Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.rung] | بوروڠ

Definisi : binatang yg mempunyai paruh, dua kaki, dua kepak dan umumnya dpt terbang: ~ belatuk; ~ merak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata burung

Puisi
 

Burung jelatik burung jeladan,
     Burung tekukur terbang meninggi;
Sudahlah paut samalah padan,
     Marilah ukur samalah tinggi.


Lihat selanjutnya...(264)
Peribahasa

Burung terbang dipipiskan lada.

Bermaksud :

Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan, b. Rusa di hutan, kancah sudah dijerang). pipis = giling.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
siratan makananfood webGabungan beberapa rantai makanan. Contohnya, padi dimakan oleh burung pipit dan tikus. Burung pipit pula dimakan oleh ular manakala tikus dimakan oleh burung hantu dan ular. Lihat RajahSekolah Rendah
rantai makananfood chainHubungan makanan antara hidupan dalam satu habitat. Contohnya, padi dimakan oleh burung pipit dan burung pipit dimakan pula oleh ular. Lihat RajahSekolah Rendah
burungbirdHaiwan vertebrat yang berbulu, berparuh, berkaki dua, bertelur, berkepak dan biasanya boleh terbang.Menengah Rendah
burungbirdHaiwan yang berbulu pelepah, berparuh, berkaki dua, berkepak, bertelur dan umumnya boleh terbang. Lihat RajahSekolah Rendah
bulu pelepahfeatherBulu yang melitupi badan burung dan haiwan dalam kumpulan unggas yang lain. Contohnya, bulu pelepah pada burung, ayam dan itik. Lihat RajahSekolah Rendah
sayapwingBahagian pada badan burung atau serangga atau struktur buatan yang digunakan untuk terbang.Sekolah Rendah
kepakwingBahagian pada badan burung atau serangga yang digunakan untuk terbang.Lihat RajahSekolah Rendah
amnionamnionMembran nipis yang menyelaputi embrio reptilia, burung dan mamalia. Amnion mengandungi cecair yang menyokong dan melindungi embrio atau fetus.Menengah Rendah
paruhbeakMuncung keras seperti yang terdapat pada mulut burung. Lihat RajahSekolah Rendah
vertebratvertebrateKumpulan haiwan yang mempunyai tulang belakang. Contohnya, ikan dan burung.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas