Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.nyi] | بوڽي

Definisi : 1 sesuatu yg dpt didengar selain suara manusia: ~ enjin kapal terbang itu membingitkan telinga. 2 laras atau tingkatan nada alat bunyi-bunyian atau suara orang bernyanyi: Merdu sungguh ~ gesekan biolanya. 3 bacaan drpd yg tertulis: Tolong baca bagaimana ~ surat itu. 4 cara menyebut atau cara mengucapkan sesuatu; lafaz: Dlm bahasa Jepun, ~ n dan ng tidak berbeza. berbunyi 1 mengeluarkan bunyi: Bertepuk tangan sebelah, takkan ~. 2 mengandungi sesuatu (ttg isi surat dsb): Antara lain, surat itu ~ begini. membunyikan 1 melakukan sesuatu spt memetik biola dsb supaya berbunyi; menjadikan berbunyi: Apabila emaknya sakit kepala, ia tidak pernah ~ radio. 2 menyebut tulisan; melafazkan: Orang di Malaysia atau di Indonesia ~ huruf mengikut sistem ejaan baru. bunyi-bunyian alat spt seruling dll yg digunakan utk mengeluarkan bunyi yg berlagu; alat-alat muzik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunyi

Puisi
 

Bunyi pungguk Kuala Sipitang,
     Pungguk tidak berbayang tinggi;
Jangan pula abang datang,
     Abang tidak bermalam sini.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Setengah bagai bunyi enggang,
     setengah bagai bunyi kuau.

Bermaksud :

Pendapat yang bermacam-macam.

 

Lihat selanjutnya...(38)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
kepada air. Bahan binaan seperti blok konkrit dan bata simen mempunyai kadar serapan yang tinggi dibandingkan dengan bata bakar. (KEJ) absorption wall (dinding penyerap) Dinding yang disaluti dengan bahan penyerap bunyi. (FIZ) abstract (abstrak/penyata cukai) Tulisan pendek mengenai sesuatu, ringkasan, ikhtisar dan sari. Abstrak digu- nakan bagi menyatakan hasil kayu yang dikeluarkan dari kawasan hutan dan jumlah cukai yang perlu admitans akustik bagi satu medium dengan medium yang lain. (FIZ) acoustic amplifier (amplifier akustik) Lihat acoustoelectric amplifier. (FIZ) acoustic board (bod akustik) Bod yang mempunyai ketumpatan rendah dan kadar serapan bunyi yang baik. Bahannya terdiri daripada liang-liang untuk menghasilkan serapan resonan. (KEJ) acoustic branch (cabang akustik) Salah satu cabang dalam hubungan sebaran, iaitu frekuensi sebagai fungsi nombor gelombang dalam getaran

Kembali ke atas