Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.nyi] | بوڽي

Definisi : 1 sesuatu yg dpt didengar selain suara manusia: ~ enjin kapal terbang itu membingitkan telinga. 2 laras atau tingkatan nada alat bunyi-bunyian atau suara orang bernyanyi: Merdu sungguh ~ gesekan biolanya. 3 bacaan drpd yg tertulis: Tolong baca bagaimana ~ surat itu. 4 cara menyebut atau cara mengucapkan sesuatu; lafaz: Dlm bahasa Jepun, ~ n dan ng tidak berbeza. berbunyi 1 mengeluarkan bunyi: Bertepuk tangan sebelah, takkan ~. 2 mengandungi sesuatu (ttg isi surat dsb): Antara lain, surat itu ~ begini. membunyikan 1 melakukan sesuatu spt memetik biola dsb supaya berbunyi; menjadikan berbunyi: Apabila emaknya sakit kepala, ia tidak pernah ~ radio. 2 menyebut tulisan; melafazkan: Orang di Malaysia atau di Indonesia ~ huruf mengikut sistem ejaan baru. bunyi-bunyian alat spt seruling dll yg digunakan utk mengeluarkan bunyi yg berlagu; alat-alat muzik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunyi

Puisi
 

Bunyi pungguk Kuala Sipitang,
     Pungguk tidak berbayang tinggi;
Jangan pula abang datang,
     Abang tidak bermalam sini.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Setengah bagai bunyi enggang,
     setengah bagai bunyi kuau.

Bermaksud :

Pendapat yang bermacam-macam.

 

Lihat selanjutnya...(38)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sound on soundbunyi atas bunyiKomunikasiTiadaPertindihan antara dua atau lebih bunyi secara serentak dengan satu sumber bunyi lebih jelas berbanding bunyi yang lain. Contohnya, bunyi muzik suasana yang mengiringi perbualan watak lebih kuat daripada bunyi dialog.
babblebebelSosiologiTiadaBunyi-bunyi yang tidak mempunyai makna, yang dikeluarkan oleh bayi.
alphabetabjadPentadbiran PerniagaanTiadaHuruf yang mewakili bunyi-bunyi ringkas dalam suatu sistem bahasa yang disusun mengikut urutan yang tertentu seperti A, B, C, hingga Z.
stereo mixerpengadun stereoKomunikasiTiadaPeralatan studio yang boleh mencampurkan bunyi-bunyi daripada pelbagai sumber.
audio cassette recorderperakam kaset audioKomunikasiTiadaAlat elektronik yang mengandungi pita elektromagnet yang digunakan untuk merakam bunyi. Bunyi yang terhasil daripada alat ini boleh didengar dengan segera.
sound effectskesan bunyiKomunikasiTiadaUnsur bunyi yang dapat mewujudkan kesan realiti dalam sesuatu penerbitan. Kesan bunyi terbahagi kepada tiga jenis iaitu bunyi alat muzik, bunyi semula jadi dan bunyi persekitaran semula jadi yang dirakamkan terus sewaktu penggambaran.
ideographideografKesusasteraanTiadaTulisan bercetak atau bertulis tangan, menggunakan lambang atau simbol-simbol, yang menggambarkan sesuatu idea tanpa menunjukkan bunyi-bunyi yang menjadikannya sebagai perkataan.
alliterative poetrypuisi aliterasiKesusasteraanTiadaPuisi yang mengutamakan unsur-unsur aliterasi dalam struktur pola iramanya umumnya berdasarkan pengulangan kata-kata awal atau bunyi-bunyi dalam baris puisi itu sendiri.
actuality soundbunyi sebenarPendidikanTiadaKesan bunyi daripada bunyi asal yang digunakan di dalam penerbitan radio dan video, contohnya bunyi pintu dibuka.
raleralePerubatanTiadaBunyi abnormal pernafasan yang dikesan melalui auskultasi, yang menandakan keadaan patologi tertentu. Bunyi ini disebut sebagai bunyi lembap atau bunyi kering, bergantung sama ada cecair hadir atau tidak di dalam saluran udara berkenaan. Bunyi ini dikelaskan mengikut lokasinya, iaitu sama ada di bronkus, larinks, trakea atau vesikel. Sin: ronkus
12345678910...

Kembali ke atas