Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.rung] | بوروڠ

Definisi : binatang yg mempunyai paruh, dua kaki, dua kepak dan umumnya dpt terbang: ~ belatuk; ~ merak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata burung

Puisi
 

Burung jelatik burung jeladan,
     Burung tekukur terbang meninggi;
Sudahlah paut samalah padan,
     Marilah ukur samalah tinggi.


Lihat selanjutnya...(264)
Peribahasa

Burung terbang dipipiskan lada.

Bermaksud :

Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan, b. Rusa di hutan, kancah sudah dijerang). pipis = giling.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
kene sepok lang[k«.n« s«.po/ lAN] berkenaan ayam yang berbunyi bising kerana gangguan sesuatu (misalnya burung helang).Ayam tu kena sepok lang agaknye.[A.jAm tu k«.n« s«.po/ lAN A.gA/.ø«]Ayam itu bising kerana gangguan burung helang agaknya.
pipet tot[pi.pet tot] sejenis burung pipit yang badannya berwarna coklat.   
pipet kedi[pi.pet k«.di] sejenis burung pipit yang badannya berwarna hitam; pipet hitam.   
pipet jambol[pi.pet dZAm.bol] sejenis burung pipit yang berjambul kelabu.   
pipet hitam[pi.pet hi.tAm] sejenis burung pipit yang badannya berwarna hitam; pipet kedi.   
pecah mate[p«.tSAh mA.t«] berkenaan mata anak haiwan seperti burung, kucing dan lain-lain yang baru boleh dibuka setelah beberapa hari dilahirkan.Hah, dah pecah mate pon anak kuceng yang ni![hAh dAh p«.tSAh mA.t« pon A.nA/ ku.tSeN jAN ni]Hah, sudah pecah pun mata anak kucing yang ini!
masok isi[mA.so/ i.si] peringkat padi mula berisi.Padi tengah masok isi, tak lame lagi burong pipet datang le.[pA.di t«.NAh mA.so/ i.si tA/ lA.m« lA.gi bu.ÄoN pi.pet dA.tAN l«]Pokok padi aku sedang mula berisi, tak lama lagi burung pipit datanglah.

Kembali ke atas