Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.rung] | بوروڠ

Definisi : binatang yg mempunyai paruh, dua kaki, dua kepak dan umumnya dpt terbang: ~ belatuk; ~ merak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata burung

Puisi
 

Burung jelatik burung jeladan,
     Burung tekukur terbang meninggi;
Sudahlah paut samalah padan,
     Marilah ukur samalah tinggi.


Lihat selanjutnya...(264)
Peribahasa

Burung terbang dipipiskan lada.

Bermaksud :

Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan, b. Rusa di hutan, kancah sudah dijerang). pipis = giling.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaJauh ayam dalam kurung, Kurung bernama Cik Murai; Padi masak dimakan burung, Burung bernama burung punai.
Kurik Kundi Merah SagaBurung jelatik burung jeladan, Burung tekukur terbang meninggi; Sudahlah paut samalah padan, Marilah ukur samalah tinggi.
Kurik Kundi Merah SagaBurung jelatik burung kenari, Burung hinggap di taman bunga; Wahai adik orang bistari, Bolehkah hamba tumpang bertanya?
Kurik Kundi Merah SagaBurung merak burung di rimba, Burung makan padi setangkai; Belum layak rupanya dia, Hendak mati bertindih bangkai.
Kurik Kundi Merah SagaBurung jelatik burung jeladan, Ketiga dengan burung tempua; Sama cantik sama padan, Ibarat pinang dibelah dua.
Kurik Kundi Merah SagaBurung kedidi burung kelicap, Makan nisan kelopak jantung; Suruh Nabi bawa mengucap, Pada Allah tempat bergantung.
Kurik Kundi Merah SagaBurung pipit burung kedidi, Hinggap di pokok di tepi sawah; Jika hidup tidak berbudi, Ibarat pokok tidak berbuah.
Kurik Kundi Merah SagaBurung punai burung tiung, Terbang dia seperti nuri; Tuan ibarat bagai payung, Saya di bawah merendah diri.
Kurik Kundi Merah SagaBurung camar burung di laut, Camar seekor beliak mata; Jangan digemar ikan di laut, Ramai orang balik saja.
Kurik Kundi Merah SagaBurung tebit burung jelatuk, Singgah hinggap di Tanjung Petani; Minta tabik segala datuk, Datuk bumi belantara sini.
12345678910...

Kembali ke atas