Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bur.sa] | بورسا

Definisi : tempat memperjualbelikan saham dll: B~ Saham Kuala Lumpur; ~ komoditi tempat memperdagangkan kontrak hadapan komoditi tertentu, spt kelapa sawit, getah dan koko; ~ opsyen tempat memperdagangkan sama ada opsyen utk menjual atau membeli sekuriti, instrumen kewangan, atau komoditi, mis Bursa Opsyen dan Kewangan Hadapan Kuala Lumpur (KLOFFE) yg terdapat di Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bur.sa] | بورسا

Definisi : tempat memperjualbelikan syer (saham, barangan dsb); pasar saham (barangan). ~ komoditi tempat memperdagangkan kontrak hadapan komoditi tertentu, spt kelapa sawit dan getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bursa


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BURSA DERIVATIF MALAYSIA BERHAD

Bursa Derivatif Malaysia Berhad ialah bursa yang menawarkan Kontrak Hadapan dan Opsyen yang beroperasi di bawah Akta Industri Hadapan 1993.

EKONOMI DAN PENGURUSANInstitusi/Organisasi
BURSA SAHAM

Bursa saham ialah pasaran membeli dan

menjual saham dan syer oleh syarikat swasta

atau kerajaan. Bursa saham juga dikenali sebagai

pasaran saham.

UMUM 
BURSA KOMODITI

Bursa komoditi ialah pasaran bagi hampir

semua jenis bahan mentah atau makanan yang

dihasilkan dalam kuantiti yang banyak. Bursa

komoditi juga dinamakan lembaga perdagangan

atau pasaran komoditi. Komoditi (barang-barang)

selalu didagangkan tanpa dilihat dan jarang sekali

barang-barang itu sendiri ditukarkan secara fizikal.

UMUM 
BURSA KOMODITI KUALA LUMPUR

Bursa Komoditi Kuala Lumpur ialah tempat urus niaga kontrak niaga hadapan komoditi dijalankan.

EKONOMI DAN PENGURUSANInstitusi/Organisasi
MARGIN

Margin, dalam bursa saham merujuk deposit

yang diberikan oleh pelabur kepada broker untuk

membeli saham.

UMUM 
PURATA DOW JONES

Purata Dow Jones merupakan statistik yang

menunjukkan aliran harga saham dan bon di

Amerika Syarikat. Ia adalah pemurataan saham

pilihan dan bon yang diniagakan di Bursa Saham

New York . Dow Jones & Company, sebuah firma

penerbitan kewangan, mengira purata taksiran

setiap jam perniagaan setiap urus niaga pada tiap-

tiap hari. Terdapat empat jenis purata: (1) purata

harga saham biasa daripada 30 firma industri,

(2) purata saham biasa daripada 20 syarikat

pengangkutan, (3) purata saham biasa daripada 15

syarikat pengguna, dan (4) purata 65 saham yang

membentuk ketiga-tiga purata yang pertama tadi.

Minat masyarakat tertumpu pada purata-purata ini.

UMUM 

Kembali ke atas