Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.ruh] | بوروه

Definisi : orang yg bekerja utk mencari makan, pekerja: ramai orang India yg bekerja sbg ~; Kementerian B~; kaum ~ golongan pekerja; ~ kasar buruh yg lebih memerlukan tenaga fizikal drpd keupayaan mental dlm pekerjaannya; ~ mahir buruh yg mempunyai kepakaran khusus yg diperoleh drpd latihan profesional dlm bidang tertentu, mis jurutera; ~ paksa orang yg dipaksa melakukan kerja berat tanpa ganjaran yg sewajarnya; ~ separuh mahir buruh yg mempunyai kepakaran dlm bidang tertentu yg diperoleh drpd pengalaman bekerja dan atau latihan separuh profesional, mis jurukimpal;berburuhkan mempunyai, mengupah, atau menggunakan seseorang sbg buruh: sektor perladangan dan binaan terpaksa ~ orang asing;memburuh bekerja sbg buruh: siangnya dia ~, malamnya dia belajar bahasa Inggeris;buruhan upah memburuh; perburuhan 1. tenaga (usaha) buruh: membawa masuk orang India ialah satu jalan mengadakan ~ murah; 2. perihal buruh atau memburuh: perkara ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.ruh] | بوروه

Definisi : orang yg bekerja dgn mendapat upah; pekerja dlm perusahaan dsb: Sudah tujuh tahun Ahmad menjadi ~ di kilang gula itu. ~ kasar buruh yg tidak memerlukan kemahiran. ~ paksa buruh yg dipaksa melakukan kerja berat tanpa ganjaran yg sewajarnya. memburuh bekerja sbg buruh: Banyak orang asing yg ~ di negara kita ini. perburuhan segala sesuatu yg ada hubungannya dgn pekerjaan buruh dan kaum buruh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buruh


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
labour economicsekonomi buruhEkonomiTiadaCabang ekonomi yang mengkaji pasaran buruh seperti permintaan dan penawaran buruh, kecekapan buruh, upah, pergerakan pekerja, diskriminasi pekerjaan, dan masalah pengangguran. Cabang ekonomi ini lebih kerap menggunakan teori mikroekonomi.
manspower policydasar tenaga manusiaEkonomiTiadaDasar yang bertujuan untuk menyediakan buruh dengan bilangan yang mencukupi dan kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan pembangunan sesebuah negara. Dasar ini melibatkan tiga aspek, iaitu penawaran buruh, permintaan buruh, dan pewujudan tenaga buruh. Dalam pelaksanaannya, dasar ini menitikberatkan latihan untuk meningkatkan kualiti buruh supaya seimbang dengan permintaan buruh dan pelajaran, bersesuaian dengan peningkatan kualiti tenaga manusia.
unproductive labourburuh tak produktifEkonomiTiadaBuruh yang tidak terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran barang-barang ketara. Mengikut Adam Smith, buruh tak produktif termasuk buruh yang terlibat dalam perkhidmatan seperti tentera, pekerja gereja, peguam, pelukis, kerani dan pentadbir. Pengelasan Adam Smith ini tidak berasas kerana perkhidmatan juga merupakan barang ekonomi dalam bentuk output tak ketara, tetapi mengikut pendapat mutakhir buruh yang terlibat dalam perkhidmatan dianggap buruh produktif.
labour conflictpertelingkahan buruh/konflik buruhKependudukanTiadaTiada
labour statisticsperangkaan buruh/statistik buruhKependudukanTiadaTiada
semi-skilled labourburuh separuh mahirEkonomiTiadaBuruh yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu yang diperoleh daripada pengalaman bekerja dan/atau latihan separuh profesional. Buruh separuh mahir berbeza daripada buruh mahir dari segi kepakaran, iaitu kepakaran yang dimiliki tidaklah begitu khusus dan memerlukan proses pembelajaran atau latihan yang lebih rumit dan yang lebih lama memakan masa. Misalnya, mekanik kereta, juruteknik, dan jurukimpal.
labour force statustaraf tenaga buruh/status tenaga buruhKependudukanTiadaTiada
labour force statustaraf tenaga buruh/status tenaga buruhSosiologiTiadaTiada
economic constraintkekangan ekonomiSosiologiTiadaHambatan kepada pencapaian matlamat utama ekonomi seperti pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan agihan pendapatan serta kekayaan yang saksama contoh kekurangan buruh mahir, buruh yang tak mobiliti, kekurangan alat, modal dan ketiadaan teknologi yang sesuai.
labour-saving biasbias penjimatan buruhEkonomiTiadaProses pembangunan ekonomi yang cenderung menggunakan lebih banyak modal daripada buruh. Proses ini selalunya berpunca daripada penggunaan teknik penjimatan buruh yang diimport dari negara maju.
12345678910...

Kembali ke atas