saya terjemahkan.. Contoh: Benes, E., Kramer, C., & Peterman, J. (1993). Minutiæ and insignificant observations from the nineteen-nineties. Journal about Nothing, 52, 475–649. Retrieved October 31, 1999, from Pro Quest database. Terjemahan Benes, E., Kramer, C., & Peterman, J. (1993). Minute and insignificant observations from the nineteen-nineties. Journal about Nothing, 52, 475–649. Diperoleh pada October 31, 1999, daripada Pro Quest database. Diharap pihak tuan dapat membantu.Kami tidak menyediakan perkhidmatan untuk menyemak teks bahasa Inggeris. Saudara boleh menghubungi Institut Terjemahan Negara Malaysia melalui talian 03-41497210 untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.Lain-lain03.02.2012
Salam, bolehkah saudara@saudari maklumkan saya simpulan bahasa yang bermula dengan 'jalan' selain jalan tengah & jalan belakang berserta maksudnya? Terima kasih.Contoh yang lain ialah jalan buntu yang bermaksud tidak ada kata sepakat dan jalan bahasa bermaksud cara penggunaan bahasa yg khas dlm sesuatu bahasa. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kamus simpulan bahasa yang banyak terdapat di pasaran.Lain-lain02.05.2013
Saudara, Dalam P&P di sekolah, saya telah terjumpa beberapa masalah bahasa yang perlu saya perjelaskan kepada pelajar. Malangnya, ilmu bahasa yang cetek pada pihak saya telah menemukan saya kepada jalan buntu. Saya harap pihak saudara dapat membantu saya. Jasa baik pihak saudara saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Persoalan-persoalan seperti berikut:- 1. Kita sudah biasa menggunakan frasa menjerang air, adakah kita masih menggunakan menjarang air? Adakah penyempitan makna menyebabkan kata menjarang air tidak digunakan lagi? 2. Apakah sebab pengecualian berlaku kepada perkataan 'keretapi' yang sebelum ini dieja 'kereta api' ?1. Perkataan menjarang digunakan dalam dialek Minangkabau yang bermaksud menjerang. Oleh itu, perkataan menjarang air hanya digunakan dalam kelompok teretentu. Dalam konteks rasmi perkataan menjerang air yang digunakan kerana perkataan menjerang itu tepat dari segi semantik dan lebih difahami umum.  
2. Ejaan yang betul ialah kereta api kecuali nama khas Keretapi Tanah Melayu Berhad. Kekecualian ialah sebahagian daripada unsur bahasa, namun jumlahnya tidaklah besar. Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.
Tatabahasa19.03.2012
Salam sejahtera pada pihak DBP, apakah isu yang sesuai dan boleh dikupas untuk saya kaji di dalam Hikayat Indera Nata? Dan apakah buku-buku rujukan yang boleh saya gunakan dalam kajian saya? Saya masih buntu dalam mencari tajuk kajian saya.

Hikayat Indera Nata digolongkan dibahagikan dalam zaman peralihan Hindu-Islam. Secara umum, pelbagai perkara boleh dikaji daripada teks tersebut. Di antara kajian tersebut ialah seperti berikut:

  1. Pemikiran dalam teks tersebut
  2. Teknik Naratif/penceritaan teks zaman peralihan
  3. Gaya Bahasa teks zaman peralihan
  4. Unsur-unsur Mitos, Dongeng, Fantasi dan sebagainya
  5. Konsep Wira dalam teks tersebut
  6. Konsep Kuasa dalam teks tersebut
  7. Unsur-unsur Islam dalam teks tersebut dll

Sekian, terima kasih

 

