Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.rung] | بوروڠ

Definisi : binatang yg mempunyai paruh, dua kaki, dua kepak dan umumnya dpt terbang: ~ belatuk; ~ merak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata burung

Puisi
 

Burung jelatik burung jeladan,
     Burung tekukur terbang meninggi;
Sudahlah paut samalah padan,
     Marilah ukur samalah tinggi.


Lihat selanjutnya...(264)
Peribahasa

Burung terbang dipipiskan lada.

Bermaksud :

Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan, b. Rusa di hutan, kancah sudah dijerang). pipis = giling.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
berelau[b«.Ò«.lAw]kata namasejenis burung daripada spesies burung sintar yang cantik dan berwarna-warni.   
beceretek[b«.tS«.ÒE.tE/]kata kerjabersusun dan banyak (seperti kasut yang bersusun di atas rak, burung di atas wayar telefon dan lain-lain).Banyak burong dok beceretek ataeh waya talipon.[bA.øA/ bu.ÒoN do/ b«.tS«.ÒE.tE/ A.tAEh wA.jA tA.li.pon]Banyak burung bertenggek berderet di atas wayar telefon.
ajok[A.dZo/]kata kerjamengajuk bunyi binatang (burung, kijang, pelanduk, dan rusa) dengan menggunakan sejenis alat tiupan daripada buluh, dekut.Malam ni kita pi ajok sintaq, dapat seratueih ekoq jadila.[mA.lAm ni ki.tA pi A.dZo/ sin.tAâÖ dA.pAt s«.ÒA.tueh E.kâÖ dZA.di.lA]Malam ini kita pergi mengajuk sintar, dapat seratus ekor pun jadilah.
melewaq[m«.lE.wA)Ö]kata kerjamerayau, berkeliaran, berjalan ke sana ke mari (manusia, burung dan lain-lain); kelewar.Awat la mak pak depa dok biaq anak-anak depa dok melewaq tak tentu masa kat kompleks beli-belah tu.[A.wAt lA mA/ pA/ dE.pA do/ bi.jA)Ö A.nA/.A.nA/ dE.pA do/ m«.lE.wA)Ö tA/ t«n.tu mA.sA kAt kom.pleks b«.li.b«.lAh tu]Kenapa ibu bapa membiarkan anak-anak mereka berkeliaran tidak tentu masa di kompleks membeli-belah itu.
kelewaq[k«.lE.wA)Ö]kata kerjamerayau, berkeliaran, berjalan ke sana ke mari (manusia, burung dan lain-lain); melewaq.Apa depa buat dok kelewaq tang tu?[A.pA dE.pA bu.wAt do/ k«.lE.wA)Ö tAN tu]Mengapa mereka merayau-rayau di tempat itu.
conget[tS.NEt]kata kerjamengangkat atau meninggikan bahagian belakang (perahu, benda dan lain-lain) atau ekor (burung, lembut dan lain-lain).Anjin itam tu lari conget ekoq pasai tekejot senapang meletup.[An.dZin i.tAm tu lA.Òi tS.NEt E.kâÖ pA.sAj t«.k«.dZot s«.nA.pAN m«.l«.tup]Anjing hitam itu lari hingga terangkat ekornya kerana terkejut mendengar letupan senapang.
nonang[n.nAN]kata namasejenis tumbuhan yang buahnya sebesar hujung jari kelingking, berbentuk bujur dan berwarna ungu lembut apabila masak, rasanya kelat-kelat manis dan digemari oleh burung, isinya berlendir dan boleh dijadikan perekat; buah gam.   
buah gam[bu.wAh gAm]kata namasejenis tumbuhan yang buahnya sebesar hujung jari kelingking, berbentuk bujur dan berwarna ungu lembut apabila masak, rasanya kelat-kelat manis dan digemari oleh burung, isinya berlendir dan boleh dijadikan perekat; nonang.   
cenggeh[tSEN.gEh]kata kerjatenggek.Burong lang tu dok cenggeh ataeh dahan dok pehati ayam.[bu.ÒoN lAN tu do/ tSEN.gEh A.tAeh dA.hAn do/ p«.ÒA.ti A.jAm]Burung helang itu sedang bertenggek atas dahan mengintai ayam.
perembang[p«.Ò«m.bAN]kata kerja1. menenang, mengarahkan (senapang dan lain-lain) ketika hendak menembak dengan setepat-tepatnya ke sasaran, bidik; banat.Penembak tu dok perembang senapang dia kat gagak ataeh dahan tu.[p«.nEm.bA/ tu do/ p«.Ò«m.bAN s«.nA.pAN di.jA kAt gA.gA/ A.tAEh dA.hAn tu]Penembak itu sedang menenang senapangnya ke arah burung gagak yang hinggap di dahan itu.

Kembali ke atas