Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.rung] | بوروڠ

Definisi : binatang yg mempunyai paruh, dua kaki, dua kepak dan umumnya dpt terbang: ~ belatuk; ~ merak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata burung

Puisi
 

Burung jelatik burung jeladan,
     Burung tekukur terbang meninggi;
Sudahlah paut samalah padan,
     Marilah ukur samalah tinggi.


Lihat selanjutnya...(264)
Peribahasa

Burung terbang dipipiskan lada.

Bermaksud :

Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan, b. Rusa di hutan, kancah sudah dijerang). pipis = giling.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, bolehkah kita menyebut helang bagi merujuk kepada burung helang atau perlu meletakkan perkataan burung di pangkalnya?Bagaimanakah dengan burung-burung lain seperti burung pipit, burung merpati dan lain-lain?Sewajarnya disebut burung helang, burung pipit, burung merpati dan sebagainya bagi merujuk burung untuk mengelakkan kekeliruan kerana nama-nama burung juga digunakan untuk benda-benda lain.Lain-lain15.11.2011
burung-burung yang berterbangan pada waktu petang... ( burung-burung salah atau berterbangan?)Ayat yang betul ialah "Burung berterbangan pada waktu petang". Dalam bahasa Melayu, perkataan yang menerima apitan ber...an yang membawa maksud 'perbuatan yang menunjukkan jumlah yang banyak' maka perkataan yang mengikutinya tidak perlu digandakan.Tatabahasa03.08.2011
1.Burung-burung berterbangan di langit dianggap salah kerana kata kerja tak transitif berterbangan menandakan jamak,jadi burung-burung tidak perlu diulangi.Ayat yang betul seharusnya Burung berterbangan di langit.Namun,saya membelek dan meneliti Tatabahasa Dewan,tiada penerangan tentang berterbangan mendukung maksud jamak?Apa pandangan Munsyi? 2.Untuk menyelesaikan keraguan saudara tentang penggunaan perkataan berterbangan bagi menunjukkan jamak sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 201 yang menerangkan penggunaan apitan beR...an bagi menghasilkan bentuk kata kerja terbitan yang membawa maksud perbuatan yang menunjukkan jumlah subjek yang banyak.     Tatabahasa01.08.2008
Minta pencerahan mengikut Laras Matematik Divide the birds into seven trees Bahagikan burung-burung dengan tujuh pohon pokok. atau Bahagikan burung-burung kepada tujuh pohon pokok. Bahagikan ‘dengan’ atau pun ‘kepada’? Terima kasihPenggunaan perkataan yang sesuai ialah kepada. Penyemakan dan penterjemahan30.09.2021
Ayat-ayat yang berikut yg mana betul? Imbuhan ber..an 1 I Bintang-bintang berkelipan (Jamak) II Bintang-bintang berkelip (Jamak) III Bintang berkelipan (Jamak) Iv Bintang berkelip (Tunggal) 2 I Burung-burung bertebangan (Jamak) II Birung-burung bertebang (Jamak) III Burung bertebangan (Jamak) IV Burung bertebang (Tunggal)Ayat yang betul ialah:  Bintang-bintang berkelipan. Burung-burung bertebangan.Tatabahasa21.01.2022
Boleh atau tidak kata nama am untuk binatang digandakan. Contohnya burung menjadi burung-burung, gajah menjadi gajah-gajah,monyet menjadi monyet-monyet. Yang manakah ayat-ayat berikut betul? 1.Banyak monyet-monyet bergayutan pada dahan pohon kayu ara itu. 2. Banyak monyet bergayutan pada dahan pohon kayu ara itu. 3. Monyet bergayutan pada dahan pohon kayu ara itu. 4. Monyet-monyet bergayutan pada dahan kayu ara itu.Kalau banyak, boleh digandakan. Ayat 1-salah. Ayat 2,3 dan 4 betul.Tatabahasa19.08.2009
Burung-burung murai batu itu berkicau dengan riang sekali. Yang mana satukah ejaan yang betul? "murai batu" atau "Murai Batu" ? Mohon pencerahan, terima kasih.Ejaan yang betul ialah burung murai batu kerana merupakan kata nama am.Ejaan03.08.2020
Ayat yang berikut adalah salah : Burung-burung berguguran. bagaimanakah dengan ayat-ayat yang berikut: i) bintang-bintang berkerlipan ii) bendera-bendera berkibaran iii) monyet-monyet bergayutanFrasa yang betul ialah daun berguguran, bintang berkerlipan, bendera berkibaran dan monyet bergayutan. Hal ini demikian kerana penggunaan apitan beR-...-an menghasilkan bentuk kata kerja terbitan yang membawa maksud perbuatan yang menunjukkan jumlah subjek yang banyak. Oleh itu, kata nama yang mendahului perbuatan tidak perlu digandakan.Tatabahasa06.09.2012
Kekeliruan antara Kedai Menjual Burung Chan, Kedai Burung Chan, Kedai Chan Menjual Burung atau Kedai Burung milik Chan. Yang mana satukah betul?Yang betul ialah KEDAI BURUNG CHANTatabahasa16.01.2013
Bolehkah istilah "potret" digunakan juga untuk gambar foto haiwan contohnya seperti burung atau serangga? Ini kerana menurut pencarian dalam Gerbang Kata, "potret" membawa maksud: (potrét) 1. gambar yg diambil dgn meng'­gunakan kamera, foto. Di sini ia tidak mengatakan dengan spesifik istilah ini hanya khusus untuk gambar foto manusia. Misalnya, bolehkah saya menulis tajuk seperti: "Koleksi Potret Burung-burung Tempatan di Semenanjung Malaysia" Harap dapat penjelasan dari pihak DBP. Terima kasih...Perkataan potret hanya untuk gambar manusia iaitu lukisan cat, lukisan lakar atau gambar foto yang menggambarkan muka seseorang.

Penggunaan tajuk"Koleksi Potret Burung-burung Tempatan di Semenanjung Malaysia",  tidak sesuai kerana menggunakan perkataan potret. Saudara boleh menggunakan tajuk "Koleksi Lukisan Burung-burung Tempatan di Semenanjung Malaysia".
Tatabahasa11.05.2013
12345678910...

Kembali ke atas