Lain-lain06.07.2009
Assalamualaikum pihak DBP yang disayangi sekalian . Saya ada ditugaskan untuk menterjemah sebuah buku Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu . Namun ada beberpa frasa , terma dan perkataan yang agak sukar untuk diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan menyebabkan saya buntu . Berikut adalah beberapa frasa , perkataan dan ayat yang dimaksudkan : -The Way of Strategy -sword-fencing -The comparison with carpentry is through the connection with houses. Houses of the nobility, houses of warriors, the Four houses, ruin of houses, thriving of houses, the style of the house, the tradition of the house, and the name of the house. ( Saya tidak faham perkataan atau makna tepat (house ) yang dimaksudkan , samada uanya bermaksud rumah atau keturunan ) Itu sahaja , sekiranya saya ada lagi kemusykilan , Insyallah saya akan bertandang ke sini lagi . Terima KasihPerkataan "rumah" dalam konteks ini boleh dipadankan dengan golongan, kategori atau jenis bergantung pada kesesuaian penggunaan perkataan. Makna14.06.2020
1. Tidak dapat jumpa entri "melurutkan" dalam kamus. melurutkan = melurut? Petani itu melurutkan padi daripada tangkainya untuk dimasukkan ke dalam bekas. Ethan terpaksa melurutkan kertas yang telah direnyuk itu untuk membaca catatan di dalamnya. Sebelum mandi di air terjun, Jasmine melurutkan cincin di jari manisnya. 2. Kami berasa lega apabaila dapat (melurut) kaki di dalam khemah selepas berkawal sepanjang hari. 3. Jawapan yang kamu berikan itu (buntu) daripada kehendak soalan. - terpesong1. Pembentukan kata yang betul ialah melurut (bukan melurutkan), seperti Pak Samad melurut padi untuk makanan burung.
2. Kami berasa lega apabaila dapat (melurut) kaki di dalam khemah selepas berkawal sepanjang hari. - Perkataan melurut tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut.
3. Jawapan yang kamu berikan itu (buntu) daripada kehendak soalan. - Perkataan buntu tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut.
Untuk memilih perkataan yang sesuai, sila rujuk kamus.
Tatabahasa14.05.2012
AS SALAM DAN SELAMAT SEJAHTERA Soalan saya adalah berkaitan dengan kata hubung apa yang paling sesuai digunakan untuk ayat-ayat dibawah: 1. Murid itu rajin mengulang kaji pelajaran. Murid itu mencapai kejayaan yang cemerlang. 2.Saya ada masa pada hujung minggu ini. Saya akan menziarahi rakan saya di hospital. 3. Rumah itu baru dibelinya. Rumah itu baharu. 4. Haris berhijrah ke luar negara. Haris memohon maaf atas segala kesilapannya. 5. Fikirannya buntu. Dia memohon cuti selama dua hari. Dia mahu menenangkan fikirannya. 6. Majalah itu sesuai dibaca oleh murid menengah atas. Majalah itu sesuai dibaca oleh pelajar universiti. 7. Seluruh rakyat menderita. Rakyat berada dalam cengkaman penjajah.1. Murid itu rajin mengulang kaji pelajaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.
2. Saya ada masa pada hujung minggu ini untuk menziarahi rakan saya di hospital.
3. Rumah yang baru dibelinya itu rumah baharu.
4. Haris berhijrah ke luar negara dan memohon maaf atas segala kesilapannya.
5. Oleh sebab fikirannya buntu, dia memohon cuti selama dua hari untuk menenangkan fikirannya.
6. Majalah itu sesuai dibaca oleh murid menengah atas dan pelajar universiti.
7. Seluruh rakyat menderita ketika berada dalam cengkaman penjajah.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 251 - 254.
Tatabahasa13.05.2015
contoh ayat: 1) TV1 boleh ditonton secara dalam talian di www.rtm.gov.my/tv1 2) TV1 boleh ditonton menerusi mobile di www.rtm.gov.my Soalan: Adakah ayat ini boleh digunakan? Tonton 'live streaming TV1 di www.rtm.gov.my Soalan : bolehkah perkataan 'live streaming' digunakan? Saya vuba cari perkataan lain yg boleh menggantikan 'live streaming'. Tapi buntu. Harap dapat bantu. Terima kasih1. TV1 boleh ditonton secara dalam talian di www.rtm.gov.my/tv1. (betul)
 
2. TV1 boleh ditonton menerusi mobile di www.rtm.gov.my.
TV1 boleh ditonton menerusi peranti mudah alih di www.rtm.gov.my.


3. Padanan untuk live streaming ialah penstriman  langsung.
Tatabahasa17.01.2013
12

Kembali ke atas