Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.rung] | بوروڠ

Definisi : binatang yg mempunyai paruh, dua kaki, dua kepak dan umumnya dpt terbang: ~ belatuk; ~ merak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata burung

Puisi
 

Burung jelatik burung jeladan,
     Burung tekukur terbang meninggi;
Sudahlah paut samalah padan,
     Marilah ukur samalah tinggi.


Lihat selanjutnya...(264)
Peribahasa

Burung terbang dipipiskan lada.

Bermaksud :

Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan, b. Rusa di hutan, kancah sudah dijerang). pipis = giling.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
anjang buloh[An.dZAN bu.loh] binaan daripada buluh yang berfungsi sebagai tangga, biasanya digunakan untuk mengambil sarang burung layang-layang.Anjang buloh tebia kat situ lepaih ambek sarang burong.[An.dZAN bu.loh t«.biA kAt si.tu l«.pAC Am.be/ sA.ÄAN bu.ÄoN]Tangga daripada buluh itu terbiar di situ selepas mengambil sarang burung.
nekut[n«.kut]kata kerjamenangkap burung (guak) dengan cara meniup serunai.Ramai budak-budak pegi nekut kat paya.[ÄA.mAj bu.dA/.bu.dA/ p«.gi n«.kut kAt pA.jA]Ramai budak-budak pergi nekut di paya.
burong tuju[bu.Ä0oN tu.dZu] burung raja udang.   
burong laloh[bu.ÄoN lA.lh] sejenis burung yang bermuncung kuning dan mempunyai lilin. Berbulu hitam dan di bawah kepaknya berwarna putih. Saiznya sebesar ayam. Makan ulat dalam kayu dan bersarang di dalam kayu.   
pupuh[pu.puh]kata adjektifberkenaan kesan cakaran ayam dan burung pada tanah berdebu.Ayam suke buat pupuh ataih abu.[A.jAm su.k« bu.wAt pu.puh A.tAC A.bu]Ayam suka buat pupuh atas abu.
kobong II[k.bN]kata adjektifberkenaan buah yang berlubang kerana sesuatu sebab seperti ditebuk tupai atau dimakan oleh burung.Buah nyo tu kobong dek tupai.[bu.wAh ø tu k.bN dE/ tu.pAj]Buah kelapa itu berlubang dikerjakan tupai.
perentan[p«.ÄEn.tAn]kata adjektifberkenaan masa yang merujuk kepada musim, waktu, keadaan dan lain-lain.Perentan menuai banyok burong pipet.[p«.ÄEn.tAn m«.nu.wAj bA.ø/ bu.ÄoN pi.pet]Musim menuai banyak burung pipit.
cangkol burong[tSAN.kol bu.ÄoN] sejenis cangkul yang bermata tiga yang digunakan untuk memecah tanah.Pake cangkol burong kalo nak gali tanah.[pA.kE tSAN.kol bu.ÄoN kA.l nA/ gA.li tA.nAh]Guna cangkul burung kalau hendak gali tanah.
kekepak[k«.k«.pA/]kata namasejenis alat yang digunakan untuk menghalau binatang. Diperbuat daripada buluh 4 ruas yang diketuk bahagian hujung supaya tidak pecah bila dibelah dan digantung pada dahan pokok.Wek buat kekepak nok halau burong makan padi.[wE/ bu.wAt k«.k«.pA/ n/ hA.lAw bu.ÄoN mA.kAn pA.di]Nenek membuat kekapak untuk menghalau burung daripada makan padi.

Kembali ke atas