Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.ru/] | بوروق

Definisi : 1. tua dan rosak (busuk), tidak cantik: Zaini sedang terbaring di tilam ~, pusaka ayahnya; kalau seorang perempuan ~ datang ke rumahnya mengemis, haram mereka mahu menolong; 2. tidak baik, jahat: perangai yg ~; pendedahan yg menyingkap tujuan ~ mereka; 3. tidak menyenangkan, merosot: ekonomi yg semakin ~; ~ ambil salah terima, menganggap kurang baik; ~ hati jahat (hati); ~ laku tidak baik kelakuan; ~ makan lahap, rakus; ~ mulut kasar mulut; ~ perut a) banyak makan; b) mudah kena sakit; ~ pok Kl, Tr buruk sekali; ~ sangka salah sangka (terima); ~ siku a) sudah memberi sesuatu kpd orang tetapi mengambilnya balik; b) tidak menyebut-nyebut kebaikan atau berian orang; ~ muka, cermin dibelah prb kesalahan dibuat sendiri tetapi dilemparkan kpd orang lain; ~ perahu ~ pangkalan prb tidak mahu melihat rumah bekas isteri (bekas tempat bekerja); ~ tak tahu akan hinanya prb tidak insaf akan kekurangan diri sendiri; ~-~ (bak) embacang prb pengetahuan (akal) bukan hanya terdapat pd orang yg elok rupa sahaja; biar ~ kain dipakai, asal pandai mengambil hati prb pakaian yg elok mudah dibeli tetapi berlainan halnya dgn budi bahasa yg halus; tiada ~ yg tiada elok prb orang yg berselisih itu akan berbaik juga; tiada elok yg tak ~ prb orang yg berbaik-baik itu akan berselisih juga; berburuk, berburuk-buruk bermusuhan, berselisihan; memburuk menjadi buruk (busuk dll): sekarang dia terpisah drpd golongannya, ~ dan tidak diperlukan lagi, kotor dan dibuang;memburukkan 1. menjadikan buruk (busuk dll): hujan dan panas matahari lekas sekali ~ kayu; 2. = memburuk-burukkan mengata-ngata, mencela, mencaci, mencerca: lekas sekali tuduhan datang ~ Ida; mereka telah menggunakan isu-isu yg berunsur negatif dgn tujuan memburuk-burukkan kepimpinan dan kerajaan;keburukan 1. kekurangan, kelemahan, kepincangan: berikan ~ dan kebaikan tinggal di bandar; 2. hal yg tidak baik (tentang orang atau sesuatu): ~ orang yg telah meninggal, terkubur dgn jasadnya; bercerita tentang ~ keluarga sendiri; pemburukan perihal memburukkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.ru/] | بوروق

Definisi : 1 tidak elok lagi atau rosak kerana sudah lama: Mereka tinggal di sebuah pondok ~ di hujung kampung itu. 2 tidak cantik; hodoh: Seorang perempuan tua yg ~ datang meminta pertolongan kpdnya. 3 tidak menyenangkan; tidak elok atau tidak baik (bkn perangai atau tingkah laku): Kelakuannya ~ sekali. ~ hati jahat hatinya. ~ laku tidak baik kelakuannya. ~ makan makan dgn banyaknya serta gelojoh. ~ mulut kasar perkataannya. ~ sangka menyangka yg bukan-bukan. ~ siku mengambil balik apa-apa yg telah diberikan kpd orang. memburukkan 1 menyebabkan menjadi buruk: Air hujan dan panas matahari lekas sekali ~ kayu. 2 mengatakan atau menganggap buruk; mengata-ngatai: Ia telah dipecat dr parti kerana ~ nama ketua partinya dlm akhbar. keburukan keadaan atau sifat buruk: Kalau kita sendiri menceritakan ~ keluarga kita, kita pun akan mendapat malu juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buruk

Puisi
 

Kain buruk sangkut di kandang,
     Bawa pula basah ke paya;
Saya buruk jangan dipandang,
     Bagai anjing buruk kepala.


Lihat selanjutnya...(63)
Peribahasa

Umpama kayu buruk: buruk di panas,
     reput di hujan.

Bermaksud :

Nasib malang yang tak dapat dielakkan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(116)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mengumpat1 menceritakan hal yg buruk-buruk atau mencela orang lain (di belakang); mengata-ngatai. 2 memarahi atau mengutuk orang kerana berlaku sesuatu yg tidak baik kpd kita.Kamus Pelajar Edisi Kedua
umpat,1 menceritakan hal yg buruk-buruk atau mencela orang lain (di belakang); mengata-ngatai.Kamus Pelajar
mengumpat1 menceritakan hal yg buruk-buruk atau mencela orang lain (di belakang); mengata-ngatai.Kamus Pelajar
persangkaanapa yg disangka, dugaan, kira-kiraan, curiga, syak: janganlah kamu menaruh ~ yg buruk-buruk; apa dipedulikan pd persangkaan orang terhadap kita;Kamus Dewan Edisi Keempat
persangka, persangkaan apa yg disangka, dugaan, kira-kiraan, curiga, syak: janganlah kamu menaruh ~ yg buruk-buruk; apa dipedulikan pd persangkaan orang terhadap kita;Kamus Dewan Edisi Keempat
sangkaan, persangka, persangkaan apa yg disangka, dugaan, kira-kiraan, curiga, syak: janganlah kamu menaruh ~ yg buruk-buruk; apa dipedulikan pd persangkaan orang terhadap kita;Kamus Dewan Edisi Keempat
pinta1 sesuatu yg diharapkan utk diperoleh; permintaan: Demikianlah ~ patik kpd tuanku. 2 untung malang; nasib: buruk ~ buruk nasib; singkat ~ lekas menemui ajal. terpinta sudah ditentukan menurut takdir: Kalau malang juga ~, di akhirat saja kita bertemu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
laku1 cara membuat sesuatu; perangai; tabiat: Maka Hang Tuah berlima saudara pun segeralah berlari-lari ke sana melihat ~ orang di pasar. buruk ~ buruk perangai. 2 banyak dibeli orang; sudah dijual; laris: Pisang goreng sangat ~ pd malam minggu spt ini. 3 dpt diterima atau dpt digunakan oleh orang ramai (bkn wang). berlaku 1 sedang berlangsung atau berjalan; terjadi: Suatu pergaduhan telah ~ semalam. 2 berbuat atau mengerjakan sesuatu: Sabur telah dituduh ~ curang terhadap raja permaisuri. 3 menjalankan tugas; menjadi: Bapanya ~ sbg pengadil dlm perlawanan itu. 4 dpt digunakan (ttg surat, peraturan dsb); sah; berkuat kuasa: Peraturan spt itu sudah tidak ~ lagi sekarang. melakukan 1 menjalankan sesuatu tugas dll; mengadakan (sesuatu perbuatan, tindakan dll); mengerjakan: Mereka masuk ke rumah berhala kerana hendak ~ upacara penyembahan. 2 menjadikan laku; melariskan jualan: Dia ~ barang-barang di kedainya dgn membuat iklan. 3 membuat laku atau perangai (sbg); berperangai; bertabiat: Dia ~ dirinya spt anak raja. memperlakukan 1 menjadikan berlaku; melakukan atau berbuat sesuatu terhadap: Sampai hati Hassan ~ ibunya spt orang gaji. 2 mengabulkan; memperkenankan: Dia menjadi manja kerana segala kehendaknya diperlakukan. kelakuan tingkah laku; perangai: Kedua-dua budak itu baik ~nya. berkelakuan berperangai; bertabiat: Kamu mestilah ~ baik, sama ada di sekolah ataupun di rumah. perlakuan perbuatan (hal dsb) berlaku atau berperangai: ~ pihak musuh yg sangat kejam itu tidak patut dibiarkan. pelaku 1 orang yg melakukan (mengerjakan) sesuatu. 2 yg melakukan sesuatu perbuatan (dlm ayat). selaku 1 seperti; semacam: Rumah itu kelihatan terlalu sunyi ~ tidak berpenghuni. 2 sebagai: ~ bapa angkat, beliau berhak menasihati pemuda itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
orang-orang1. tiruan orang, boneka, patung: kami dianggap ~; 2. sj patung yg dibuat utk menakutkan burung: mereka buat ~ drpd kain baju yg buruk-buruk; ~ mata bahagian yg hitam pd biji mata;Kamus Dewan Edisi Keempat
orang-orangan, orang-orang 1. tiruan orang, boneka, patung: kami dianggap ~; 2. sj patung yg dibuat utk menakutkan burung: mereka buat ~ drpd kain baju yg buruk-buruk; ~ mata bahagian yg hitam pd biji mata;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas